MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, July 30, 2015

INI BARU RAYA!

Assalamualaikum...
 
DI SANA sini masih lagi meriah beraya. Di samping menganjurkan rumah-rumah terbuka ramai juga yang mengambil kesempatan untuk mengadakan kenduri perkahwinan. Ada juga yang membuat acara marhaban dari rumah ke rumah. Hari ni saja nak kongsi gambar raya di sebelah Johor. Ini baru raya okeyyy!!
 
 
Beraya di rumah Mak Usu. Lebih kurang 25 tahun dulu, di sinilah Sk membesar sebagai remaja. Banyak kenangan di sini.. dari zaman kanak-kanak memang tak pernah 'miss' beraya di sini. Kadang-kadang bila cuti sekolah pun datang ke sini. Dalam gambar tu Along Nita (kanan).. anak sulung Mak Usu.. huhu.. blur pulak gambar Along. Haaaaaaaaaaa.. dulu-dulu pantang nampak muka Along, mesti suruh lukiskan gambar perempuan dapat ijazah. Cantik sangat potret yang dilukis Along.. tu yang asyik suruh lukis gambar.. hahaha. 
 
Jangan tak tahu, selain pandai melukis (dan semestinya pandai belajar) Along juga hebat memasak. Suruhlah masak apapun, Along memang terror. Terima kasih Along kerana sudi masakkan untuk kitorang yang kuat makan ni.. hihihi.
 
 
Rasanya dah lama betul tak jumpa Along (masa raya). Jadi tahun ni wajib ambil gambar. Adududu.. mata merah pulak orang kiri kanan.. huhuhu.
 
 
Ini gambar raya pertama. Sk di Kedah masa ni. Keluarga Mak Usu datang beraya ke Senai. Lama masa berlalu, ramai dah cucu Mak Usu. 
 
Meriahnya makanan.. sedihhhh tak dapat makan semua.. kita jilat tapak tangan ajelah jangan kempunan.. huhu.
 
 
 Ish.. tak boleh jadik ni. Rasa macam nak buat ketupat esok.. hahaha.
 
Tudung sama kaler air tuuuuu...
 
 
Mak Usu ni adik kepada ibu yang bongsu. Rasanya dalam gambar ni ada tiga keluarga yang tak ada. Keluarga Sk, keluarga Along dan keluarga Fikri (anak Mak Usu)
 
 
Ini pula keluarga Mak Uteh, biras ibu. Pun dah ramai cucunya dan dah besar2 belaka. Semuanya dah jadi orangr hebat.. tahniah!
 
 
Haaaa... Ini baru raya!!! 

Tuesday, July 28, 2015

ROTI JALA DURIAN SERAWA

  Assalamualaikum...
 
MASA bulan puasa lepas, dua kali Pak Inche ER bawa balik durian. Sekali.. ER bawa balik dua karung besar. Mula ingatkan ada sepoloh bijik satu karung rupanya setiap karung ada tiga biji jer.. hehehe. Durian kahwin katanya, ada 'somebody' yang belanja. Semuanya gemuk-gemuk. Tiga biji Sk hantar ke Senai, Yang lain tu kami makan tiga beranak. ER dan Iman siap makan dengan nasi dan santan. Isinya lemak manis dan yang sebiji tu betul-betul kuning tembaga isinya.. dan tentunya yang paling sedap. Tapi tulah, dah namanya bulan puasa. Memang tak termakanla.. sumbat peti sejuk.. padahal masa durian tengah mahal sebelum puasa tu teringin sangat nak makan. Tak beli pun.. tak tergamak nak beli.. huhu. Lepas hampir seminggu tersadai dalam peti sejuk, Sk pindahkan ke 'freezer'.
 
