ASSALAMUALAIKUM...
BARU-BARU ini Seri Kandi begitu terkejut dengan penampilan seorang rakan Seri Kandi yang agak kurus.. bukan.. bukan agak kurus tapi memang kurus. Pipinya yang dulu berisi sedikit cengkung dan tubuhnya yang dulu sederhana ketara benar susutnya. Lalu.. Seri Kandi bertanya, apakah rahsia? Jawabnya..
"Berhenti buat kek?"
Lalu, Seri Kandi pun melatah dalam hati...
"Oh, my oven!"
"Oh, my mixer!"
"Oh, my loyang!"
"Oh, my... my... my... nooooo!!!"
:-p
Tak mungkin begitu mudah untuk Seri Kandi berhenti membuat kek lebih-lebih lagi selepas tergoda dengan Toffee Cheese Cake yang dipersembahkan Kak Azlita Masam Manis. Sejak Kak Ita menayang kek tersebut, hati Seri Kandi dah meronta-ronta hendak mengadun dan menikmati keenakkannya. Seri Kandi berkata, kalau betullah berhenti buat kek boleh mengembalikan kerampingan Seri Kandi... (hihihi) maka azam Seri Kandi, inilah kek terakhir persembahan dari Seri Kandi.. uhuks! Percaya ke??? Percayalahhhhhhhhh... hiks.
Kepada Kak Ita, terima kasih atas perkongsian ini, Seri Kandi panjangkan pula di Alam Sari :-))))
Toffee Cheese Cake
Resepi : Epicurious
Sumber : Masam Manis
Lapisan Bawah
1 1/2 cawan biskut Oreo / Marie / Tiger
5 sudu besar mentega cairkan
Biskut dihancurkan. Boleh juga gunakan campuran biskut antara biskut Oreo dan biskut Marie atau sebaliknya.
Satukan biskut dan mentega.
Letakkan dalam loyang spring form pan ukuran 8 inc.
Alas dasar loyang terlebih dahulu dengan kertas minyak.
Padatkan biskut dalam loyang.
Boleh padatkan pada dasar loyang sahaja atau pada sekeliling loyang juga.
Simpan dalam peti ais sebentar anggaran 1 jam.
Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 15 minit atau sehingga biskut merenggang sedikit dari loyang.
Biarkan sejuk tapi jangan keluarkan dari loyang ya. Biarkan ia sejuk dalam loyang.
Cheese Cake
250 gm cream cheese ~ suhu bilik
150 gm gula perang
30 gm mentega ~ dicairkan
5 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Pukul cream cheese dan gula perang hingga lembut.
Tambahkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
Tambahkan mentega cair dan esen vanilla dan pukul rata.
Tuang dalam loyang yang terdapat biskut tadi.
Balut loyang dengan kertas aluminium foil tapi jangan tutup permukaan loyang.
Letakkan loyang dalam loyang lain yang lebih besar.
Isikan air panas dalam loyang yang besar, jangan sampai loyang kek terapung.
Bakar secara bain marie ini pada suhu 170 C selama 1 jam 15 minit.
Bakar guna api atas dan bawah.
Caramel
1 1/2 cawan gula ~ Kak Ita kurangkan, Seri Kandi punnnn...
1/4 cawan air
1/2 sudu teh jus lemon
1 cawan krim tenusu Dairy Whipping Cream / heavy cream
15 gm mentega
Masak gula, air dan lemon hingga keperangan.
Kemudian tambahkan krim tenusu dan kacau hingga ia pekat.
Tambahkan mentega dan kacau hingga ia berkilat.
Biarkan ia suam.
Tuangkan atas cheese cake tadi.
Simpan dalam peti ais hingga dingin.
Hiaskan dengan coklat Toffee.
p/s sebab tak ada loyang spring form, Seri Kandi gunakan acuan pie jer.. hehehe dan ia memuatkan separuh adunan.. bak kata bos Seri Kandi, "Tak ada rotan, akar pun berguna"
Salam Sayang,
Seri Kandi Tanah Jauhar
Kakcik tak pernah buat kek, tapi gemuk juga! hehehe
ReplyDelete(tapi kakcik adalah pemakan kek!)
klau itu la petua nak kurus....oh tidak....! x mngkin sy akan buat begitu....mna bole than kalau hari2 tgk kwn2 blog dok posting segala mcm hasil mmbaking kan kak....teruja gak nak mencubanya kan....hehe...
ReplyDeletemcm resepi akak ni kan...sy smpn dulu ye....sdap gila nmpknya....buat tmbh lemak ni....kikiki....
Aduhai tergodanyaaaaa!
ReplyDeleteSaya akan minta tolong wife saya buat kek ni..hahaha..sebab saya tak tahu masak!
ReplyDeleteperghhh..tangkap nangess!!
ReplyDeleteNak buat juga...nanti saya pun nak tayang kat blog!
ReplyDeleteBerhenti buat kek? TIDAK! itu satu penyiksaan di dalam dunia yang fana ini! Saya bantah yang arif!
ReplyDeletemmg berbaloi cuba kek ni kan...sedap...sy buat utk birthday anak...dia suka & balik sekolah mencari lagi kek tu dlm peti sejuk
ReplyDeletejangan berhenti buat kek kak, berhenti makan kek ajer..tapi mana bolehkan kita dah buat pastu tak makan..meleleh air liur
ReplyDeleteperghhhhhh sedapnya di makan sejuk ni..takmo antor rumah kita ke????.....he3....
ReplyDeletewalahhh!!!!
ReplyDeletekak yus cer..cer. join deko bt kek.
kompom menang.
bc resepi mmg perlukan byk lemak dan kolestrol. ala... tak kira. gemuk ker.. kurus ker.. janji sihat waafiat
adakah berat badan shida naik dan pp bam bam sebab baking...hehee
ReplyDeletesedapnya kak... cair..cair... berhenti buat kek? oh tidak.. hehe..
ReplyDelete....segan lah nak komen....hehhe (terkenang oven, tepung, mixer dan sudah pasti baking utensil yg dah macam tukun ikan tu...grrrr)...
ReplyDeleteOh No! kt pun br je berazam nk stop bt kek tp tp tp bila tgk kek seperti ini hmm..tinggal azam je laa hihii ^^
ReplyDeletemak aihhhh...sgguh2 tgoda. Kalau yg jarang2 buat kekpun badan naik xturun2 ni cmana ek???...huhhuhu
ReplyDeleteTetiba ter'mengences' la kak! Adehhhhh nak kene wat gak!
ReplyDelete