MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, May 29, 2013

TOMATO SALSA & TORTILLA ROLL

ASSALAMUALAIKUM...


TAK menjadi kehairanan di rumah Seri Kandi ni bila menu yang sama diulang-ulang selagi tak jemu. ER pula memang jenis yang tidak kisah kalau dihidangkan dengan lauk semalam atau kelmarin yang telah dipanaskan. Mudah bagi SK dengan manusia macam ER ni. Asalkan apa yang kita masak tu dia suka, ulanglah sampai dia jemu dan tekak kita pun jemu... hihi. Memandangkan tortilla wraps yang SK buat sebelum ni masih berbaki jadi SK meneruskan misi yang terkandas yang SK pernah cerita sebelum ni. Yup! Tortilla gulung dengan nuggets.. hehe.

Mudah sangat nak buat, budak-budak pun boleh buat. Tapi kenalah ada orang dewasa memantau di dapur kerana ada penggunaan api dan minyak panas menggelegak. Mula-mula gorengkan nugget macam biasa, (Oh, Ya! SK suka nugget tempura daripada nugget yang bersalut dengan bread crumb tu). Tortilla wraps tu pula kita panaskan di atas kuali leper. Nugget yang dah siap digoreng tu, kita hiris kasar dan isikan dalam wraps, pancitkan sedikit mayonis dan sos cili dan gulungkan macam kita menggulung kuih dadar. Kali ni SK dah pandai sikit, dah tak taruk inti banyak-banyak macam sebelum ni.. hihihi.

Tortilla Chips tu pula, SK beli yang dah siap. Sebenarnya, ER ada ajar SK cara membuat tortilla chips tu sendiri tapi biasalah, M besar juga ada. Kebetulan memang ada stok tortilla chips di dapur dan jenama yang sama pula dengan tortilla wraps tu. Jadi, tak payah nak membazir bil elektrik ya tuan... :p  dan.... Tak lengkap hidangan ala mexico ini kalau tak ada tomato salsanya ;-)))))


Tomato Salsa

Bahan-bahan :

2 biji tomato masak (potong dadu)
1/2 batang timun (buang tengahnya dan potong dadu)
1 tangkai daun ketumbar (cincang)
3 tangkai cili padi dihiris (jika suka pedas)
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
2 sb jus limau nipis

Cara-cara :

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau rata. Hidangkan bersama set tortilla gulung dan tortilla chips.

Monday, May 27, 2013

BUAH HATI BARU

ASSALAMUALAIKUM...

dalam kereta... mamai-mamai lagi diangkat tengah tidur... "mana nak bawa saya ni???"
PAGI-PAGI lagi Seri Kandi dah tercegat depan pintu restoran yang nampaknya tidak dibuka. Sebaik sahaja menghantar Iman ke kelas tambahan, SK terus bergegas ke sini. SK cuba pusing-pusing balik ingatan SK tentang apa yang berlaku hari sebelumnya.

dah mandi... "di manakah aku???"
"Suka kucing ke? Kalau nak ambiklah, sebab bapak saya kata kalau dia balik nanti kucing ni masih ada, dia nak buang kat pasar."

termenung sampai tertidur :)
Besar mata SK mendengar kucing kecil yang comot itu hendak dibuang ke pasar. Terus terbayang kucing-kucing gemuk yang seronok makan ikan mentah di pasar. Gemuk tapi comot, nasib tidak baik berkurap. :(

Subhanallah.. makluk Allah paling comel..
"Bapak saya tak suka kucing duduk dalam kedai. dah dua tiga hari dia kat sini, kita suruh dia keluar pun dia masuk balik duduk dalam kedai," oh, SK faham apa yang nak disampaikan. Kucing ini tak mahu duduk luar kedai. Tuan kedai tak kisah ada kucing di persekitaran tetapi tak mahu ada kucing di dalam kedai mungkin takut mengganggu sesetengah pelanggan yang takut atau geli dengan kucing.

eiiiii.. geramnyaaaaaaaa!!
SK mengecek-ngecek dengan ER untuk membawa balik kucing comot itu. ER mengeleng. Alah, SK tahu, dia memang geleng tapi nanti dia yang terlebih melayan kucing, macam Zonan dulu. SK kenyit-kenyit mata dengan tuan kedai, SK bisik, esok pagi-pagi SK datang ambil si kecik comot itu.

ER pakaikan baju Zonan.. tak muat sebab boyot, ekekeke
"Tapi... kenapa dia tak bagitahu kedai tutup?" SK pelik, pintu kedai terbuka tak sampai suku. Ada orang ke tak ada orang ni. SK dail nombor telefon tuan kedai yang memang SK kenal.


tolong buka baju saya.. sakit perut saya.. tak muat... huhu
"Alah, saya lupa hari ni kedai tutup. Tapi nanti tukang masak nak datang, nanti saya bagitahu dia," lega hati, mintak-mintaklah kucing oren belang-belang tu ada lagi. Beliau pesan, cari kucing tu belakang stor, dia suka menyorok bawah meja katanya.


nak nyorok dalam kotak kasutlah

Dipendekkan cerita (nanti kamu-kamu bosan pula), si tukang masak sampai depan kedai. Tersengih-sengih dia nampak sangkar kucing dalam kereta SK. SK agak, bosnya dah beritahu tentang kedatangan SK. Dia terus masuk dalam kedai dan kelihatan meninjau-ninjau. Selepas lima minit lebih mencari dia mengangkat-angkat tangan mengisyaratkan tak jumpa di mana si meow berada. SK hampa. SK beritahu tuan kedai suruh cari dekat dengan stor bawah meja. Dia tuju ke situ, haaaaaa.. dia tengah tidur, katanya.



sempitnyaaaaaaaa
Susah payah dia menarik budak kecik itu keluar. Si meow bertukar tangan. SK usap kepalanya. Amboih, berminyak satu badan. Jadi tukang masakkah budak ini. Lepas usap terima kasih, SK bawa si meow masuk kereta. dalam kepala berfikir-fikir nama apa yang sesuai nak bagi. Badan boleh tahan berat, perutnya bulat, kakinya pendek. SK rasa ini bukan baka kucing biasa, tentu ada kacukan sedikit-sedikit. Dan SK syak juga, dia mungkin sesat dan dia bertuan... kesian tuan dia, tentu tengah sedih kerana kehilangan si comel ini.


