LUNCH LAKSA SIAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


PAGI tadi, lepas clock in nampak Encik Pai lalu dengan kereta. Tiap hari memang selalu tersaing En Pai, kadang di dataran letak kereta, kadang di kantin. SK cepat-cepat buka tingkap dan tahan kereta En Pai, bertanya jika beliau singgah ke kantin, ada jualan tak. En Pai kata, tak ada. Ialah, pelajar tengah cuti semester, dan mungkin Kak Sab pun tak ada tempahan katering. Jadi, Sk terus keluar pagar kolej menuju ke Pasar Tani Kekal, Jalan Datin Halimah. Dekat jer, tak sampai 5 minit. Tengok, masih banyak perniagaan belum dibuka, jam pun belum pukul 8. 



Dari jauh nampak nasi lemak daun Pisang membukit di hadapan satu gerai. SK dah pegang sebungkus, tapi nampak pulak Laksa Siam ni. Dah lama teringin nak makan, tapi tak pernah jumpa pulak dijual. SK letak semula nasi lemak dan ambil semangkuk Laksa Thai ni. Semangkuk RM8. Jalan lagi ke depan, nampak gerai jual Lontong. Beli Lontong Kering sebungkus. Laksa Thai ni bawa ke tengahari la, Lontong buat sarapan, hehehe. Tak ambil pulak gambar lontongnya.



Buka mangkuk Laksa, ada Mi laksa, ulamnya kubis diracik nipis, timun dipotong memanjang bersama kacang panjang. Telur sebiji dibungkus dalam plastik, ada sambal, bawang putih goreng dan sebiji limau kasturi. 



Sedap jugak Laksa Thai ni. Kuahnya seakan kuah masak lemak cili api, ada rasa seafood sebab letak isi ikan. Sambal tu macam sambal tumis. Laksa yang digunakan jenis yang halus macam mihun  tapi tebal la tak macam mihun. Kalau tiba-tiba teringin Laksa Siam ni, dah tahu di mana nak cari. Tak makan nasi la tengahari ni, Harap bertahan sampai petang. Kalau tak tahan, kita pergi Syurga Dessert. Dekat Damansara Aliff tu pun, banyak kedai makan. Kueh Bakor la, Bumbu Babah la, Chicken Riceku la. Lepas tu, gerai pacak pun banyak, dah macam pasar malam. Cuma masalahnya, susah nak cari parking kosong, hurmmm. Bertahan aje la sampai balik kalau rasa lapar, hahaha.
Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalini nasi lemak kalah ek, Laksa Thai jadi pilihan. Tak tahu pulak ada Laksa Thai. Tengok kuah tu macam kuah lodeh pulak. Tak rugilah beli sebab sedap kena dengan selera.
    Bahaya masuk syurga dessert tu. Macam-macam beli nanti. Ada nampak ex-schoolmate selalu promote gak kedai tu. Agaknya dia ada hantar makanan juga kat situ kot.

    ReplyDelete
  2. In syaa Allah, kenyang sampai petang. Minum air banyak-banyak bagi perut rasa penuh hihihi.

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik juga laksa thai tu. Belum pernah makan.

    ReplyDelete
  4. Famlly Jitra selalu juga depa makan laksa Siam. Sedap juga kuahnya lemak² gitu.

    ReplyDelete
  5. Lom try lagi Laksa Siam ni... macam best je

    ReplyDelete
  6. Laksa Siam? Okay belum pernah rasa...

    ReplyDelete
  7. Untung SK tergerak hati nak tukar fikiran letak balik nasi lemak tu, dapat rasa Laksa Siam yang dah lama teringin! Terliur tengok kuah dia yang macam masak lemak tu. Kalau dah jumpa kat Pasar Tani Kekal tu, pasni senanglah kalau teringin lagi kan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!