Beberapa hari lepas tu, ER bawa balik lagi durian. Pun orang bagi. Syukur rezeki. Kali ini isinya agak keras. Macam masih muda dah dijolok dari pokoknya.. gitu. Hampa, tak ingat berapa biji tapi semuanya keras dan tawar. Sk masuk peti sejuk, konon nak buat serawa makan dengan roti jala. Sampai minggu akhir puasa, masih tak bergerak juga. Akhirnya, bungkus semua masuk plastik dan ikat masuk dalam... eh.. bukan masuk dalam tong.. tapi Sk bekukan juga.
 
Haa.. dah berapa raya ni, teringat pula projek serawa. Serawa durian ini Sk belajar dengan ibu dan arwah bapa. Tak susah pun semua main campak-campak sahaja. Pagi-pagi dah keluarkan isi durian seplastik dari 'freezer'. Lepas tengahari mulalah projek menyerawa. Masuk durian dalam periuk, tambah air dan santan ikut paras durian serta secubit garam. Lepas tu masukkan gula dan kacau sentiasa. Rasakan gula tu supaya tak manis menyengat. Sepatutnya kena letak daun pandan tapi pokok pandan pun dah lama Innalillah.. huhu. Siap.. satu tipuware besar kita pos ke Senai juga.
 
 
Petang tu, Sk tanya ER.. pandai tak makan roti jala dengan serawa durian. ER kata, pandai. Tengah berjalan-jalan masa tu. Jadi, dah malam barulah ada masa sukat tepung untuk menjala.
 
Sk paling suka gunakan resepi roti jala ini. Kalau dulu konon malas nak sukat-sukat tapi leceh pulak.. kadang terlebih air, kadang terlebih tepung. Guna resepi ni macam ngam jer. Yang penting gunakan cawan yang sama untuk menyukat tepung dan cecair.
 
Caranya.. campurkan :
 
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna hijau (sebab nak makan dengan kuah manis)
 
.. dalam jug blender dan 'blend' sampai rata.
Buka penutup jug blender.
Masukkan 1 sudu besar minyak masak, gaul rata.
Kemudian tuangkan terus dalam botol acuan roti jala
atau kalau tak ada, tuanglah dalam mangkuk besar supaya mudah dicedok dengan acuan roti jala.
 
Tips untuk adik2 yang baru mula belajar menjala, panaskan betul-betul dahulu kuali leper sebelum disapukan minyak. Jika tidak, nanti jala kita tak cantik.
 
 
Nah.. roti jala makan dengan durian serawa.
Iman tak layan.. dia kata kalau ada kari baru dia makan.. hahahah.
 

Thursday, July 23, 2015

TETAMU PERTAMA DI HARI RAYA

Assalamualaikum...

MENU wajib ER setiap kali sambutan Aidilfitri atau Aidiladha.. tak kiralah di Kedah atau di Johor tentunya Nasi Tomato. Sebenarnya sejak puasa lepas lagi Pak Inche kita ni dah sibuk minta Sk masakkan nasi tomato tapi Sk cakap tunggulah hari raya. Bukan apa, banyak manalah kami boleh makan setiap kali puasa kan. Macam tak berbaloi masak penat-penat tetapi makannya sikit. Kalau nak nasi tomato alat2 (lauk minima) tak apalah jugak. Ni nak ayam masak merah.. ayam goreng pun nak.. nak dalca.. nak kurma.. nak acar... matilah nakkkk! Macam 'order' dekat restoran gitu.

Alhamdulillah.. tak ada yang kempunan nak tunggu nasi tomato sampai raya. Padahal masa kat kampung hari tu pun dah dapat nasi tomato.. nak juga yang Sk masak. Tahulah.. kita masak sedap.. hak hak! Terlanjur memasak, penat tu sekali arungkan jer. Sk panggil ibu, Angah sekeluarga, Azwa dan Aini suami isteri ke teratak Sk. Kita makan sama-sama. Jadi.. inilah tetamu pertama Sk di Syawal 1436H. Jom layan gambar!


Gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati
Ada yang pakai baju melayu
ada baju omputih
sukahatilah
asal bahagia


Langsir ni rasanya dah tahun yang ketiga kot
Sk memang tak berapa berminat menukar langsir setiap tahun
Macam mana tengok gaya rumah Sk tahun lepas samalah tahun ni
tak ada pertukaran
penambahan lagilah takde.. huhu


Gaya bebas dan gaya rasmi
inilah keluarga kecil Sk
kurang seorang.. 
apabila Along di Melaka tak jadi balik


Macam dah tengok gambar ni tadikan... belasah jerlah
guna phone malas nak edit


Aini dan Che Li
anje angat Che Li tuh


Ibu... urmmm.. ibu baru sembuh dari sakit misteri.. tu kalau rajin nanti Sk cerita


Yang belakang Sk tu Indah.. anak Angah
kuat bercakap dan rajin menolong bila kita suruh
kadang membebel entah apa2
Pok pek pok pek


Hidangan untuk tetamu pertama
sk ni ada gabra sikit bab masak2
Sk cukup risau kalau nak panggil orang datang rumah
sebab takut tak cukup
Pasal tak pandai bajet
kalau orang sekian2
Berapa banyak nak masak
sebab tu tak pernah buat open house pun
setakat panggil kawan2 makan cantonese kuey teow tu adalah
tu pun masak sampai 2 bungkus takut tak cukup
padahal yang datang tiga orang jer.. hahaha


Sekarang ni bab nasi Sk dah pandai bajet
kalau 10 orang nak masak berapa pot
tapi bab lauk yassalammm
yang penting biar lebih jangan kurang

Apapun.. Alhamdulillah
ER suka masakan Sk
Siap pesan nak ulang makan lagi
Aini kata.. ni kalau jual laku.. haha
masak ni pun terkontang-kanting
ada hati nak jual
ko juallah Ani..
nanti Uda bagi resepi RAHAAAAASIAAAA
hahahaha

Rasanya malaslah nak taip resepi
Sebab rasanya dah banyak di sana-sini
Orang share resepi
Tapi Sk dah belek2
Memang tak sama resepi Sk
Yang Sk belajar hasil dari tengok2 cara mertua
Semasa beliau masih bertenaga
Yang mana kata ER
Hanya Sk jer yang boleh masak sama rasa dengan maknya..

Hahahahahahaha
Sila muntah!!

JS MUARA KUALA GULA, PERAK

Assalamualaikum...
 
SETELAH puas berhari raya di desa, pada hari raya ketiga.. terbanglah kami tiga beranak kembali ke sarang. Eh, naik kereta jer.. nak terbang tak bersayap katanya.. hahahaha. Seperti biasa, bila cuti perayaan kami memilih untuk mengikut jalan lama. Errr.. sebenarnya bukan kami tapi ER sorang. Kalau ikut lebuhraya 'jammed' katanya tapi bagi Sk sama sahaja ikut lebuhraya atau jalanraya. Sama sesak! Sesak nafas dan naik angin kita dibuatnya. Apa tidaknya, setiap kali jumpa simpang atau lampu isyarat mesti bergerak macam kereta lembu. Rasanya kereta lembu pun lagi laju. Tu... ada masanya berhenti sampai dekat sepuluh minit tak bergerak. Hilang nikmat raya.. huhu.
 
Sebenarnya, sejak dari awal, ER bercadang untuk singgah ke Kuala Gula sebagai destinasi selera kami kali ini. Bagi orang yang tak cerewet macam Sk ni, kita iyakan sahajalah. Tahu sahajalah, makan di Hentian R&R pun entah apa-apa jerkan. Burger sejuk selap, nasi goreng kering, mee hoon goreng dawai, soto air hujan... urmmm... ini kenyataan dan dah banyak kali Sk terkena, bukan saja-saja nak cerita atau kutuk rasa makanan. Sk mengutuk sikap sesetengah peniaga makanan yang tidak ikhlas berniaga. Setengahnya menyerahkan bulat-bulat kepada staf yang tiada latarbelakang kulinari untuk menyediakan makanan.. maka jadilah sesuatu rasa makanan tu 'indah khabar dari rupa'. Jadi, baiklah kita singgah ke satu tempat dan tengok keistimewaan makanan di tempat orang. Mahal pengalaman ni. Tak semua orang ada kegigihan macam nikan. Jadi.. jomlah kita!
 