mana lagi mahu sembunyi ni??
Bising suaranya sepanjang perjalanan. Bila berhenti di lampu merah, dia senyap. Kereta menderum saja dia menjerit, sabarrrr.. kata SK. Bonda nak jaga kamu, bonda tak mahu kamu kena buang kat pasar. SK pesan lagi, nak bera* ke.. nak kenC ke... tunggu sampai rumah. Terus teringat pulak susah payahnya dulu nak mengajar Zonan bab nak membuang najis ni, huhuhu.


alaaa.. tak boring ke asek amek gambar saya jer
Orang yang semalam geleng-geleng tak bagi lampu hijau bila SK minta bawa balik si meow rupanya adalah orang yang paling gembira. Cepat-cepat dia suruh SK bagi makan. SK dah tahu dahhhhh.. Suka betul dia bila dapat makan whiskas pocket. Maaflah kecik, bonda tak mampu nak belikan makanan kucing yang mahal-mahal tu :(

dah tak mo amek gambar lagi
Lepas makan SK bawa masuk bilik air. SK jirus sikit kaki dia, mana tahu kalau tiba-tiba mengamuk pulak nanti. Dia cepat-cepat lari belakang mangkuk tandas. Ops! Dia kenC pulak. SK basahkan lagi badan dia, dia bergerak ke tempat lain pulak. Langsung tak berbunyi (kalau Zonan dah meraung satu taman). Tiba-tiba SK nampak ada benda hitam keluar dekat ekor. Laaa.. pandailah pulak budak ni bera* kenC dalam bilik air. Lepas buang najisnya, SK mandikan dia bersih-bersih. Tubuhnya yang berminyak SK sabun dengan sabun khas untuk si comel.

gaya tidur kuak lentang
Diam sahaja bila SK lap badannya. Lepas tu SK letak semula dalam sangkar dan letak tempat panas, biar dia berjemur sekejap sementara SK gantung baju-baju basuhan. Habis menggantung baju, bulunya hampir kering. Si kecik leka menjilat bulu. SK ambil bawa masuk ke dalam. ER ajak bermain, amboi suka betul dia menggigit dan menangkap tangan kita. Mencengkam sungguh-sungguh, menggigit habis-habisan, boleh menangis dibuatnya.

makan dengan tertib jangan berebut-rebut
ER pula hampir satu malam tak tidur menjagakan dia yang asyik nak lompat ikut tingkap. Kami memang jenis tidur ditemani angin malam. Tiada kipas, tiada pendingin hawa. Tidur dengan angin malam sepoi-sepoi seribu bahasa... hehe. SK??? Macam biasa.. tidur mati, hihihi.


Sekarang, dialah buah hati kami. Balik rumah jer masing-masing berebut nak memeluk si boyot. Mula dulu SK letak namanya Gomez tapi sebab perutnya boyot betul lama-lama jadilah pulak Boboiyot. Zonan?? Si abang yang suka mengusik. Menderam-deram si boyot bila nampak si Zonan padahal Zonan tu saja nak menyakat. Zonan pulak asyik tak lekat di rumah, maklumlah orang bujang trang tang tang. Bila pergi kerja, Boboiyot dikurung dalam rumah bagi mengelak di serang kucing-kucing gagah di luar sana. Rasanya, daripada beberapa ekor kucing yang pernah SK bela, Boboiyotlah yang paling senang jaga sebab dari mula datang pun dia membuang cuma di bilik air sahaja walaupun tengah main di luar kalau ada hajat memang dia akan cari bilik air, pandaikan...


Wednesday, May 22, 2013

CHICKEN DANCE TORTILLA

ASSALAMUALAIKUM...


NAMPAK mudah tapi bila buat sendiri terkial-kial pulak SK dibuat dek tortilla ni. Naik terpusing bahu menggulung tortilla (tipu) yang selama ini dianggap mudah. SK rasa nak gulung kuih dadar aka kuih ketayap dan popia lagi senang dari nak menggulung tortilla ni... hihihi..


'Tortilla wraps' ini SK terpandang masa pergi ke 'EconSave' semasa nak mengambil roti. Teruslah SK teringat hari itu Kak Ida ada tayang Tortilla hasil masakan anak daranya, Hani. Hani cuma menggunakan nugget sahaja sebagai inti tortillanya. Kebetulan di rumah SK memang selalu ada stok nugget teruslah terbayang-bayang alangkah bahagianya kalau tortilla ni singgah kat anak tekak SK, hehehe.

Tapiiiii.. sebab ada orang yang terlebih rajin dan baik (tapi SK jugak yang buat), dia kata, guna ayamlah baru sedap, barulah tortilla. Jadi, diapun belilah dua keping dada ayam yang besar. Bila timbang, gulp! RM9++. Hambekkk.. nak sangat inti ayam, hahahaha. Sampai rumah, dah satu kerja nak potong dan masak isi ayam tukan. Tulah, orang nak guna nugget, dia sibuk nak guna ayam, hehehe. dah siap potong, teruslah perapkan dengan apa sahaja yang ada dalam kabinet tu. Dari lada hitam, lada sulah, rosemarry dsb mengikut sesuka hati dia. Akhir sekali perahkan jus limau nipis. Lepas tu, siapa yang masak??? SK.... jugak! :p

SK masak isi ayam tu atas grill pan sampai kering sambil dibalik-balikkan hingga sedikit garing. SK tak mahu garing sangat sebab nanti takut isinya keras. Disebabkan air yang terhasil dari ayam dan perahan limau nipis tu agak banyak, jadi SK kenalah mengelat sikit iaitu buangkan air yang berlebihan tu jadi taklah mendangok lama depan dapur.... hihihi.


Tortilla wraps itu pula SK panaskan atas kuali leper dengan api kecil. Mulanya SK ingat nak isikan inti baru panaskan tapi SK teringat yang SK nak masukkan salad dan tomato, nanti kalau panaskan kemudian tentulah layu salad SK.



Bila inti ayam dah siap, SK teruslah susunkan semua atas tortilla wraps tu. Alamak, cemana nak menggulung ni ek, penuh dengan inti. Sudahnya, buat macam gulung tikar jerlah, hahaha. Dan, gigitan pertama tortilla tu, rasa macam chicken-chicken (Cikgu BI baca mesti marah ni) tu menari-nari dalam mulut ni ha. Walaupun apa yang diperap tu adalah resepi belasahan semata-mata namun agaknya diperap dengan penuh kasih sayang oleh ER kan... uhuks! Meh layan resepi...

