MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Monday, August 6, 2012

OHLALA BANANA.. FANTA HIJAU

ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH.. hari ini merupakan hari ke 17 Ramadan dalam tahun 1433H ni. Ramai kawan-kawan yang bercuti sempena Hari Nuzul Al-Quran hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada  Nabi Muhammad SAW dan seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang beribadah di Gua Hira' bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. 'Nuzul' ertinya turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW,  maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Baiklah.. ini kisah Cik Embun yang sibuk mempromosikan Minuman Fanta Homemade.

"Mak, nanti raya tak payahlah buat air sirap, kita buat fanta hijau," cadang Cik Embun. Sebenarnya mak saya ni memang sangat-sangat rajin menyediakan sirap kordial sendiri sejak kami kecil sampai sekarang.


Dalam hati, amboi.. besarnya bajet Cik Embun raya tahun ni nak jamu tetamu dengan Fanta Hijau. Mungkin Cik Embun nak ringankan tenaga mak kot, jadi tak perlu nak buat sirap tahun ni. Terbayang-bayang botol fanta depan mata... hehehe. Alkisah kata Cik Embun sekarang Fanta Homemade ni memang tengah meletop-letop di fb. Oic... tataw pulak. Jadi bila kita google-google terjumpalah resepi air fanta ni di Mesra.net dan ada juga di myResepi sumbangan Kak Ann (sini namanya glamour Jimi Asmara.. hehe). Saya tak pasti Kak Ann ni sama ke tidak dengan Kak Ann dari Periuk Tanah (Kalau salah minta maaf ya sebab bila search dalam blog Kak Ann tak ada pulak resepi air ni). Walaubagaimanapun atas cadangan Cik Embun saya memilih resepi dari Suriani Osman sebab ramai yang dah mencuba dan memuji keaslian rasa fanta dalam resepi tersebut. Tambahan pula, Suriani memberikan resepi dalam kuantiti yang banyak yang memang sesuai bagi meraikan tetamu yang ramai. Ececeh.. macam nak buat rumah terbuka pulak bunyinya pula ya, Puan Sari.. ;p
Kepada Suriani, saya minta izin ya untuk kongsikan resepi Fanta Hijau tu di sini, semoga Allah memberkati atas kemurahan hati Suriani yang sudi berkongsi resepi ini di fb.


PATI AIR FANTA HIJAU
Resepi : Suriani Osman
Diuji oleh : ALAM SARI

Bahan-Bahannya:
3 kg gula
2 liter air
1 botol kecil (330 ml) oren sunquick
1/2 botol pewarna hijau (saya guna pewarna hijau epal starbrand)
1/2 botol esen pisang (saya guna perisa pisang starbrand)

Cara-caranya:
1. Masak air dan gula hingga mendidih dan gula larut.
2. Masukkan oren sunquick dan pewarna hijau. Biarkan mendidih dan renehkan sebentar dengan api   

    sederhana kecil.
3. Tutup api, baru masukkan esen pisang.

   (Berhati-hati nanti akan berlaku satu letusan kecil dalam periuk anda ;-)))).  Kacau rata dan sejukkan.
4. Simpan dalam botol dan bancuh dengan air dan ais bila mahu dihidangkan.


Cubalah, memang sama betul rasanya ditambah harum dapur dengan bau fanta hijau gitu.

P/S Nak tukar jadi Fanta Biru, okey tak???

Nota : Sukatan ini menghasilkan lebih kurang 3.3 liter pati Fanta Banana yang boleh dapat 330 gelas Fanta selepas dibancuh..

15 comments:

  1. salam..
    menarik ni.. nak cuba juga boleh tak?..

    idea untuk fanta biru tu menarik juga!! boleh ke tukar warna gitu?

    nak link ke resepi ye? tq

    ReplyDelete
  2. owhhh...lia rasa cik mat aritu ada share resepi yg sama jugak lah kak yus....tp namanya tu glamor sikit.. klu x silap lia 'jus jimi asmara' (klu salah minta ampun kak....heheheee... )

    ReplyDelete
  3. wah mnarik ni...raya kang leh wt...tliur la tgk lama2 air tu..takut batal posa lak nti..hahaha

    ReplyDelete
  4. Ok juga nie Yus. Kakak membayangkan tapi macamana sunquick yg kaler oren campur hijau kalah warna dia jadi hijau...

    Menarik nie..

    ReplyDelete
  5. Senang saja cara buat membuatnya. Tapi, apa2pun selain bahan, kerajinan kena ada kan? hehehe...

    ReplyDelete
  6. wowww hebat...leh try nih...sangat menjimatkan.

    ReplyDelete
  7. dpt bayangkan kesedapan air ni..he he leleh air liur akak
    yummy...tq share resepi ni ye,seblm ada jg tgk air jimi asmara ni tp lum tteringin hari ni terus rasa nak fanta hijau yg Sari tayang..

    ReplyDelete
  8. kak sari, kalau kt umah mertua tun, mmg air ni laa yg dihidang utk tetamu =)

    ReplyDelete
  9. Salam kak yus!!! Kita jakun ni kak :D nanti raya boleh buat tp jenuh ler nk buat byk2 hihihi... Terliur betul tgk air ni kak, siyesss tak sabo nk buka tgk air ni aishhh! Kita skrg ni buka dgn sahur minum soya buatan sendirik jer td ni baru buat air soya lg ehehe..

    ReplyDelete
  10. memang memukul jiwa betul air Fanta Hijau ni Sari....menitik-nitik air liur dibuatnya. Raya ni nak ke rumah Sari...boleh ker? nak rasa air hijau manja ni,

    ReplyDelete
  11. perhhhh....
    ku lihattt hijauuuuu........
    cantikkkkkk kejadian air fanta akak tu....
    menggodaaaaa

    ReplyDelete
  12. salam dinda kusss akak musss dah cuba air ni mmg sedap tapi kak ilah kurang kan gula.ketinggalan nak mencuba...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi mengomen... jangan mengomel sudahlah ya.. hihihi

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?