DURIAN SEGAMAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

Assalamualaikum...

KEJADIAN seminggu lepas.. sehari sebelum peristiwa hujan dalam hati. Bak kata kawan Sk, dapat durian runtuh gitu.. dan sehari lepas durian runtuh, jatuh ditimpa tangga pulak. Redho sajalah ujian dari Allah Swt.. malah ujian ini lebih ringan dari ujian yang menimpa orang lain.. syukur bila diuji.

Ceritanya.. pada hari Khamis sebelumnya tu, Sk terlibat dengan program kembara kemahiran bersama seorang kawan dari cawangan yang sama dan seorang lagi dari cawangan Kota Tinggi, Shuhaida namanya. Shuhaida ni orang Segamat. Shuhaida beritahu, selepas program tu, beliau akan terus pulang ke kampungnya di Kg Simpang Loi, Segamat dan dia telah memesan durian terus dari kebun.

Menurut Shuhaida lagi, durian Segamat ni lebih murah dan sedap pula rasanya. Teruja pulak Sk, dengan tak agak-agak kirim dengan bajet RM50 hingga RM100. Lepas tu teringatlah pulak, tak ke menyusahkan beliau nanti.. mana nak letak anak, mana nak letak beg, mana nak letak durian.

"Eh, tak apalah... kete aku kan beso," kata Shuhaida.

Tapi tanpa disedari ada satu lagi masalah. Dari Segamat Shuhaida akan balik ke Kota.. bukan ke Johor... huhuhu.

Errr... Kota tu kat mana?

Haaaa.. siapa orang Johor tahulah kan.. Johor tu merujuk kepada Johor Bahru dan Kota tu merujuk kepada Kota Tinggi... gituuuu.

Jadi, dengan hati sedikit ralat terpaksalah membatalkan niat mengirim durian Segamat dengan Shuhaida. Hari Jumaat esoknya, amboiiii.. ditayangnya pulak Si Shu ni durian Segamat dia dalam fb... huhuhu. Sk tunjuk gambar durian Shu pada Pak Inche.. Pak Inche kata, "Jom pegi Segamat!"

Yek elehhh... ingat Segamat tu dekattttt. Orang kata pergi Segamat tu dah macam pergi KL tauuuu.

Rupa-rupanya.. esoknya selepas menghantar Iman ke kelas tuisyen, betul-betul ER ajak ke Segamat. Jadi.. 'enjoy the trip' laaa kannn... huhuhu. Sk tanya Shuhaida, berapa jam perjalanan dari JB ke Segamat. Shu kata dalam dua setengah jam. Sempatlah kami balik sebelum kelas tuisyen Iman tamat.. insyaAllah.

Dari JB.. sempat jugalah kami bersarapan dan kemudian terus memasuki lebuhraya. Untuk ke Segamat, kita kena keluar di Yong Peng dan terus ikut jalan kampung dan pekan. Alhamdulillah, perjalanan lancar dan tidak banyak kenderaan. Tup tup.. dua jam dah sampai ke Segamat. Nampak jugalah durian di kiri dan kanan jalan Segamat ke Gemas tapi macam tak berapa best aje. Kunun-kunun nak beli durian dari peraihnya terus.. tentu harganya lebih murah. Cari punya cari akhirnya kami dah sampai jambatan menuju ke Gemas.. hahaha. Shu telefon Sk dan tanya kami di mana. Dia suruh kami patah balik. Rupa-rupanya gerai-gerai durian yang kami nampak tulah tempat jual durian segamat.. sabar ajelah. Kami bayangkan orang jual durian pakai payung beso tu.. hahahaha.

Selepas berpatah balik, kami berhenti di depan sebuah warung makan. Depan warung tu ada apek jual durian bersama konco-konconya.. hahaha. Tersenyum lebar apek-apek tu bila nampak kami menuju ke gerai durian mereka.

Sk nampak tanda harga tertulis RM8.

"Ini durian apa?"

" Ini kampongggg punya," jawab apek sambil pakai sarung tangan dan pegang parang kontot.

"Ambil inilah. Kahwin punya sudah habis. Tinggal ini.. ini manyak cantik lo.."

Nampak macam dia bila-bila masa akan menebuk kulit durian tu untuk kami.

"Nanti.. nanti dulu..."  kami menimbang-nimbang akal.

Sebenarnya Shu ada bagitahu Sk, harga durian kampung di Segamat cuma RM5/kg manakala durian kahwin RM8. Tu kalau kita ambil terus dari peraih laaa. Jadi, gerak hati Sk merasakan apek ni jual mahal.