Chicken Dance Tortilla

Bahan-bahan :

3 keping tortilla wraps (sebarang perisa)
1 keping dada ayam yang besar (dipotong sederhana nipis)
sedikit serbuk lada hitam*
sedikit serbuk lada sulah*
sedikit garam*
sedikit rosemary/ oregano dsb*
sedikit kicap cair*
2 sb jus limau nipis* (perap semua bahan * dengan ayam 30 minit)
6 helai daun salad
1 biji tomato dihiris
mayonis secukupnya
sos cili secukupnya

Cara-cara :

1. Panggangkan dada ayam yang telah diperap tadi di atas grill dengan api perlahan. Ayam akan mengeluarkan air. Masak hingga air kering. Boleh buangkan air yang berlebihan tetapi jangan buang semua bagi mengelak ayam hangus. Sentiasa balik-balikkan ayam atas grill (Mak SK pesan jangan tinggal dapur masa masak nanti hangus)

2. Apabila ayam hampir masak dan sedikit garing (jangan terlalu garing) bolehlah mula memanaskan tortilla wraps di atas kuali leper. Panaskan satu minit di setiap bahagian wraps. (kiralah 1 sampai 60 kuat-kuat)

3. Susunkan salad dan timun di atas tortilla wraps dan kemudian letakkan ayam yang telah siap dipanggang. Kemudian picitkan mayonis dan sos cili dan gulungkanlah mengikut kepandaian anda.

4. Baca Bismillah dan doa makan, bolehlah menjamu selera...

Burpppp!! Alhamdulillah...

Tuesday, May 21, 2013

AKU RINDU PAPA...

ASSALAMUALAIKUM...

sambungan 'SUAMI DIA.. DUDA AKU!'

KAMIL terkebil-kebil memandang siling putih. Kipas yang berputar ligat menyesakkan hidung. Tiba-tiba pintu biliknya terkuak dan muncul cahaya mata bongsu yang dirinduinya.

"Papa.. papa!" Kamil terkejut. Dia terus duduk dan menyambut pelukan dari gadis kecil yang dirindu-rindu itu.

"Papa, papa buat apa? Kenapa nangis?" Becok mulut comel si kecil itu bertanya. Walaupun masih pelat namun tidak sukar untuk Kamil memahami.

"Gegirl datang dengan siapa?" Anak kecil itu menuding jari ke arah pintu bilik yang terbuka. Mata Kamil terarah ke luar bilik. Tiada sesiapa di situ. Tiba-tiba guruh berdentum di langit seiring dengan hujan lebat mencurah. Dalam masa yang sama, anak kecil tadi hilang tidak berbayang. Kamil menerjah ke luar bilik, mencari di dapur, di balkoni namun tiada. Kamil cuma berkhayal kerana terlalu rindu anaknya.

"Dah seminggu Emi tak hantar Gegirl ke sini...", sayu nada suara Kak Ros yang amat memahami hati seorang bapa yang rindukan anaknya. "Kamil tak pergi tengok ke rumah Pak Jalal ke?" Kamil menggeleng kepala. Malas nak bercerita kejadian dia diketuk dengan tongkat. Malu mengenangkan dirinya diintai jiran-jiran Pak Jalal. Tiada siapa yang sudi membantu. Semua gerun dengan Pak Jalal, siapa berani masuk campur pastinya akan dibalun sekali.

"Kak Ros dengar sepatutnya Gegirl tu dapat dekat Kamil, betul ke?"

Kamil mengangguk. Sebagai wali yang sah, dia mendapat hak penjagaan ke atas anak perempuannya manakala anak lelaki mereka akan mengikut Emi. Namun, Kamil tak mahu dua adik-beradik itu terpisah, dengan rela diserahkan hak penjagaan kedua anak itu kepada Emi. Tapi lain pula jadinya. Jangankan si abang, si adik pun dia tidak dapat bertemu lagi.

...

"Aku dah cakap dengan kau kan, aku tak nak budak ni. Kalau kau dah kahwin dengan aku, kau tolong dengar cakap aku. Aku ni suami kau, tau tak?"

"Tapi dulukan abang janji, Emi boleh bawa budak-budak ni duduk dengan kita. Dia anak Emi, bang. Bukan anak orang lain."

"Memang anak kau, Emi. Tapi.. anak kau dengan orang lain, bukan dengan aku. Aku kata, aku tak nak.. aku tak naklah. Menyusahkan aku je karang!"Muktamad sudah. Azman tak mahu Boboi dan Gegirl tinggal bersama mereka. Emi perlu cari jalan penyelesaian siapa yang akan memelihara Boboi dan Gegirl. Namun, untuk meminta pertolongan Kamil, dia malu.

...

"Kakak.. kenapa papa kakak tak datang beraya dengan kita?" Tersentak Diana dengan pertanyaan dari adik sepupunya, anak Pak Long. Budak baru sekolah tadika, mulutnya macam bertih. Kalau ikut hati mahu sahaja diramas mulut yang tak henti-henti bertanya tentang papanya.

Sejak kecil, Diana tak pernah jumpa papa. Dia tak ingat wajah papa. Setiap kali cuba bertanya, teruk Diana dimarah atuk. "Kau jangan sebut-sebut lagi pasal papa tak guna kau tu!" Bentak atuk. Sejak itu Diana tak berani bertanya lagi. Hanya Faizal, abangnya sahaja tempat dia mengadu. Rawan di hati tiada yang mengambil tahu. 15 tahun hidupnya tanpa ayah dan ibu tempat bermanja. Mujur ada atuk dan nenek untuk menumpang kasih. Mujur ada kawan-kawan tempat bergurau senda. Bila malam menjelma hatinya kembali sayu. Diana ingin jumpa papa. Diana rindu papa.

Bersambung...

Monday, May 20, 2013

NASI AYAM HAINAN AZIE KITCHEN

ASSALAMUALAIKUM...



INI masakan yang SK buat beberapa purnama sudah. Entah macammana SK jumpa gambar-gambar ini masa memindahkan gambar-gambar dari folder gambar telefon ER. SK ingatkan gambar-gambar ni dah tak ada jadi terlanjur dah jumpa, SK nak kongsikan resepi nasi ayam hainan yang sungguh marbelous ini. Rasa nasinya betul-betul sedap mungkin kerana penggunaan lemak ayam menggantikan minyak. Awwww... ada yang seram ke? Menurut Kak Azie, resepi ini digoogle dari satu blog masakan negara seberang tambak dan Kak Azie sendiri lupa sumbernya. Kepada pemilik resepi sebenar dan Kak Azie sendiri, SK ucapkan terima kasih kerana berkongsi dan SK panjangkan lagi di sini untuk rujukan pengunjung Alam Sari.

