PENNE & CHEESE

Seri Kandi Tanah Jauhar
12
ASSALAMUALAIKUM..

TAYANG makanan lagi.. errr..


SAYA ni penggemar pasta tau tak kiralah yang panjang, lebar, kurus, gemuk, yang macam skru, yang berpintal, macam kerang, macam straw.. pendekkata asalkan pasta tak berkelip saya membelek. Kadang tercegat lama di rak pasta tu belek-belek, suka tengok bentuk dia. Makan?? Haaa.. yang itu pasti. Bagi satu mangkuk besar pun boleh habis ;p

Masih menggunakan PM, saya cuba buat Penne & Cheese ni dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah dan tak perlu menumis bagai, semua segera. M besar masih belum hilang lagi, adeh!

PENNE & CHEESE
Bahan-bahan :)
2 cawan Penne atau sebarang pasta direbus mengikut arahan pada bungkusan
1 tin Sos Prego Keju & Herba
Parutan Keju Cheddar secukupnya (atau sebarang keju yang sesuai)
Daun Parsley Cincang
Sedikit serbuk lada sulah
Daging lebih buat pie entry lepas ;p (tak letak tak apa)
Baking paper untuk mengalas PM atau loyang muffin. Boleh juga gunakan cupcakes liner saiz L.
Cara-cara :
1. Gaul rata pasta dengan setin sos prego keju & herba.
2. Alaskan baking paper pada loyang PM atau loyang muffin. Atau alaskan dengan cupcakes liner.
3. Sudukan pasta yang sudah digaul tadi ke dalamnya. Letakkan sedikit daging cincang jika ada. (saya guna lebihan daging cincang dari resepi pie daging) Taburkan parutan keju, serbuk lada sulah dan daun parsley.
4. Rapatkan PM, 'on' suis dan biar hingga lampu hijau menyala. Set sekejap.
5. Atau bakar dalam oven 15 hingga 20 minit suhu 180 darjah.
6. Atau boleh juga dituang terus dalam loyang besar yang disapu mentega, bakar 40 minit atau sehingga masak, tunggu suam barulah dipotong.

guna cupcake liner pulak.. ;-)))).. yang ni letak inti sotong carbonara ada lebih ri tu, hihi


Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kas yus...
    mas klu pasta kureng sikit...
    tapi cheese memang gemarrr...
    nengok penne dan cheese akak tu..
    tergoda lak..he3

    ReplyDelete
  2. ehhh...silap taip..
    kak yus..he3

    ReplyDelete
  3. Salam kak yusss eh? nak ikut kak mas jugak kas yus hihihi... kita tgk mood, biasanyer mmg tak kesah pasta jenis apa mcm akak ckp tuu, tp kita suke sos yg tak berat2 sgt mcm base dia guna dr tomato segar bukan sos tomato :D yg tu mmg kita suke mkn panas2 pastu tuang parmesan chese atau campur dgn apa2 chese masa panas2 tuu aissshh! campak basil 4 5 helai eeeeeee...cedappp!!! dulu2 suke yg berkrim2 ni tp sejak tekak kita dah masuk 30an ni kan, ntahlah nikmat dah kena tarik balik bab2 krim nii, boleh mkn tp tak leh abis kikiki..

    ReplyDelete
  4. akak, nampak sgt sedap. Saya pun penggemar pasta, tp suami tak suka sangat...

    leh cuba nanti InsyaAllah, nampak sgt menarik!

    ReplyDelete
  5. salam kak sari..
    owh.. ada nama baru kak yus ye.. hihi..
    biru mata hitam tun nengok nii.. tun kalau pasta ni, jenis yg cheesy kurang sket, nk kene pedas2. hihi.. tp pose2 ni semua pun terliur. hihi

    ReplyDelete
  6. memang slurpy kan.. hailah, kena buat jg ke ni? hehehe

    ReplyDelete
  7. Salam Ranadhan buat Yus sekeluarga, amboi2 makan menu omputihlah dia puasa2 ni..sesekali layan menu mcm ni mmng sedap...tapi kalau dah peminat setia mmng ari2 pun takpe...he3...

    ReplyDelete
  8. Selagi boleh Yus gunakan PM tu sampai puas. Cari resepi lagi-lagi dan lagi. Naik terliur kakak dibuatnya:)

    ReplyDelete
  9. Sedap errrr..grrrrrhhh..rajin pulak akak letak dalam paper kecik2..

    ReplyDelete
  10. sedapnya..kita x pernah try buat lg..tp hubby suka sgt menu mcmnie..tp klu dh terhidang depan mata mau laju jew kita mkn ..he heee

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!