MAKAN DI RODAKAFE DENGAN KAWAN-KAWAN PEJABAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

Assalamualaikum WBT 

RABU lepas, kami warga kolej menghadiri Majlis Pertemuan bersama CEO di kampus induk. Sebelum balik ke kolej, Hajah mencadangkan kami singgah makan di mana-mana dan Sk cadangkan kami ke Rodakafe di Kulai Cycling Park. Tiada cadangan lain dan tiada bantahan jugak, jomlah kita!



Kalau datang malam, memang nampak meriah tempat ni. Ada lampu-lampu menerangi luar kafe tapi bila datang siang, masih belum tengahari betul, memang tak perasan kedudukan kafe ni. Tapi, kalau anda nampak tembok bertulis Kulai Cycling Park, inilah tempatnya. Mungkin Rodakafe perlu letak papan tanda di belakang kafe sebab bahagian depan kafe menghadap Kulai Cycling Park ni, tak nampak dari jalanraya.


Ini kali kedua Sk ke sini, kali pertamanya boleh baca MAKAN MALAM DI RODAKAFE @ KULAI


Menarik poster-poster digantung dengan objek sebenar. 4D ya kalau macam ni? Maafkan jika salah.


Belum ramai pelanggan, hanya kami dan satu meja jer ada pelanggan, dapatlah ambil gambar replika jeep ni.


Ingatkan datang tengahari nak makan set nasi berlauk tapi kena tunggu pukul 12.30 tengahari baru ada. Masa tu baru dalam pukul 11.30, sudahnya, semua orang makan Grill Chicken Chop. Cuma Shasha, Mas dan Fidah tak silap, tambah nasi goreng pada Chicken Chop.


Kenyang jugaklah makan Chicken Chop.


Kebetulan, Ina baru menyambut hari lahir, semalamnya. Happy birthdayyyy, Ina.




Sementara tunggu semua makanan siap, kita foto-foto duluan.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mujurla ada jugak menu yang mengenyangkan kak oi... nampak sedap ciken cop tu.

    ReplyDelete
  2. Nasib baik ada menu lain yang boleh diorder...nampak sedap grilled chicken chop tu...teringin plak kita

    ReplyDelete
  3. deko sesuai dgn tema cafe..roda2...nmpk juicy chicken chop tu..

    ReplyDelete
  4. Nampak chicken chop, sedapnya

    ReplyDelete
  5. Signboard memainkan peranan penting. Kena bagi orang nampak baru perasan tempatnya. Cantiklah style bingkai gambar macam tu. Entahlah ek, saya pun tak tahu 4D ke apa. Rezeki dapat makan chicken chop lah kiranya, menu tengahari tak siap lagi. Dapat juga celebrate bday Kak Ina. Belated Happy birthday Kak Ina. Seronoknya makan dengan kawan-kawan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!