Nasi Ayam Hainan
Sumber : Azie Kitchen

Bahan-bahan :

Untuk Ayam :

1 ekor ayam
kosher salt (SK guna garam biasa aje)
4" halia muda
2 batang daun bawang
1 sudu kecil minyak bijan

Untuk Nasi :

2 sudu besar lemak ayam
3 ulas bawang putih (cincang)
1" halia muda (cincang)
3 helai daun pandan dikerat besar
2 cwn beras (cuci dan rendam 10 minit)
2 cwn air rebusan ayam
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil kosher salt (SK guna garam biasa)

Untuk Sos Cili :

1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sriracha chilli sauce (SK guna sos cili biasa)
4 tangkai cili merah dan sedikit cili padi
4 ulas bawang putih
1" halia
sedikit garam

Untuk Sos Ayam :

1 sudu besar minyak garlic (SK tak letak)
1 sudu besar minyak bijan
5 sudu besar kicap cair
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar air rebusan ayam

Untuk sampingan/ hiasan :

1/4 cawan kicap pekat
sedikit daun ketumbar
hirisan timun
SK tambah salad dan tomato (wajib ada bila masak nasi ayam, hehehe)

Cara-cara :

1. Bersihkan ayam, gosok kulitnya dengan garam luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang kotoran. Bilas bersih-bersih. Ambil/ asingkan lemak ayam lebih kurang dua sudu besar atau secukupnya. Lumur lagi dengan garam luar dan dalam. Sumbatkan halia dan daun bawang ke dalam ayam.

2. Letakkan ayam ke dalam periuk besar. Isikan air sehingga menenggelamkan ayam melebihi seinci. Buka api besar, biarkan air rebusan menggelegak.


3. Bila air sudah menggelegak, perlahan ke api sederhana.. biar air mendidih perlahan selama 30 minit. Cucuk paha ayam dengan chopstick bagi memastikan ayam sudah masak.

4. Bila ayam dah masak, tutup api dan keluarkan ayam. Masukkan ayam terus ke dalam besen bersih yang mengandungi air ais untuk menyejukkan dan menghentikan proses ayam dari terus masak. Ini petua bagi memastikan kulitnya rangup dan isinya lembut. Buang halia dan daun bawang, simpan air rebusan.


5. Untuk memasak nasi : Toskan beras yang direndam tadi. Panaskan lemak ayam dalam kuali dan masukkan bawang putih serta halia, goreng hingga wangi bersama daun pandan yang dikerat. Masukkan pula beras, goreng sekejap selama dua minit. Masukkan pula minyak bijan dan garam. Masukkan air rebusan ayam dan masak dalam periuk nasi elektrik.

6. Sementara menunggu nasi masak, keluarkan ayam dari air sejuk dan lumurkan luar dalamnya dengan minyak bijan. Potong ayam untuk dihidangkan. Boleh juga potong dahulu baru dilumur dengan minyak bijan. (SK nak kokah sekor-sekor jadi tak potong, hehehehe). Tuang sos ayam sebelum menghidang.

7. Untuk membuat sos cili : Kisar semua bahan sehingga halus. (SK masak sekejap di atas api untuk menghilangkan bau cili.

8. Untuk membuat sup : Panaskan sup dan masukkan garam. Hidangkan bersama bawang goreng dan daun bawang yang dihiris.

* Hidangkan nasi dengan sos cili, kicap pekat, hirisan timun dan sup. Taburkan sedikit hirisan daun ketumbar ke atas nasi. 


p/s Betul-betul sedappppppppppp!!!



 

Friday, May 17, 2013

RESEPI CHEESE TART BAGI PESAKIT DIABETES

ASSALAMUALAIKUM...

gambar hiasan
BOLEH manis tapi jangan terlebih manis, banyak manis akhirnya menangis...

Oh, ya! Kata-kata di atas dicuit oleh pengarang veteran terkemuka, Abdul Jalil Ali, yang kini merupakan Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf dalam buku 'Cendol Pulut Santan Lebih'. SK suka 'tagline' itu kerana bagi SK ia bukan sahaja menggambarkan tentang kemanisan dalam makanan dan minuman tetapi juga pahit manis kehidupan. Bak kata ibu SK dulu kalau kami terlebih ketawa, 'Jangan banyak sangat ketawa nanti akhirnya menangis'. Memang betul, ketawa bagai nak rak, bergurau yang tidak-tidak, akhirnya bergaduh, kui kui!

SK teringat satu kisah lawak yang Seri Kandi pernah baca lama dulu. Kisah seorang makcik yang berasal dari negeri Pantai Timur yang datang hendak melawat anaknya di sebuah hospital di Kuala Lumpur yang kemalangan. Maaflah, kalau ayat yang SK tulis ni salah, SK ingat-ingat lupa ejaan yang betul tapi lebih kurang begini dialognya...

Makcik : Assalamualaikum, nak... Mokcik nak tumpang tanye.. kat mane wad kecemase?

Attendan Hospital : Maaf, makcik. Wad kencing masin takde, wad kencing manis ade....

:p

gambar hiasan
Ramai yang mengeluh, resepi kuih-muih pada hari ini mengandungi banyak gula dan SK juga diberitahu bahawa tahap manis gula di negara kita adalah lebih tinggi dari negara luar. Ini membuatkan ramai pesakit khususnya diabetes yang tidak dapat menikmati kuih-muih yang dijual di pasaran kerana kandungan gulanya. Tidak bolehkah mengurangkan gula dalam bahan? Apakah ia akan menjejaskan struktur kuih itu. Jawapannya, boleh sahaja untuk kita mengurangkan malah tak jadi apa-apapun kalau tidak meletaknya langsung. Kecuali manisan yang bahan utamnya ialah gula seperti pavlova atau macaron, yang itu mesti kena ada gulalahkan, tapi masih boleh dikurangkan kandungannya.

gambar hiasan
SK ada seorang pelanggan tetap yang selalu meminta SK mengurangkan gula dalam adunan cheese tart SK. Itulah untungnya kalau kita membeli makanan terus dari pembuatnyakan. Kita boleh minta tempahan kita mengikut citarasa kita. Menurut sahabat SK ni, ahli keluarganya ramai yang mengidap diabetes kecuali beliau. Inti blueberri pun dipesan letak sedikit sahaja. SK pada mulanya musykil juga, takut tak ada rasa. Tapi beliau yang tidak mengidap diabetes mengakui rasanya tetap sedap dan pengurangan gula langsung tak menjejaskan keenakan cheese tart. Alhamdulillah, jadi SK ingin berkongsi resepi cheese tart bagi pesakit diabetes. Resepi masih sama, cuma SK gunakan sukatan sudu untuk gula ya.

