GAMBAR CAMPAK BELAKANG - 1

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


BETULLAH ada yang cadangkan tu, agar hari rabu dipilih sebagai cuti rehat selain hari sabtu dan ahad. Bila ada cuti rehat hari rabu, badan rasa dicaj semula, esoknya tu dah hari khamis, lepas tu Jumaat, lepas tu, yabedabedoooo! Hahahaha.. macamlah company tu bapak ko punya ek, Sk! Hihihi. Baiklah, hari ni demi nak menghapuskan gambar makanan yang berlambak dalam galeri, Sk buat entri campak belakang. Semoga terhibur 😆.


Restoran Cik Mak Lemak @ Kulai


Restoran terbuka ni terletak di sebelah persimpangan jejambat Bandar Indahpura, Kulai. Kalau datang malam, kena berjaga-jaga sikit la mana simpangnya sebab kalau terlepas jauh jugak tu nak pusingnya. Dah namanya Cik Mak, menu utama di sini tentulah Nasi Lemak Berlauk.



Set nasi lemak lengkap dengan sambal tumis kosong, timun, ikan bilis dan kacang. Iman add on ayam goreng. Dekat sini semua pesanan dibuat secara layan diri, kemudian dia bagi kita tag nombor pesanan, letak atas meja. Nanti ada pekerja hantar pesanan kita ke meja.



PI ambil lauk Sambal Sotong Kembang. Oh, selain tu, dorang bagi jugak keropok moni.



Tauhu Bakar pun ada jual kat sini tapi ni stall lain la, kena pesan terus di gerai tu.



Mula Sk malas nak ambil gambar, tapi, bila suap aje nasi ke mulut, terus keluar perkataan wow dari mulut masing-masing. Sungguh sedap dari rasa nasinya sehingga ke sambal dan lauk-pauk yang dipilih. Tak kalah la dengan nasi lemak yang femes emes yang lain yang pernah kami makan.



Selain Tauhu Bakar, pesan jugak Kepak Ayam Bakar Sabah. Sos cicah dia pun sedap. Memang enjoy la makan kat sini, semua sedap dan tidak mengecewakan.


Keropok Gemuk Terengganu


Sebelum balik Johor selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Perkahwinan Sulhi dan Nadia di Kuala Nerus, Sk singgah sekejap Pasar Payang. Hurmm, susah betul nak dapat parking, jadinya Sk suruh PI tunggu tepi jer, Sk masuk dengan Iman beli Keropok Gemuk ni. Sejak pertama kali makan, memang terus suka keropok gemuk ni sebab lebih rasa ikan, crispy di luar dan gebu di dalam.  Sebungkus ada 10 ketul, 1 bungkus RM8, 2 bungkus RM15, 10 bungkus RM70. Ada jual jugak keropok yang bentuk penyu tu, tak teringat pulak nak ambil gambar sebab nak cepat .


Restoran Adam's Kitchen


Masa ni Iman baru pasang braces, nak makan yang lembut-lembut. Ni Fried Radish Carrot Cakes.



SK makan Kuey Teow Seafood.



Pesan Chee Cheong Fun ni kongsi.



PI makan Mee Kolok. Restoran Adam Kitchen ni cawangan Taman Daya, yang dekat Kulai tu dah tutup ya. Rasa makanan dekat Adam ni sedap biasa-biasa ajelah bagi Sk.


Restoran Ikan Bakar Warisan


Satu petang hari bekerja, tanya PI, malam nak makan apa? PI jawab, Nasi Goreng. Jarang-jarang tu dia minta Nasi Goreng, malam. SK tanya, nak masak ke? PI cakap, nanti dia beli. SK agak, mesti ada tu dia tengok vtt orang jual nasi goreng sedap kat mana-mana. Rupanya, betullah, fyp kat TT dia Nasi Goreng Seafood Daun Pisang di Restoran Ikan Bakar Warisan yang terletak di Taman Ungku Tun Aminah. PI beli seorang sebungkus. 



Selain nasi goreng, ada Ikan Bakar jugak. Sayur tu, kebetulan ada sikit sayur baby kailan belum goreng, Sk masak sekejap.



Ikan bakar di Johor ni biasanya bakar bersambal. Pes sambal dia rasa asam pedas. Nasi goreng okey aje la.


Ada tomato sebijik, Sk campak sekali dalam sayur. SK jer la yang suka makan tomato, orang cakap, kalau rajin makan tomato, makan sayur kulit licin, tapi untuk Sk, tak jadi ya. Kawan-kawan Sk yang tak makan sayur tu kulit lagi licin tak jerawat langsung!


Warung Pak Mus Kitchen


Warung yang selalu kami repeat, tentunya Warung Pak Mus yang terletak berdekatan Hentian Bas Gelang Patah. SK kalau ke sini, selalu keliru sama ada nak makan Mee Bandung atau Mee Goreng. Ni pilih Mee Goreng Seafood.



Pesan Sate Daging 10 cucuk, mintak nasi impit sebiji. Sate dekat sini sedap, memang wajib order.



Cuma, makanan semua sampai lambat. SK tak tahu la sama ada mereka masak ikut giliran pesanan atau masak sekali arung, kemudian hantar ke meja-meja yang buat pesanan sama. SK dah nak habis makan, baru Nasi Goreng Iman sampai. Nasib la PI punya Mee Bandung sampai dulu. Jadi, kalau ke sini, selain kena bawa duit, kena bawa juga sabar banyak-banyak, hihi.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!