Assalamualaikum WBT
HARI ni sarapan jauh sikit di Medan Selera depan Hentian Bas Gelang Patah, sebelah Stesen Minyak Shell. PI la ajak ke sini, lepas tu dia kata nak cari ketam dekat Pendas. Ni kali kedua Sk makan dekat gerai ni, cerita sebelum ni boleh baca
Tak terasa jauh dari pekan Gelang Patah ni ke Pendas. Tiba-tiba dah sampai simpang Kampung Pok. Dari Kampung Pok, belok kiri menuju ke Pendas.
Park kereta dekat dengan Pondok Berhantu selepas jambatan masuk taman perumahan Pendas ni. Dekat sini ada tiga gerai ikan, satu tepi jalan sebelah Pondok Berhantu, dua lagi kat seberang sebelah sungai. Sampai gerai tu teruja tangkap ketam hidup-hidup dalam sampan sampai terlupa nak ambil gambar.
SK suruh PI beli, kot la ada mutiara dalamnya, tapi PI tak nak, hehe.
Dekat gerai yang ada sampan tu, udang laut sekilo RM45, dekat sini RM40.
Besar betul ikan parang ni, mesti sedap masak asam pedas makan dengan burasak.
Ikan siakap besar lori balak!
Ni ikan apa tak tahu. Mayong pun besar-besar, mesti ada telur.
Harga ketam hari ini
Gred A - RM45
Gred B - RM25
Gred C - RM15
Pekerja mengulor pulak
Ketam gred B jer ada, sekilo RM25, PI beli sekilo, padahal yang main tangkap-tangkao tadi dah beli 6 ekor, tu RM26.
Ikan pari pun besar betul.
Di Pendas ni dah ada Program Perikanan Lestari dan Mampan. Tujuannya untuk menubuhkan kawasan pemuliharaan. Apabila nelayan terserempak atau secara tidak sengaja menangkap species terancam seperti pari helang, jerung atau penyu, mereka akan mengukur panjang dan berat dan melepaskan semula ke laut, kemudian melaporkan kepada staf program ini.
Ada program jelajah bot membelah Selat Tebrau.
Nak sewa Rumah Rakit la lepas ni. Boleh memancing dan BBQ.
Ketam pun masak jugak, ni masak sambal. Selalu kalau dah masak sambal, ada jugak masak lemak, kan. Tapi sebab Iman dah ada lauk asam pedas tu, Sk tak buatlah masak lemak. Iman pun hari ni kerja overtime, jadi makan tengahari berdua jer dengan PI. Ketam tak la masak semua, Sk paling kuat pun makan dua ketul (ketam seekor potong dua).
Oleh sebab beli ketam banyak dan semua betina, memang banyaklah telurnya. Letak garam dengan serbuk kunyit, goreng garing. Malam pun repeat lauk yang sama, hurmm.. boleh pulak PI tu nak makan nasi dua kali sebab dah malas nak keluar, hahahah.





















Bestnya dapat beli seafood fresh camni. Harga pun lebih murah dari pasaran.
ReplyDeleteKalau tiram macam tu masak apa ye? PH tak pernah makan tiram. Yang dekat hotel, perah lemon pastu terus telan tu selalu tengok tapi tak pernah try.
Tak pastilah PH nak masak apa ketam tu. Rasanya boleh jugak makan mentah² tapi tu la, kulit dia dah macam batu, hihi.
Deletebesar btul siakap tu..byk telur ketam tu ye....lama btul tk mkn menu ketam
ReplyDeleteBest tu dapat membeli hidupan laut yang fresh baru lepas tangkap tu.
ReplyDeleteOkay nanti nak ajak suami pergi sini. Pasar Pontian mahal sangat sekarang ni.
ReplyDeleteBestnya dapat cari ketam segar
ReplyDeleteUntung dapat beli ketam segar! Terliur pulak tengok ketam masak sambal tu. Dah lama tak ke pasar, minggu ni nak cari masa la ajak encik suami ke pasar cari ikan segar.
ReplyDeleteKalau ke sini beli lauk, kita paling takut aksi Laki kita Kak.. macam nak bukak kedai ikan kalau dia beli lauk adeiiii... ikan pari tu bestnyaa...
ReplyDeleteRisau pulak nak lalu pondok berhantu tu. Hantu apa yang ada kat situ agaknya ye. Bestnya dapat beli hasil laut segar-segar.
ReplyDeleteEhh tu bukan kuli mengulor. Tu majikan tu.hihihi...
kalau beli ayam dengan sekali kulit saya suruh buangkan. Organ dalaman, kaki, leher semua takmau.
Sedap ni semua lauk pauk segar sampai Pak Inche makan nasi dua kali. Belum pernah lagi masak telur ketam macam ni. Jarang jumpa ketam ada telur. Selalu tinggal jantan je.
Seronoknya jalan-jalan ke Pendas, dapat beli terus dari gerai kat jeti macam ni memang gerenti segar! Murah jugak udang dengan ketam kat situ. Syok tengok pelbagai jenis ikan segar, terus rasa teringin nak gi jalan kat Pendas jugak
ReplyDeleteWah, best tengok hasil laut segar-segar. Pondok berhantu... agaknya betul-betul ada hantu waktu malam, tak. Asam pedas ayam tu nampak sedap sangat, SK. 😋
ReplyDeleteKenapa namanya pondok berhantu ya tempat itu 😅😅.
ReplyDeleteIni saya bisa kalap kaaaaak, semua fresssh yg dijual yaaa. 😍😍
Apa beda ketam grade A,B,C ini yaa. Apa dari size?
Uwaaah liat ikan pari langsung terbayang asam pedas 😍😍
Bagus juga ada program perikanan lestari itu yaa. Menjaga habitat hewan yang langka.
Kepiting atau ketam nih saya suka juga. Walaupun susah kadang nak makan hahahaha. Tapi tetap suka