Assalamualaikum WBT
SEMALAM, PI kata, nak makan nasi, malam. Sk tanya, nak masak lauk apa? Jawapannya, Kari Daging dan Daging Kicap. Amboiii, kemahen dia mintak kari daging di hari kerja ya. Sk keluarkan baki daging korban sumbangan Pejabat Menteri Besar Johor, tuari. Yang baki ni, bahagian-bahagian yang berlemak dan mungkin susah nak empuk kalau masak atas api, dalam fikiran Sk. Selalu, masak daging memang masuk jer dalam pressure cooker, kan. Kali ni terfikir, nak guna kaedah yang viral dalam threads, kaedah 5 - 30 - 7.
Apa yang 5 - 30 - 7 tu?
Kaedah memasak daging dengan cara merebus selama 5 minit, kemudian tutup api, biarkan 30 minit, akhir sekali, buka semula api selama 7 minit. Sebelum masukkan daging, didihkan air dahulu. Dan sepanjang tempoh memasak, periuk hendaklah ditutup.
Siapa yang selalu tengok Sk masak daging, tentu tahu Sk tak rebus daging sebelum nak masak kari ke, sambal ke, kicap ke. Samalah ni, Sk terus masukkan daging selepas menumis rempah kari, kemudian ikut kaedah 5 - 30 - 7 tu. Menjadikkkk ya, walaupun kalau tengok daging tu memang kategori susah nak empuk. Untuk masak kari daging ni, daging anggaran berat 400 gram, potong kecil.
Kari Daging 5 - 30 - 7
400 gm daging lembu dipotong kecil
Minyak masak secukupnya untuk menumis
1 kulit kayu manis*
2 bunga lawang*
4 bunga cengkih*
2 biji pelaga*
2 biji bawang merah besar dimayang*
1" halia, hiris*
2 tangkai daun kari*
4 1/2 tbs rempah kari daging (Sk guna Cap O)
1 tbs serbuk cili
1 tsp serbuk kunyit
4 cwn air (800ml)
2 asam keping
Garam
Ajinomoto
Cara memasak :
1. Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan bahan bertanda *. Minyak kena cukup ya supaya rempah tak mudah hangus.
2. Bila bawang dah layu dan hampir garing, masukkan rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit, serta secawan air. Kacau sebati.
3. Bila sudah terbit minyak, masukkan lagi secawan air.
4. Ulang sehingga air habis, didihkan.
5. Bila air dah mendidih, masukkan daging, kemudian tutup periuk. Biarkan selama 5 minit, api sederhana.
6. Selepas 5 minit, matikan api dan biar selama 30 minit.
7. Selepas 30 minit, buka semula api dan biar 7 minit.
8. Selepas 7 minit, boleh masukkan asam keping, garam dan ajinomoto. Bolehlah biar ia mereneh sekejap sebelum tutup api.
Tapi tu la, sebab terlalu fokus guna kaedah ni sampai Sk terlupa nak masukkan kentang, hahaha. Sk rasa kentang boleh masukkan masa kita tutup api yang 30 minit tu. Tomato jugak boleh masukkan selepas kita buka api 7 minit tapi Sk tak ada tomato, hehehe.
Daging Kicap ni minta PI yang masak. Hurmm.. tengok la, suka hati dia jer pakai mangkuk mana, tu takpe, terpercik kicapnya sana-sini pun dibiar asal boleh, hehehe.
Lauk yang serasi, malam ni kita repeat tapi nak tambah telur rebusssssssss!
Tu laa Kak terbaca kat threads kaedah ni juga derang bahas.. nanti nak try laaa, takyah kuarkan pressure cooker.. malas nak cuci sebenarnya hahahaha
ReplyDeleteKita nak buat kari tulang rusuk dan daging Ahad nanti...tertengok plak entry ni..lagi buat kita teringin la...sedapnyaaa
ReplyDeleteNext nak masak daging,boleh la kita Cuba nanti...jimat letrik(tak pakai pressure cooker), jimat gas(sebab total masak dalam 20min je)..
ReplyDeleteSelalu kalau merebus daging2, 3 jam juga.
Eh kita pun masak kari daging semalam :D nx time nak try guna kekdah ni la... Tq SK kongsi tips 👍🏻
ReplyDeleteEh, kaedah ni sama macam masak sagu tu. Menjadi ye kaedah ni. Boleh cuba. Itu namanya seni PI buat. hihi..Sabar je lah. Biasalah orang lelaki, asal boleh je.
ReplyDeleteYang 30 minit itulah yang menarik. Daging sedang duduk berehat, perlahan-lahan dia keluarkan rasa manisnya, pada masa yang sama sebenarnya daging jadi empuk. Yang 7 tu kira masak sempurna ye SK.
ReplyDelete