Kami meminta maaf dengan apek tu. Kemudian kami berhenti pula di sebuah gerai buah-buahan. Ada dua tiga kumpulan durian diletakkan di rak-rak berasingan. Penjualnya seorang lelaki melayu. Kami bertanyakan jenis durian dan harganya.

"Ini musang king, RM35 sekilo," Dia menunjuk durian yang diletak di rak depan sekali. Sk mengangkat sebiji dan melihat buntut durian... hehehe. Betullah ni musang king. Di tempat Sk, musang king dijual RM50 sekilo. Tapi ingat tujuan asal nak cari durian segamat bukan musang king.. huhu.

Kami tanya durian kahwin. Ada, katanya. Lepas tu dia pun letak tangan dia dari satu durian ke satu durian yang lain.

Ini D24 sekilo ... ini IOI sekilo... ini bla.. bla.. bla.. ini.. Sk dan ER berpandang-pandangan. Semua durian yang disebut tu pulak diletak di rak yang sama. Aaaa.... keliru.. keliru.

"Errrr... tak apalah, kami nak cari durian kahwin, minta maaf ya.

Akhirnya kami ambil keputusan untuk masuk ke persimpangan Muadzam Shah menuju ke Kuantan. Lega hati apabila nampak ada beberapa gerai durian. Ada yg diletak atas meja.. ada dalam but kereta. Akhirnya kami memilih gerai durian di sebuah kawasan agak lapang. Penjualnya dua orang lelaki melayu anggaran akhir 30-an.

Alhamdulillah.. akhirnya jumpa durian kahwin yang cuma RM10 sekilo. Ada durian kahwin yang RM18 sekilo. Kami minta dia pilihkan yang elok.. Sk pun pilih jugaklah dan minta pendapat. Durian RM18 sekilo tu ambil jugaklah nak rasa. Dapatlah kurang harga bila dah ditimbang-timbang. Menurut penjual tu, durian banyak habis kerana telah ditempah awal. Kalau hari isnin sampai khamis tu insyaAllah banyak dan senang nak dapat. Oh.. gituu.

Kami jalan lagi.. nampak lagi gerai durian. Beli lagi dua biji durian kahwin sekilo RM12. Ambil dua biji kena RM38. Kemudian nak jalan balik tu jumpa pulak durian D24. Bila berhenti apek tu kata, ada IOI sahaja, sekilo RM12. Eh.. belilah dua biji yang comel. Aaaa.. tak sabar nak sampai rumah nak makan durian.. hehehe.

Sebenarnya seminggu dua sebelum tu kami beli durian di Pekan Nanas dan Ulu Choh. RM200 untuk enam biji durian. Dari harga sekilo berapa belas ringgit (lupa) dan sekilo RM25. Tapi cuma sebiji sahaja yang betul-betul sedap dan menepati citarasa. Yang satu tu.. sedap tapi jenis pahit. Yang lain pula isinya bercampur dengan yang mengkal... eeeee.. tak suka.

Aaaaa.. asyik cerita jer.. mana gambar duriannya Sk????

Eh.. lupa... hehehe.



Ini durian kahwin 
sekilo cuma RM10
Kalau di JB ni
durian kampung pun dah RM16 sekilo tau
Durian kahwin ni isinya tebal dan bijinya pun tebal. Tapi puas hati sebab isinya tak ada yang keras langsung atau bercampur keras dan lembik. 


Ini durian kahwin yang RM12 sekilo.
isinya agak kuning berbanding yang RM10 tu.
pejam-pejam mata menikmatinya
isinya yang tebal tu.


Durian kahwin jugak
yang ini RM18 sekilo
gila syok makan
isi tebal biji tak tebal


Durian kahwin yang RM18 sekilo jugak.
Memang berbaloi-baloi-baloi
Tak sia-sia datang jauh-jauh tau
Demi memburu durian segamat.


Durian IOI
Tentunya antara yang terbaik
Pakkal jer Segamat jauh.. hohoho.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Waduh,..menggoda sungguh. Kat Kuching belum lagi musim durian..sabar lah wahai hati

    ReplyDelete
  2. Durian Segamat memang terkenal.
    Sampai orang S,pore pun cari.

    ReplyDelete
  3. Jauhnya nak makan durian!
    Kakak tapi suka durian yg pahit tau SK

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!