MEMBURU LAKSA KUALA KANGSAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
13
ASSALAMUALAIKUM...
 
TENTU ramai yang tahu tentang kepulangan Seri Kandi ke kampung ER pada cuti sekolah yang lepas, kan?
Dan tak lengkap rasanya kalau pulang ke utara tanpa pemburuan terhadap makanan-makanan yang menjadi tradisi sesuatu daerah yang Seri Kandi kunjungi... dasar kaki makan.. hehe.
Baiklah, inilah antara yang menjadi sasaran Seri Kandi tiga beranak.
Selepas terhenggut-henggut bergerak dari Taiping menghala ke Ipoh, kami mengambil keputusan untuk singgah ke Kuala Kangsar, tahu tak kampung siapa ni???
Haaaaaaa.. kampung blogger otai kitalah, Kak Ida 1001 Resepi dan Kak Jun Cupcakekasih semata-mata untuk pekena laksa Kuala Kangsar
 
 ;-)))))



Ok, tekan GPS... pilih 'Ke Mana?'
 
pilih 'Di Mana Saya Sekarang'....  'Berdekatan'
 
okey.. sekarang taip KUALA KANGSAR
 
pilih 'TEMPAT MENARIK'
 
pilih 'MAKANAN'
 
pilih 'SEMUA JENIS MAKANAN'
 
.. terus jer keluar 'MEDAN LAKSA DAN CENDOL KUALA KANGSAR'
 
jadi kita pilih situ... klik!!
 
yang membawa kami terus ke sini...

Persisiran Sayong Kuala Kangsar
Seri Kandi pilih untuk makan di bawah pokok di tepian tebing sungai... walaupun tersergam bangunan Medan Laksa dan Cendol Kuala Kangsar yang pastinya lebih selesa.

Ops! Bukan Laksa Zombi laaaaaaa...
Laksa Zimbo katanya



Atas Meja ada marshmallow, air mineral, keropok gulung-gulung dan tapai pulut...


Yey!! Tapai pulut ialah pencuci mulut kesukaan Seri Kandi.. jadi tunggu..
kemudian nanti baru ambil.

Kami minta laksa... tiga!

makan sampai hirup mangkuk.. tak menahan sungguh!
cendol... tiga (sambil angkat tiga jari)



urmmmmm... sedapnya laksa...

tapi cendol kurang umph! Gula merahnya ada rasa hangus-hangus sikit.

Tinggal sikit lagi baki cendol.. Seri Kandi capai tapai pulut.
Tak pernah lagi Seri Kandi jumpa tapai pulut bungkus ringkas macam ni.
Seri Kandi tekan sikit isinya
dan keluarkan dari plastik terus suap ke mulut.


Laaaaaaaaa...
rupanya bukan tapai laaaaaaa... ini pulut makan dengan cendol.
Jadilah cendol pulut.. hihihihi... Nasib baik cendol ada sikit lagi... tekak Seri Kandi tak berapa boleh terima makan cendol pulut ni tapi Seri Kandi telan aje sebab takut sang pulut menangis bila tak dihabiskan.. huhu.
Tertipu rupanya Seri Kandi... hihihi.

tinggal sikit... jadilahhh...

Jumpa lagi nanti di lain acara makan-makan Seri Kandi, insyaAllah :-))))

Post a Comment

13Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kuala Kangsar itu juga sebenarnya adalah tanah tumpah darah kakcik. :)

    ReplyDelete
  2. mas klu balik kuala..
    itu yg wajib dicari...yummmmyyy

    ReplyDelete
  3. menangis tengok entri ni...sedap sangat semua gambar...eh, sedap sangat semua makanan dalam gambar tu..hahaha

    ReplyDelete
  4. kalau dekat medan selera kuala kangsar area2 tepi sg tu tak berapa sangat ummmm nya...bagi shida la..yang laksa buyong tu sedap...

    ReplyDelete
  5. Laksa kuale memang terbaikkkk.

    ReplyDelete
  6. kalo ke Kuala Kangsar, mesti pekena cendol+laksa..tp laksa paling best ialah laksa bawah pokok...ada pelbagai jenis laksa spt laksa telur mata, laksa cekodok dll... dan jangan lupa bawa balik kuih putu kualer yg istimewa yer...

    ReplyDelete
  7. Kalau kakak suka cendol campur pulut tapi kakak tak pandai makan tapai pulut, kalau tapai ubi kakak oklah...

    ReplyDelete
  8. Kak Sari,owh g kola kangsar mkn laksa ya,erm pernah try laksa pokok janggus kat blk pulau penang nih x,yg tuh pemes n mmg rmai sungguh la,hubby kata mmg sdap,tapi sy kan xmkn laksa,so mmg xtau ler rsa camner..
    Ala siannyer bkn tapai ya,ermm meh sy janu tapai kak,tapai sy peram bru leh mkn arini,da lagi lam esbok tuh..

    ReplyDelete
  9. Kuala Kangsar tempat wajib singgah bila balik ke Utara. Tapi kan hari tu singgah nak rasa laksa bawah pokok ni ler, tapi dah habih huhuhu melepas!!!!

    ReplyDelete
  10. tak tahan akak tengok laksa tu sari oiii.... menelan2 air liur haa... adusss...

    ReplyDelete
  11. Punyalah saya teruja nak tahu verdict tapai...rupa2nya pulut...haahahahahaha. Laksa tu sedap eh...

    ReplyDelete
  12. kuala tu kampong kkida tu seri...laksa kuala memang terkenal...me rebus pun sedap...:)

    ReplyDelete
  13. Nekcik pun dah lama benor tak ke kuala.....kna prrgi tspi nak makan mee rebus sbb tsk suka laksa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!