TOFFEE CHEESE CAKE YANG.... URMMMM...

Seri Kandi Tanah Jauhar
17
ASSALAMUALAIKUM...


BARU-BARU ini Seri Kandi begitu terkejut dengan penampilan seorang rakan Seri Kandi yang agak kurus.. bukan.. bukan agak kurus tapi memang kurus. Pipinya yang dulu berisi sedikit cengkung dan tubuhnya yang dulu sederhana ketara benar susutnya. Lalu.. Seri Kandi bertanya, apakah rahsia? Jawabnya..

"Berhenti buat kek?"


Lalu, Seri Kandi pun melatah dalam hati...

"Oh, my oven!"

"Oh, my mixer!"

"Oh, my loyang!"

"Oh, my... my... my... nooooo!!!"

:-p


Tak mungkin begitu mudah untuk Seri Kandi berhenti membuat kek lebih-lebih lagi selepas tergoda dengan Toffee Cheese Cake yang dipersembahkan Kak Azlita Masam Manis. Sejak Kak Ita menayang kek tersebut, hati Seri Kandi dah meronta-ronta hendak mengadun dan menikmati keenakkannya. Seri Kandi berkata, kalau betullah berhenti buat kek boleh mengembalikan kerampingan Seri Kandi... (hihihi) maka azam Seri Kandi, inilah kek terakhir persembahan dari Seri Kandi.. uhuks! Percaya ke??? Percayalahhhhhhhhh... hiks.


Kepada Kak Ita, terima kasih atas perkongsian ini, Seri Kandi panjangkan pula di Alam Sari :-))))

Toffee Cheese Cake
Resepi : Epicurious
Sumber : Masam Manis

Lapisan Bawah
1 1/2 cawan biskut Oreo / Marie / Tiger
5 sudu besar mentega cairkan

Biskut dihancurkan. Boleh juga gunakan campuran biskut antara biskut Oreo dan biskut Marie atau sebaliknya.
Satukan biskut dan mentega.
Letakkan dalam loyang spring form pan ukuran 8 inc.
Alas dasar loyang terlebih dahulu dengan kertas minyak.
Padatkan biskut dalam loyang.
Boleh padatkan pada dasar loyang sahaja atau pada sekeliling loyang juga.

Simpan dalam peti ais sebentar anggaran 1 jam.
Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 15 minit atau sehingga biskut merenggang sedikit dari loyang.
Biarkan sejuk tapi jangan keluarkan dari loyang ya. Biarkan ia sejuk dalam loyang.

Cheese Cake
250 gm cream cheese ~ suhu bilik
150 gm gula perang
30 gm mentega ~ dicairkan
5 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Pukul cream cheese dan gula perang hingga lembut.
Tambahkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
Tambahkan mentega cair dan esen vanilla dan pukul rata.

Tuang dalam loyang yang terdapat biskut tadi.
Balut loyang dengan kertas aluminium foil tapi jangan tutup permukaan loyang.
Letakkan loyang dalam loyang lain yang lebih besar.
Isikan air panas dalam loyang yang besar, jangan sampai loyang kek terapung.
Bakar secara bain marie ini pada suhu 170 C selama 1 jam 15 minit.
Bakar guna api atas dan bawah.

Caramel
1 1/2 cawan gula ~ Kak Ita kurangkan, Seri Kandi punnnn...
1/4 cawan air
1/2 sudu teh jus lemon
1 cawan krim tenusu Dairy Whipping Cream / heavy cream
15 gm mentega

Masak gula, air dan lemon hingga keperangan.
Kemudian tambahkan krim tenusu dan kacau hingga ia pekat.
Tambahkan mentega dan kacau hingga ia berkilat.

Biarkan ia suam.
Tuangkan atas cheese cake tadi.
Simpan dalam peti ais hingga dingin.
Hiaskan dengan coklat Toffee.



p/s sebab tak ada loyang spring form, Seri Kandi gunakan acuan pie jer.. hehehe dan ia memuatkan separuh adunan.. bak kata bos Seri Kandi, "Tak ada rotan, akar pun berguna"

Salam Sayang,
Seri Kandi Tanah Jauhar


Tags

Post a Comment

17Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kakcik tak pernah buat kek, tapi gemuk juga! hehehe

    (tapi kakcik adalah pemakan kek!)

    ReplyDelete
  2. klau itu la petua nak kurus....oh tidak....! x mngkin sy akan buat begitu....mna bole than kalau hari2 tgk kwn2 blog dok posting segala mcm hasil mmbaking kan kak....teruja gak nak mencubanya kan....hehe...
    mcm resepi akak ni kan...sy smpn dulu ye....sdap gila nmpknya....buat tmbh lemak ni....kikiki....

    ReplyDelete
  3. Saya akan minta tolong wife saya buat kek ni..hahaha..sebab saya tak tahu masak!

    ReplyDelete
  4. Nak buat juga...nanti saya pun nak tayang kat blog!

    ReplyDelete
  5. Berhenti buat kek? TIDAK! itu satu penyiksaan di dalam dunia yang fana ini! Saya bantah yang arif!

    ReplyDelete
  6. mmg berbaloi cuba kek ni kan...sedap...sy buat utk birthday anak...dia suka & balik sekolah mencari lagi kek tu dlm peti sejuk

    ReplyDelete
  7. jangan berhenti buat kek kak, berhenti makan kek ajer..tapi mana bolehkan kita dah buat pastu tak makan..meleleh air liur

    ReplyDelete
  8. perghhhhhh sedapnya di makan sejuk ni..takmo antor rumah kita ke????.....he3....

    ReplyDelete
  9. walahhh!!!!
    kak yus cer..cer. join deko bt kek.
    kompom menang.

    bc resepi mmg perlukan byk lemak dan kolestrol. ala... tak kira. gemuk ker.. kurus ker.. janji sihat waafiat

    ReplyDelete
  10. adakah berat badan shida naik dan pp bam bam sebab baking...hehee

    ReplyDelete
  11. sedapnya kak... cair..cair... berhenti buat kek? oh tidak.. hehe..

    ReplyDelete
  12. ....segan lah nak komen....hehhe (terkenang oven, tepung, mixer dan sudah pasti baking utensil yg dah macam tukun ikan tu...grrrr)...

    ReplyDelete
  13. Oh No! kt pun br je berazam nk stop bt kek tp tp tp bila tgk kek seperti ini hmm..tinggal azam je laa hihii ^^

    ReplyDelete
  14. mak aihhhh...sgguh2 tgoda. Kalau yg jarang2 buat kekpun badan naik xturun2 ni cmana ek???...huhhuhu

    ReplyDelete
  15. Tetiba ter'mengences' la kak! Adehhhhh nak kene wat gak!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!