RESEPI CHEESE TART BAGI PESAKIT DIABETES

Bahan-bahan :
170 gm margerin
1 sb gula icing
1 biji telur C atau B
1/2 st esen vanilla
270 gm tepung gandum

Cara-cara :

~ Pukul margerin dan gula icing (ayak dahulu) dengan senduk kayu. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul hingga sebati.
~ Masukkan tepung sedikit-sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
~ Tekan pada acuan cheese tart dan bakar 30 minit pada suhu 170 darjah selsius.
~ Keluarkan dari oven. Biar suam kemudian terbalikkan acuan untuk keluarkan crust. Tidak perlu cungkil crust.

* Boleh dapat lebih kurang 75 keping crust saiz mini.

Inti :
Jem blueberry

Krim :
250gm cream cheese (keluarkan dari peti sejuk 30 minit sebelum digunakan)
1 sb gula kastor
1 biji telur B
1/2 st esen vanilla

~ Putar cream cheese dan gula kastor hingga sebati.
~ Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati dan lembut.
~ Masukkan dalam piping bag.

~ Susun semua crust yang telah dikeluarkan dari acuan ke atas dulang pembakar.
~ Masukkan inti blueberri (boleh ganti dengan perisa lain) ke dalam piping bag dan gunting sedikit hujungnya.
~ Paipkan sedikit sahaja ke dalam crust.
~ Kemudian picitkan pula krim sehingga memenuhi tepian crust.
~ Picit sedikitttttt sahaja inti blueberri tadi di atas krim dan lorekkan dengan lidi.
~ Boleh buat corak kalau suka dengan cara yang SK tulis dalam entri2 yang lepas.
~ Bakar 10 - 15 minit pada suhu 170 darjah selsius.
~ keluarkan dari oven, biarkan sejuk baru disimpan di dalam bekas.

* Sukatan adunan krim hanya untuk 50 keping cheese tart sahaja.

tempahan dibuka sekitar Johor Bahru sahaja
kredit resepi asal : Puan Azita Zain

DIABETES

Diabetes atau kencing manis adalah satu keadaan yang berlaku apabila tahap gula dalam darah lebih tinggi daripada biasa. Ia berlaku apabila pankreas dalam badan tidak menghasilkan insulin atau apabila badan kita sudah tidak sensitif dengan insulin dalam badan.

Apabila insulin gagal dihasilkan atau tidak berfungsi dengan baik, ia tidak dapat membawa masuk glukos atau gula ke dalam sel dan tisu badan kita sebagai simpanan. Akibatnya, darah akan mempunyai kadar gula yang terlalu tinggi untuk sel-sel badan kita. Secara amnya, seseorang dianggap menghidap penyakit kencing manis apabila kadar gula dalam darah semasa berpuasa lebih daripada tahap 7 atau kadar gula selepas makan adalah daripada tahap 11.

Diabetes terbahagi kepada jenis 1 (bergantung kepada insulin) biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Diabetes jenis 2 (tidak bergantung kepada insulin) selalu dihidapi oleh golongan orang berumur atau mempunyai berat badan berlebihan. Terdapat juga kencing manis semasa mengandung (gestational diabetes).

Diabetes adalah pembunuh senyap (silent killer) kerana penyakit ini boleh menyebabkan seseorang pesakit menjadi buta, mengalami komplikasi buah pinggang, masalah jantung, strok dan gangren - selalunya mengakibatkan amputasi kaki akibat luka yang lambat sembuh atau mengalami jangkitan kuman kronik.

Pada tahun 2011, Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) melaporkan kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia disahkan mengidap kencing manis. Malah, didapati bahawa satu daripada tujuh orang dewasa di Malaysia menghidapinya. Keadaan ini amat membimbangkan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa Malaysia berada di tangga ke-10 di dunia sebagai negara yang mempunyai jumlah penghidap kencing manis yang sangat ramai.

Punca

Di antara punca utama yang dikenal pasti adalah berat badan berlebihan (obesiti), faktor keturunan, tahap kolesterol tinggi, stress atau tekanan emosi berlebihan dan berterusan, pengambilan alkohol yang banyak, amalan pemakanan tidak berkhasiat atau tidak seimbang, kurang membuat aktiviti fizikal (senaman) dan tekanan darah tinggi.

Selalunya, sesiapa yang mempunyai lebih daripada satu punca yang disebut tadi mempunyai risiko tinggi untuk menghidap diabetes.

Tanda-tanda awal

1. Penurunan berat badan mendadak
2. Luka lambat sembuh
3. Sering buang air kecil
4. Selalu lapar dan haus yang luar biasa
5. Kabur penglihatan
6. Rasa kebas di kaki dan tangan, otot lemah, sentiasa letih, cepat marah
7. Bagi wanita... gatal di bahagian kemaluan.

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati

Dari segi perubatan moden, penyakit diabetes tidak dapat diubati, tetapi boleh dikawal. Selain itu, beberapa langkah yang dapat dilakukan untuk merawat dan mencegah diabetes adalah dengan pengambilan makanan dan diet seimbang, melakukan senaman dengan kerap, mengawasi kadar gula dalam darah, tidak merokok dan mengawal berat badan.

Kepentingan pengambilan makanan berzat dan yang tidak memudaratkan badan turut ditekankan di dalam al-Quran seperti di dalam firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 168 yang lebih kurang bermaksud, "“Hai manusia! Makanlah sebahagian daripada makanan yang ada di bumi ini yang halal dan baik."

Rakyat Malaysia yang mempunyai risiko tinggi mengidap diabetes harus mempunyai kefahaman tentang bahaya diabetes dan perlu melakukan pemeriksaan kesihatan tahunan bagi mengenal pasti diabetes di peringkat awal.