Disebabkan ini adalah kali pertama ke mari, Sk sebagai CO-Pilot seperti biasa mengambil tugasan menggoggle, me'waze' dan men'gps' destinasi.. hihi. Mula-mula, kita google dululah, apa yang menarik di Kuala Gula ni. Ternyata.. kesemua pencarian mencadangkan kami untuk singgah ke Restoran Terapung JS Muara, Kuala Gula. Alhamdulillah, terima kasih Sk ucapkan kepada blogger Yana Halim (sayanakcerita.blogspot.com) kerana telah mempamerkan nombor telefon JS Muara ni di dalam blog beliau. Ialah, risau jugakan, dahlah baru raya ketiga, kita mai jauh-jauh sekali kedai tutup. Ada rezeki, restoran ini dibuka sehingga jam 11.30 malam. Sk tengok jam masih awal lagi, belum pukul 1 pun. Cuba 'waze' destinasi tapi 'line' kurang elok. Guna GPS pun tak jumpa. Akhirnya berpandukan pada satu lagi blog yang memberitahu restoran ini terletak di belakang Sek Keb Kuala Gula, jadi Sk cuba gunakan GPS untuk cari sekolah tersebut dan terus dapat. Kami dijangka akan sampai kira-kira jam 2 petang. Tapi, disebabkan kereta bergerak satu jam sebatu kami sampai dah dekat pukul 4 petang... nangis!
 
Kuala Gula ni merupakan satu perkampungan nelayan yang terletak di Kuala Kurau, Perak Darul Ridzuan. Pesan kak ipar Sk, awas jika anda ke Kuala Gula nanti boleh kena 'kencing manis'. Gelak besar Sk dibuatnya :))))) Tapi yang pasti, orang-orang Kuala Gula memang sweet2 belaka.. hihi. Baiklah, kalau Kuala Sepetang di Taiping terkenal dengan kebanjiran udangnya dalam mee, Kuala Gula pula terkenal dengan ketam lembut. Sk pun tak tahu sebenarnya macam mana ketam tu boleh lembut. ER kata, ketam lembut ni ketam yang bersalin kulit. Jadi, masa dia nak bersalin kulit tu, tak sempat nak pakai kulit baru orang dah tangkap... isk isk isk.. definasi mana ER dapat Sk tak pasti kesahihannya.. jadik sila abaikan okeh.
 
 
Eh.. eh.. mana Pak Inche???
 
 
Haaa.. tu dia... ER dah beruban banyak.. sampai ke misai dan janggut. Dia kata nak biar sampai beruban penuh macam Nelson Mandela... hahahahah. 
 
 
Ni dia ketam lembut.. seekor RM8 tak kiralah nak masak apapun. Disebabkan banyak cadangan yang kata sedap goreng tepung, jadi Sk minta staf JS buatkan masak goreng tepung. Okey, ketam tu sedap, digoreng tepung pun dah sedap.. tapi rasanya kalau dicelup dengan sos cili thai lebih sedap. 3 bintang di situ.
 
 
Nak jugak rasa ketam lembut masak pedas. Tapi... macam masak masam manis jer. Betullah.. ketam lembut lebih sesuai dan sedap dibuat goreng tepung dari bersos bagai. Sk bagi 2 bintang.
 
