Assalamualaikum...
SEBAIK memasuki pintu pagar kolej dan melalui bangunan makmal dan studio yang menempatkan bilik pejabat Sk, Sk nampak Si Putih sudah setia menanti kedatangan Sk. "Hurmmm.. kesian Si Putih ni mesti lapar," bisik hati Sk. Sk terus memandu sampai ke pejabat pentadbiran untuk 'punch card'. Jam masih awal lagi.. ada lebih kurang 40 minit sebelum pukul 8. Sk menghantar mesej kepada seorang pelanggan yang menempah cheese tart dari Sk memberitahu Sk akan sampai dalam jangka masa sepuluh minit. Bila nampak Si Putih masih menanti kedatangan Sk, Sk berkira-kira sama ada untuk singgah memberinya makan atau meneruskan perjalanan.
"Alah.. sekejap jer pun singgah ni.. kesian dia lama tunggu, " Sk memberhentikan kereta, mematikan enjin dan terus menuju ke arah Si Putih yang bunting entah untuk kali ke berapa.
"Eh, dah beranak ke? " Sk bertanya pada Si Putih. Ah.. sudah tentu tak ada jawapan. Masakan kucing boleh menjawab.. hahaha. Sk meraba perut Si Putih yang seperti sedikit kecil berbanding minggu lepas.
" Beranak kat mana ni? Mana anak?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan.. tetiba...
Sk melangkah ke arah pasu bunga besar tidak berpokok depan tingkap bilik.
"Beg siapa ni?"
"Macam beg laptop aku jer," sk memusingkan beg untuk melihat bahagian depannya. Ternampak label Samsung sebiji macam beg laptop Sk.
"Aaaaa... beg aku ke??" Sk tengok isinya sekali imbas.. kertas-kertas milik Sk.
"Isk.. apasal beg aku ada kat sini???"
Gagal untuk mencanai minda. Otak dan perut rasa libang libu.
" Aku tinggal laptop kat luar ke?" Dengan seribu persoalan Sk buka mangga yang tergantung di lubang jeriji pintu. Soalan tentang laptop bertubi-tubi menghentam kepala. Sk terus tuju ke laci. Berserak. Laptop mana laptop?? Ah.. laptop tak ada???? Mana???
Dalam kegalauan Sk capai mangkuk bertutup yang diisi dengan biskut makanan kucing. Sk tuang ke lantai luar. Laju-laju kunci pintu dan meninggalkan Si Putih yang lahap meratah biskut. Dalam kepala tak henti bertanya.. apa yang terjadi.. mangga kunci.. pintu kunci... tapi laptop hilang.. laci kena selongkar. Ya Allah.. nak nangis tak boleh.. nak menjerit tak boleh.. tekak rasa kering. Ya Allah... Ya Allah.. musibah apa yang menimpaku Ya Allah... huhuhuhu.
Hujan turun rintik-rintik. Kian lama kian lebat selebat hujan dalam hati. Dugaan apa yang menimpa. Segala mak nenek dokumen pentauliahan kursus, nota, kertas ujian, lesson plan, gambar dan macam-macam ada dalam lap top. Mana nak cekau semua tu. Nangis tak berlagu. Nangis tak berairmata. Nangis dalam hati je le.
Sk capai telefon. Kawan sebilik Sk tak angkat panggilan.. mungkin dalam perjalanan. Lepas hantar cheese tart, Sk balik ke pejabat. Kawan Sk telefon, Sk tanya.. dah masuk bilik? Sk beritahu laptop Sk macam tak ada.. tapi bilik kunci. Kawan yang nak beli makanan di kantin terus tak jadi. Sekejap lagi dia telefon Sk kembali. Ya.. ini betul-betul bukan cobaan. Laptop dia juga hilang dan jeriji tingkap dikopak. Parah!!
Kami ke balai buat laporan. Jenayah memang membawa padah. Sarjan bertugas datang tak sampai setengah jam selepas laporan dibuat bersama seorang pegawai forensik. Siasatan dibuat. Yang tinggal pada kami hanyalah harapan.. adalah rezeki kami untuk mendapatkan hak kami. Doakan kami ya.
Malaysia masih aman katanya, tapi jenayah macam tak terbendung dah... semuga SK dapat balik semua yang hilang tu.
ReplyDeleteAmiiinnn...
DeleteMekasih kak rose
Allah....hebat dugaan tu kak. Sabar ya. Semoga ada rahmat yang menanti. Amiin.
ReplyDeleteMintak2 si pencuri tu cepat ditangkap dan barang yang hilang dapat kembali.
ReplyDeleteMemang susah kalau LP kita hilang.
Ya Allah..
ReplyDeletehrp ada rezeki bjmpa smula laptop tu & pencuri dpt ditangkap.. skrang org y buat jnayah pom org bijak pndai..