Rawatan Moden

Matlamat utama dalam rawatan penyakit diabetes adalah untuk mengurangkan tahap gula dalam darah dari kadar yang luar biasa ke tahap gula lebih rendah dan normal.

Penyakit diabetes jenis 1 boleh dirawat dengan pengambilan insulin, senaman dan pemakanan sihat dan seimbang.

Penyakit diabetes jenis 2 pula boleh dirawat dengan penurunan berat badan, mengamalkan diet sesuai dan aktiviti senaman yang konsisten.

Jika langkah ini gagal mengawal kadar gula darah yang tinggi, ubat-ubatan hospital boleh digunakan.
Jika ubatan masih tidak mencukupi untuk mengawal kadar gula dalam darah, maka rawatan dengan suntikan insulin boleh digunakan.

Rawatan Menggunakan Ayat-ayat Al-Quran

Ayat-ayat yang perlu diamal di samping memohon doa kepada Allah SWT untuk penyembuhan antaranya...

Surah Al-Anbiya’ ayat 62 hingga 73

Surah An-Nahli ayat 66 hingga 74

Surah Huud ayat 46 hingga 53

Surah Al-Kahfi ayat 28 hingga 44

Surah Al-Qasas ayat 29 hingga 40

Surah Al-Maidah ayat 62 hingga 75

Cara amalan ayat-ayat al-Quran tersebut adalah pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Al-Anbiya’ tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah An-Nahli tiga kali pada waktu siang.

Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu.

Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah untuk penyembuhan.

Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan tersebut dengan surah berikutnya.

Adalah dinasihatkan agar pesakit yang ingin berubat menggunakan ayat-ayat al-Quran ini tidak berhenti terus mengambil ubat yang telah diberi oleh pihak hospital, tetapi boleh mengurangkan dos pengambilan ubat hospital secara perlahan-lahan mengikut kadar pemulihan pesakit.
   
Terapi penyembuhan melalui ayat al-Quran ini memakan masa, disiplin dan kesabaran. Kaedah rawatan ini bukan seperti magic, hari ini pesakit membaca ayat yang diberi dan esok pesakit mengharap penyakit itu sembuh.

Pesakit mesti yakin akan mukjizat ayat-ayat al-Quran dan yang paling penting berdoa kepada Allah memohon penyembuhan serta keberkatan dan rahmat-Nya.

Yakinlah dengan mukjizat ayat al-Quran, penyakit kencing manis boleh dirawati, insya-Allah.

Dari Abu Hurairah r.a: Bahawasanya Nabi Muhammad SAW bersabda: "Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan dia juga menurunkan ubatnya" ( Hadith Sahih Bukhari).

Kredit : http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130127/kn_05/Merawat-diabetes

Thursday, May 16, 2013

BULAN SELAMAT UNTUK SERI KANDI

ASSALAMUALAIKUM...
terima kasih, kawan sekolah Seri Kandi yang mula-mula tag gambar ini



GURU.. 1ASPIRASI 1AGENDA!

kembali ke sekolah, hihihi
1BULAN yang penuh dengan perayaan bagi Seri Kandi adalah bulan Mei. Bermula dengan malam 1 Mei, Seri Kandi meraikan hari lahir ER yang jatuh pada 30 April  sehingga Iman berkata, "tiap kali hari jadi babah, esoknya mesti cuti," hihihi. 1 Mei, Seri Kandi meraikan Hari Pekerja (cuti bekerja tapi kerja rumah sentiasa ada), Ahad lepas (12 Mei) meraikan Hari Ibu walaupun ada yang sudah menjatuhkan haram hukumnya menyambut Hari Ibu (Wallahualam ~ Seri Kandi tak mahu komen banyak bab ni), keesokannya (13 Mei) Seri Kandi diraikan pula sebagai 'birthday girl'.

Hari ini, pagi-pagi lagi Seri Kandi sudah menerima ucapan hari guru dari pelajar. Ada juga pesanan ringkas dan whatsapp diterima memberi ucapan yang sama dari sahabat dan kenalan. Tag di fb juga ada. Alhamdulillah, 17 tahun sudah Seri Kandi menempuh pahit manis ranjau duri bergelar pendidik. Ramai yang masih pelik dan tertanya-tanya dengan bidang tugas Seri Kandi. Tepatnya Seri Kandi ini adalah sebagai instruktor dalam bidang kemahiran dan jurusan Seri Kandi adalah Elektronik Industri dan Peralatan. Pelajar-pelajar Seri Kandi terdiri daripada pelajar lepasan SPM kebanyakannya dan 10 tahun dulu Seri Kandi pernah mempunyai pelajar yang berusia lebih 40 tahun.

anak beranak pergi sekolah... hehehehe
Di sini boleh dikatakan sambutan Hari Guru memang tiada. Mungkin minda pelajar-pelajar ini telah diset bahawa Hari Guru adalah untuk guru sekolah sahaja. Berbeza dengan kolej yang mula-mula Seri Kandi berkhidmat dulu. Di sana Hari Guru disambut meriah. Masing-masing berjabat dan saling memberi ucapan. Pelajar-pelajar berpakat membuat sambutan. Mungkin kerana di sana, kami dipanggil cikgu, di sini Seri Kandi dipanggil Puan :-)))

sila bulatkan jawapan yang betul!
Di kesempatan ini, Seri Kandi ingin mengucapkan Selamat Hari Guru istimewa buat ibu Seri Kandi yang mendidik Seri Kandi sejak dulu hingga kini, kepada guru-guru yang pernah mengajar Seri Kandi di tadika (Seri Kandi masih terbayang cikgu bawa cerek ada air milo.. hihihi) di Tadika Sek Keb Batu 10, Skudai, guru-guru yang mengajar Darjah 1 Kuning (1982) dan Darjah 2 Merah (1983) Sek Keb Batu 10, Skudai, guru-guru yang mengajar di Sek Keb Rimba Terjun, Pontian (1984 - 1987), guru-guru yang mengajar Seri Kandi di Tingkatan 1P2, Sek Men Dato' Ali Hj Ahmad (1988), Pontian, guru-guru yang mengajar di Sek Men Dato' Abd Rahman Yassin, Tampoi, Johor Bahru (1989 - 1992) dan pensyarah-pensyarah Seri Kandi di Midas Institute Of Engineering Technology, Johor Bahru (1994 - 1996).

p/s Tujuan catat nama sekolah dan tahun tu untuk jejak kasih kawan sekolah, jika anda berada di masa dan tempat yang sama dengan Seri Kandi catatkan tolong tinggalkan komen di bawah ya :-))))

Tak lupa juga kepada sifu-sifu dalam dunia dapur dan maya Seri Kandi yang tak mampu Seri Kandi tuliskan namanya satu persatu kerana tidak mahu ada yang tertinggal dan berkecil hati. Selagi ada ilmu yang anda kongsikan selagi itu anda adalah guru di hati Seri Kandi.

warga sekolah... Sekolah Kejuruteraan & Sains Kreatif, KYPJ

Selamat Hari Guru 2013
Seri Kandi Tanah Jauhar

Wednesday, May 15, 2013

FETTUCCINE SEAFOOD CARBONARA

ASSALAMUALAIKUM...