 
Selain dari ketam lembut, satu lagi keistimewaan di Daerah Kuala Kurau dan Kuala Gula ini khasnya adalah Kari Ikan Sembilang. Disebabkan Sk sorang yang berani mencuba kari ikan sembilang, jadi semangkuk ini untuk Sk seorang.. aduhhhh.. bahagia gue! Seekor ikan sembilang bersaiz kecil ditambah dengan satu bahagian isi sembilang dimasak kari. Ini pertama kali tau Sk makan ikan sembilang dimasak kari, biasa kita kat Johor sembilang masak asam pedas. Rasa kari lebih mirip kepada kari ikan mamak. Sk bagi 3 bintang. Sebab ada sambal belacan sedap, Sk tambah lagi satu bintanglah... tepuk tangan kuat2!
  
 
Pasal ER tak makan ikan sembilang (rugi... rugi...) dia tanyalah masakan ikan yang lain. Staf JS kata, ada ikan jenak, siakap.. semua depa masak kari. ER tanya, jenak tu besar mana? Dia jawab, kecik jaaa.. sambil tunjuk tiga jari. Sekali datang, amek kaw. Ada tiga keping, semua orang tak mahu kepala. Jadik???? Lu fikirlah sendirik
 
Yang ini Sk bagi 4 bintang. Ikan jenak (jenahak) memang sedap masak karikan....
 
 
Kangkung Goreng Belacan.. biasa aje bagi Sk. Tahulah kalau kangkung, daunnya sejemput batang jer yang lebih. terkontang-kanting batang kangkung dalam piring, hehehe. Tapi ada udang, ayam dan rasanya sotong pun ada sebagai perencah. Selain tu, kami minta juga ayam masam manis dan telur dadar. Keseluruhannya termasuk nasi putih 4 pinggan (satu nasi tambah), tiga gelas ais limau dan segelas laici, kami dikenakan bayaran sebanyak RM109.00. Bagi Sk agak berpatutan tapi kurang berbaloi untuk satu perjalanan yang panjang.
 
Yang penting.. pasal makan, jiwa mesti kental beb!!
 
No Telefon :
En Jalani 012-5643019
 
Untuk ke mari, cari SK Kuala Gula.
Kalau nak tidur dan bantai makan dari pagi sampai malam kat JS Muara pun boleh sebab ada homestay... hehehehe.
 
 

Wednesday, July 22, 2015

INDAHNYA... BERAYA DI DESA

Assalamualaikum...
 
DAH 6 Syawal baru nak update blog (geleng kepala 80x)
 
Selamat hari raya semua.. selamat meraikan kemenangan berpuasa sebulan Ramadhan.. maafkan Sk jika sepanjang pertemuan kita setahun yang lalu ada kata-kata yang menyinggung perasaan. Walaupun orang tua kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.. tapi Sk percaya kita semua berhati mulia, saling memaafi dan tidak berdendam.. betul tak? Jangan ditanya kenapa Sk menyepi selepas berlalunya 20 Ramadhan. Faham-faham sendiri jerlah ya... hihihi. Okey.. jom kita cerita pasal raya Sk tahun ini.
 
Tahun ini jatuh giliran Sk sekeluarga untuk beraya di kampung Pak Inche. Al yang sebenarnyapun memang setiap tahun kami akan pulang ke Kedah Darul Aman setiap kali raya cuma bezanya giliran raya pertama tu sahaja. Tetapi mulai kelmarin, Sk telah membuat perjanjian lisan dengan ER bahawa selepas ini kami cuma akan beraya di satu destinasi sahaja setelah letih mengharungi kesesakan trafik lebih dari 12 jam. Setiap kali raya macam tak ada kesudahannya. Macam tak percaya selepas lebih 4 jam perjalanan kami masih berada di negeri yang penduduknya paling ramai... jenuh!
 
Errrr... negeri mana yang penduduk paling ramai tu Sk??? 
Laaa.. tataw ka?
Kat Perak ler.. Dinding.. Lumut... Parit... semua ada orang duduk tau :))))))
Orang Perak jangan marah ya.. usik-mengusik di hari raya.. ;))))
 
Eh... kata cerita raya.. gambar mana gambar?
 
