MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, May 13, 2013

NASI BAJET

ASSALAMUALAIKUM...

suka nasi bungkus macam ni :p
KALAU nak tahu, di simpang masuk ke jalan rumah Seri Kandi ni berderetean warung makan yang menjual pelbagai jenis makanan. Dan antara yang mendapat perhatian dan panjang barisannya, inilah dia yang digelar Nasi Bajet. Lauknya ayam goreng berempah yang dipotong kecil-kecil empat lima ketul dan kari sayur. Kalau tak ada idea nak makan dan malas nak keluar dan malas pula nak masak maka inilah yang menjadi pilihan kami. :-)))


Harga sebungkus nasi bajet ni cuma RM3. Beli tiga bungkus, baru RM9. Sedap ke?? Bagi Seri Kandi bolehlah untuk mengalas perut. Kalau rasa lapar lagi bolehlah raba-raba kat dapur tu cari makanan apa lagi yang ada.. hiks. Yang itu selalunya ER lah. Tengah tidur pun kalau lapar sanggup pergi dapur cari makan. Seri Kandi?? Oh, tidakk.. kalau diletakkan bom tepi telinga pun belum tentu Seri Kandi sedar, hahaha.


Jadi, janganlah fikir hari-hari Seri Kandi ni mengadap benda yang mahal-mahal dan sedap-sedap sahaja. Cuma takkanlah goreng telur mata kerbau pun Seri Kandi nak tayang dalam  blog. Eh! Alamak... tertayanglah pulak... huhuhu..

10 comments:

  1. nasi berbajet..yg penting sedap dan kenyang..ehhh..telur mata la...
    menu terancang sy utk tgh hari ni buat anak2 tercinta juga ..eheeee

    ReplyDelete
  2. murahnyer rm3.00, kalo sini tak dpt harga tu

    ReplyDelete
  3. Kalau dah lapar dan malas nak masak apa lagi beli ajelah... mesti sedap.

    ReplyDelete
  4. bgusnya klau ada kat umh sy jual cmni...mlas msak sedang menebal dlm diri nie....hhahaha...

    ReplyDelete
  5. Tapi nasi tu nampak menariklah kak. Nak sedap, kenalah tumbuk sambal belacan kot kan..

    ReplyDelete
  6. Assalam

    Ok lahtu nasi bajet. Kat sini di Bdr Tasik Selatan ada gerai jual Nasi Bujang yakni Nasi puih dibungkus dgn setolor mata kobau, sedikit sambal belacan dan sedikit black pepper gravy @ RM2.50. Jimat youu

    ReplyDelete
  7. makanan ni berjaya memelelehkan air liur faa..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..tapi kan kak..sesekali layan lauk macam ni mmang sedappppppp....Lagi2 telur tu tengah panas2

    ReplyDelete
  9. Betul tu kak.. Kadang2 teringin nak makan maggi dengan sardin.. Bukan hari2 kita makan sedap.. Lama kita tak jumpa kan kak.. Selamat Hari Ibu buat Kak Sari.. (sorry lewat wish)

    ReplyDelete
  10. Assallamualaikum Yus..

    Yus kalau di sini, memanggggggglah bnyk nasi badjet cam ni. Tapi lagi badjet dari yg kat tempat Yus tu pun ada. Harga rm2 jer..

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FESKO KPYPJ 2017

Assalamualaikum... Sk ingin mengajak anda yang tinggal berhampiran Kulai atau sekitarnya untuk sama-sama memeriahkan Festival Konvokesy...