BAGILAH apa-apa makanan yang berlemak-lemak, tekak Seri Kandi memang tak pernah menolak. Lupakan saja tentang kolesterol dan lemak tepu, Seri Kandi makan sambil pejam mata. Nikmat dunia yang sukar ditolak. Yang membuatkan hajat Seri Kandi untuk melangsingkan badan sering termati. Rasa rugi kalau ditinggalkan nikmat yang satu ini, hihihi. Pasta?? Memang kesukaan Seri Kandi :-)))
 

Fettuccine Seafood Carbonara

Bahan-bahan :

1/2 peket fettuccine (rebus dalam air mendidih yang telah dimasukkan sedikit garam dan minyak - rujuk masa merebus pada peket bungkusan - toskan dan bilas sekejap dengan air paip, toskan semula dan gaul rata dengan sedikit mentega)

Sementara merebus fettuccine, sediakan sosnya...

Bahan-bahan :

Sedikit mentega (untuk menumis)
4 ulas bawang putih dicincang
Makanan laut mengikut citarasa
1 Tin Sos Pasta Carbonara Jenama Prego
1/3 cawan susu (segar/ full cream/ low fatt)
sedikit air

Cara-caranya :
~ Panaskan mentega hinggar cair, tumis bawang putih hingga berbau dan layu, jangan terlalu garing.
~ Masukkan makanan laut (Seri Kandi guna udang dan sotong sahaja). Goreng sekejap hingga udang dan sotong setengah masak.
~ Masukkan pula sos pasta carbonara, susu dan sedikit air. (tuang air sedikit dalam tin sos tadi.. kacau rata-rata sisa sos... jangan membazir)
~ Masak dengan api sederhana kecil hingga mendidih dan pekat.
~ Tutup api, hidangkan sos bersama fettuccine.
yang halal dan pantas... pilihan Seri Kandi






FUFFLOVER... MY PRECIOUS IRIS

ASSALAMUALAIKUM...



'BUAH strawberi, kiwi, anggur, beri dan ceri ditabur di atas meringue kek yang kelihatannya begitu rapuh. Ringan saja rupanya. Kami sendukkan dengan hati-hati ke dalam gelas kaca empat segi berpetak rendah. Sebelum segala buah itu ditabur, krim putar dipicit ke atasnya.

Warna yang kuning dengan sedikit garing, diselimuti krim putar memutih, ditaburi buah-buahan yang berbagai-bagai warna... Merah, hijau, ungu dan hitam, ia sangat menarik dan mencabar keimanan aku untuk mencubanya. Siap saja, Firman terus menyuap ke mulutku. Oh, heaven! Lembut dan manis, masam dan rangup, kombinasi yang sungguh memukau!


"Sedapnya, apa ni?"

"Pavlova..."

"Fufflover?"

"Pavlova... Nama sejenis desert yang dinamakan sempena jaguh ballerina dari Rusia, Anna Pavlova yang mengelilingi Australia dan New Zealand pada tahun 1926."

"Nama Fufflover lebih sesuai, Namakan sempena cinta kita. Firman loves Iris equal to Fufflover."


Firman tergelak.

"Tak mengena langsung, tapi menarik. Fufflover. Iris angaukan Ebrahim. Aduh! Kena lagi walau langsung tak mengena!


... ini adalah petikan novel sequel kepada novel 'I Love U, Stupid' oleh Melur Jelita terbitan Karya Seni. Sebagai pengikut novel bingkisan Kak Melur Jelita, maka Seri Kandi mengumumkan novel My Precious Iris atau MyPi dah lebih seminggu berada di tangan Seri Kandi jelita, hihihi. Duluuuuuuuuuuu... semasa membaca novel ILUS, Seri Kandi pernah berjanji dengan Kak Melur untuk membuat ulasan tentang novel tersebut. Seri Kandi minta maaf banyak dengan Kak Melur kerana telah mungkir janji. Seri Kandi rasa Seri Kandi tak mampu untuk mengulas novel karangan sehebat itu, Kak Melurku sayang, maafkan Seri Kandi ya....


Sebagai tanda maaf dari Seri Kandi, Seri Kandi dedikasikan 'Fufflover' ini untuk Kak Melur Jelita.
Salam sayang dariku untukmu, semoga penamu akan terus menari mengisi hati para divas dan hola divas yang jelita.

Seri Kandi Tanah Jauhar

Tuesday, May 14, 2013

RENDANG AYAM PREMIX

ASSALAMUALAIKUM...


"AKAK, akak dah ada 'follower'lah!" kata kawan sebilik di pejabat Seri Kandi pada hari kedua Seri Kandi ber-blog.

"Haa?? Follower??? Apa tu???" Aduhai, begitulah butanya Seri Kandi semasa mula-mula berblog dulu. Selama ini, Seri Kandi tak tahu pun istilah-istilah dalam ber-blog ini. Follower... link... komen.. blogwalking.. semuanya adalah amat asing bagi Seri Kandi. Kelakarnya bila ingat-ingat balik, buat blog sendiri, tapi 'follower' pun tak tahu. Oh, ya! Follower Seri Kandi yang pertama adalah abang sepupu Seri Kandi, seorang blogger juga, Mohd Kamil Ismail. Blog beliau di SINI.