 
Sedih betul tengok gambar raya yang tak sepertinya ini... huhuhu. 
 
Juadah istimewa setiap kali beraya di Kuala Ketil pastinya ketupat palas, lemang dan ketupat nasi segera . Ketupat palas tu ER beli di Temakah, orang Kuala Ketil mesti tahu pakcik yang berniaga Pulut Udang tersedap di Kuala Ketil (jalan dari Kulim ke Kuala Ketil). Sebenarnya kami sedikit kecewa bila kak kata tak sempat nak buat ketupat palas. Jadi ER ajak Sk cari lemang di gerai Pulut Udang Temakah ni yang memang berjualan lemang setiap kali raya. Rasa nak lompat bintang bila nampak ketupat palas sebesen besar depan gerai.. hahaha. Ketupat palas tu dijual dengan harga RM16/ sekilo. Sk lupa nak kira dapat berapa biji tapi boleh tahan sedap jugaklah.. memang tak mengecewakan dan berbaloi-baloi okeh!
 
Sepertimana gambar yang kengkawan lihat di atas sekali tadi, buat pertama kalinya tahun ini kami sekeluarga tak berpakaian sedondon sampai kak jadi pelik. Susah betul nak cari pakaian sedondon yang sesuai dengan saiz Sk dan Iman. ER takpa.. dia memang dah redho ulang baju sama tiap-tiap tahun.. hahahaha.
 
But tu.. kasut Iman. Melaram betul dia tahun ni. Kalau nak tahu Iman ni kalau nak cari baju besar masih senang lagi tapi bab cari kasut sampai meleleh air mata dibuatnya. Susah sangat nak cari saiz. Kalau ada pun fesyen yang bodo2.. muahahaha. Sedih. Tahun ni berjaya jumpa kasut yang vogue da vass kunun. Sk pun teringin jugak.. terkenang zaman di kolej dulu pakai kasut but sampai kawan cakap.. kalau baling anjing.. mati anjing tu.. hahaha. Tapi tulah, satu-satunya kasut yang tinggal dan ngam-ngam saiz Iman. Harga tak cecah RM90 pun.. kasut tak ada jenama tapi kualitinya sangat lembut. Dijamin tidak melecet punya.
 
Kasut Sk tu.. baru RM20. Brand pasar lambak.. huwa huwa huwa.
 
 
Sarapan di hari raya kedua.. western gitu.
 
 
Raya kedua.. jangankan sedondon terus lari tempo.. huhu.
Gambar candid dari kamera kak ipar Sk semasa kami pulang dari menziarahi pusara anak saudara Hafez Taufik yang pulang ke rahmatullah 2 Ramadhan lalu. Sebelum tu beraya di rumah abang ipar (bapa arwah Hafez) di Teluk Kumbar, Penang.
 
 
Bersyukur selepas sekian lama tahun ini dapat beraya bersama Abang Fauzan (abang ER) dan Kak Fauziah serta Ayep. Buat pertama kali Sk merasai keenakan rendang itik (lupa ambil gambar) yang dimasak Kak Fauziah.. memang sedap.. huhuhu. Teringat-ingat tau...
 
 
Bersambung....

Wednesday, July 8, 2015

BERLALU 20 RAMADAN

Assalamualaikum...
 
Salam 21 Ramadan 1436H bermakna sudah 20 hari kita menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia ini. Alahai... kunun-kununnya naklah rajin update sepanjang Ramadan rupanya tak ke mana angan-angan tu. Nipun gagahkan diri agar ada kenangan peristiwa Ramadan tahun ini.
 
 
Asam Pedas Tulang.. menu sahur hari ke berapa (tak ingat) dan yang sebenarnya Asam Pedas Tulang ni dimasak sebelum Ramadan lagi... hehehehe.
 