Hari demi hari, Seri Kandi mula faham ragam dunia blog. Asalnya blog Seri Kandi ini tujuannya adalah untuk meneruskan minat Seri Kandi dalam dunia penulisan. Sebab itulah bahasa yang Seri Kandi gunakan adalah bahasa yang agak formal kerana Seri Kandi amat cintakan bahasa kebangsaan. Bila dah banyak bergaul dengan blogger-blogger lain, lama kelamaan Seri Kandi terikut-ikut juga dengan bahasa yang digunakan. Tetapi sebolehnya Seri Kandi mengelak dari menggunakan bahasa rojak yang terlampau atau singkatan yang kadang-kadang sukar difahami. Bagaimanapun, Seri Kandi masih boleh menerima blog-blog lain yang menggunakan bahasa rojak atau singkatan dan tidak mendatangkan masalah bagi Seri Kandi, cuma untuk Seri Kandi menulis macam tu rasa macam janggal, hihi.

Lebih kurang dua atau tiga minggu lepas (lupa), Seri Kandi telah menerima tempahan cheese tart dari seorang yang menggelarkan dirinya Ann. Setelah berbalas-balas sms dan bertukar-tukar lokasi (hihi.. Ann mesti baca ni) Seri Kandi sendiri yang menghantar cheese tart tempahan Ann ke pejabat Ann. Di pertemuan pertama antara Ann dan Seri Kandi itu, Ann telah menghulurkan sebuah bungkusan kepada Seri Kandi. Alamak, Seri Kandi rasa malu yang amat, kita jual cheese tart kat dia, tetiba dia bagi sesuatu kat kita, adeh!

Rupanya, barulah Seri Kandi tahu bahawa Ann ni adalah 'silent reader' Alam Sari. Oh, kira Seri Kandi ni ada peminatlah jugakkan, awwwwww.. terharunyaaaaaaaa... Blog Seri Kandi menerima tidak kurang dari 1K pageview sehari dan Ann adalah antara yang singgah di blog dan kini di hati Seri Kandi, terima kasih, Ann.


Dalam bungkusan yang diberi Ann ada sebungkus kerepek pagoda?? maruku?? dah selamat dikerjakan ER sambil menonton filem tamil, hiks.. Sepeket kerisik dan rempah rendang premix. Alamak! Macam tahu-tahu jer Ann, Seri Kandi tak pandai masak rendang, hehehe. Ann menyarankan Seri Kandi mencuba rempah rendang premix ni yang telah siap bergaram gula dan berperisa. Cuma tinggal tambah santan dan air sahaja. Semalam petang, Seri Kandi pun mencuba memasak menggunakan rempah rendang premix ni dan hasilnya memang lumayan sedap tau.


Semudah 1, 2, 3... Cuma perlu panaskan sedikit minyak dalam kuali, rempah rendang premix tu campurkan sebati dengan 200 ml air dan tumiskan hingga pecah minyak (Seri Kandi tumis bersama serai diketuk). Kemudian masukkan ayam atau daging (600 gm - 1 kilo). Tambahkan 200 ml santan dan 100 ml air lagi serta 40 gm kerisik. Bolehlah tambahkan garam dan gula melaka secukup rasa. Tapi bagi Seri Kandi rasa tu dah cukup tak perlu tambah garam lagi. Sebab suka pedas, Seri Kandi campakkan juga sedikit cili padi dan hirisan daun kunyit bagi menambah aroma rendang. Pehhhh!! Dia punya bauuuuuuu... mengancam sehhhh!!

Kerisik tu pulak, pembungkusannya sangat bersih, pekat dan tiada bau tengik. Hapak jauh sekali. Memang akan menjadi pilihan Seri Kandi lepas ni :-))))

Yang penting sekali bagi Seri Kandi yang sentiasa kesuntukan masa dan punya penyakit M besar ni, rempah rendang premix ini amat menjimatkan dari segi penggunaan tenaga,  masa penyediaan yang pendek, masa memasak pun pendek, mengurangkan penggunaan gas, kurang tenaga kerja, jimat air, tak perlu sedia bahan mentah (cili, bawang, halia dsb), tak membazir, tak ada sisa (kulit bawang, kulit halia, tangkai lada, akar dan biji.. hihi)

Anda berminat????

Hubungi Ann di 012-7815546 (maaf ya, Ann.. akak tak minta izin siarkan nombor Ann di sini)

# Rempah Rendang Premix ini merupakan produk keluaran 'Nurani Spice' yang melalui proses iradiasi terlebih dahulu sebelum dijual bagi memastikan bahannya bebas dari kuman dan mirob menjadikannya tahan dua tahun lebih lama walaupun tanpa bahan pengawet. Ia juga tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan.
# Selain rempah rendang premix, Nurani Spice turut mengeluarkan produk premix lain seperti Malaysia Masamman Kari Premix, Rendang 10K Premix, Kurma Daging Premix, Asam Pedas Premix, Kari Ikan Premix, Bryani Premix, Sup Ekor Premix dan Sambal Tumis Premix.

Monday, May 13, 2013

NASI BAJET

ASSALAMUALAIKUM...

suka nasi bungkus macam ni :p
KALAU nak tahu, di simpang masuk ke jalan rumah Seri Kandi ni berderetean warung makan yang menjual pelbagai jenis makanan. Dan antara yang mendapat perhatian dan panjang barisannya, inilah dia yang digelar Nasi Bajet. Lauknya ayam goreng berempah yang dipotong kecil-kecil empat lima ketul dan kari sayur. Kalau tak ada idea nak makan dan malas nak keluar dan malas pula nak masak maka inilah yang menjadi pilihan kami. :-)))


Harga sebungkus nasi bajet ni cuma RM3. Beli tiga bungkus, baru RM9. Sedap ke?? Bagi Seri Kandi bolehlah untuk mengalas perut. Kalau rasa lapar lagi bolehlah raba-raba kat dapur tu cari makanan apa lagi yang ada.. hiks. Yang itu selalunya ER lah. Tengah tidur pun kalau lapar sanggup pergi dapur cari makan. Seri Kandi?? Oh, tidakk.. kalau diletakkan bom tepi telinga pun belum tentu Seri Kandi sedar, hahaha.


Jadi, janganlah fikir hari-hari Seri Kandi ni mengadap benda yang mahal-mahal dan sedap-sedap sahaja. Cuma takkanlah goreng telur mata kerbau pun Seri Kandi nak tayang dalam  blog. Eh! Alamak... tertayanglah pulak... huhuhu..

MAJLIS KAHWIN DI CYBERJAYA

Assalamualaikum... MASIH TERASA manisnya majlis perkahwinan antara Nasreen & Amin di Cyberjaya ini kerana di waktu beginilah semua ...