 
Bihun Sup Chinese Style. Saja ubah selera dari nasi ke Bihun. Ini menu berbuka.
 
 
Sengaja rendam lebih bihun atas permintaan Iman esoknya buat Bihun Goreng untuk bersahur. 
 
 
 8 Ramadan.. tahun ini jatuh pada hari lahir anak saudara Sk, Izzat Iskandar (baju hijau). Bawa dia memenuhi jemputan berbuka puasa di Grand Paragon Hotel. Sk bawa sekali adiknya Ilham.. sebab berhutang kek hari jadi Ilham pada 26 Mei lepas. kira dah langsailah hutang.. haha. Terima kasih Grand Paragon Hotel, Johor Bahru.
 
 
Pinggan Iman.
 
 
Pinggan Sk.
 
 
Dessert.
 
 
Ada Sup Utara... Orang Johor dengan sambal kicap memang sukar dilepaskan.
 
 
Macam dah raya.. ada lemang, ketupat nasi dan rendang daging.
 
 
Ambil nasi ayam sepinggan kongsi bertiga. Memang banyak hidangan di sini tapi perut ni dah tak mampu nak makan banyak-banyak macam masa muda-muda dulu. Paling Sk suka, Durian Tempura (lupa ambil gambar)
 
 
Ikut Pak Inche bertugas ke luar daerah. Pilihan berbuka puasa di Restoran Tomyam wajiblah ada Siakap Stim Limau. Memang sedap.. Alhamdulillah.
 
 
Pulut Mangganya pun sedap sangat.
 
 
Pertama kali Sk merasa bersahur di hotel. Malam tu sebelum tidur, mandi dan pakai 'deodorant' siap-siap jadi masa nak pergi sahur tu takyah mandi ;p 
 
 
Singgah ke Pasar Ramadan terpanjang pernah Sk pergi. 
 
 
Tahun ini, ER 'out of control' bila pergi Pasar Ramadan sorang-sorang. Semua nak dibelinya.
 
 
Pulut Udang dari Bayan Lepas. Kata Iman, Pasar Ramadan 'Online' 
 
 
Betulllll... laaa.. Sk beli online dengan Zalieda Zaliedana Enterprise. Dihantar melalui Ta-Q-Bin Courier Services... memang terbaekkkk! Murtabak ni pun sedap sangat tau.
 
 
ER beli dari Pasar Ramadan. Hilang kawalan pakcik ni, satu hari tu boleh singgah lebih dari dua pasar ramadan tau... isk isk isk.
 
 
Udang Galah comey lote masak lomak cili campur nenas. Kepala aje besar badan cenonet, huhu. Masa beli udang ni kami diberitahu ia gred B tapi yang besar jari kelingking pun ada.. urmmm.
 
 
Ayam Percik.. rasanya ada tiga empat kali jugak ER beli.. dari peniaga yang sama sebab sedap. Tapi yang akhir beli tu masin.. hehehe.  
 
 
Puding Oreo pemberian 'regular customer' Sk. Sedap sangat.. terima kasih Mayna.
 
 
Lasagna dari Bayan Lepas... yang ni Sk kongsi dengan Iman buat makan sahur. 
 
 
Berbuka berdua dengan ER di Sayam Stulang sebab Iman berbuka dengan kawan-kawan di Kay Ef Si.
 
 
Murtabak Utara dari Pasar Ramadan Flat Kangkar Pulai.
 
 
Ayam Goreng Mentega yang Sk masak sendiri untuk berbuka. Ayam kitar semula sebenarnya tapi memang sedap sangat tau. Nanti Sk kongsi resepinya ya.
 
Sekian sahaja yang dapat dikongsikan. Jumpa lagi nanti ya. 

MEE KUAH TULANG

Assalamualaikum... TAMAT sudah sesi percutian sempena perayaan Deepavali minggu lepas.  Minggu ni ramai yang dah kembali bekerja,  anak-ana...