CERITA semalam...
"Nak makan apa malam ni?" tanya Sk pada Iman.
"Urmmm... kfc boleh?"
Amboi kemain lagi, kan. Macam tahu-tahu saja mak dia pun sebenarnya fikir yang sama.. hahaha. Sebabnya semalam ER bertugas malam, Sk pula nak kena siapkan crust tart, jadi yang paling mudah kita tapau jelah kan. Sk bercadang nak ambil 'Dinner Plate' sebab biasanya Sk makan seketul jer ayam kfc tu. Lagi dua ketul, Iman boleh makan.. gituuuu.
Masa memandu tu, tetiba Sk teringat.. bulan puasa lepas, Sk ada tapau kfc di tempat yang Sk tuju ni. Masa tu kfc ada promosi ramadhan, kari-kari rangup. Iman ambil set yang ada dua ketul ayam goreng, kentang dan nasi macam tulah. Iman ni memang sukakan nasi kfc tu. Tapi sedihnya bila tiba waktu nak makan tu, nasi tu tak ada. Tak dimasukkan dalam bungkusan set Iman. Punyalah sedih nasib tak kempunan. Sk ada buat komplen dalam page fb kfc Malaysia (saja jer tulis kat ruangan komen dalam satu posting kfc) dan disuruh membuat aduan melalui email tapi Sk
Jadi, sepanjang jalan tu Sk fikir, nanti bolehlah Sk komplen dengan staf kfc tu. Bukanlah nak tuntut nasi semangkuk tu cuma nak mengingatkan mereka supaya jangan lalai masa bekerja sehingga tertinggal apa yang sepatutnya dimasukkan dalam kotak makanan pelanggan. Rasanya itu bukan kali pertama Sk kena. Ada jugak sekali dua.. ialah.. Sk pun jarang sebenarnya beli kfc ni. Ops, bukan kfc jer tau. McD pun sama selalu tertinggal pesanan kita. Sebab tu kena periksa beg kita bila nak tinggalkan kaunter pandu lalu tu. Cuma kfc ni dalam kotak, kan.. tu malas nak periksa semula.
Okey, berbalik pasal kfc tadi, Sk bercadang nak pesan di kaunter pandu lalu sahaja. Sebaik sahaja sampai ke laluan tu, Sk pun berhenti dan menurunkan cermin tingkap. Tetiba terdengar suara yang agak kasar menyambut kedatangan kami...
"Order?!"
"Bagi 'dinner plate' satu set..."
"Spicy?!"
"Ya, spicy," dalam hati.. garangnya budak ni. "Tak nak kepak dengan peha ya."
"Okey, spicy tak nak kepak dengan peha. Air?!"
"Urmmmm.. co.... aaa.. coke," yakin ke ada air coke kat kfc???
"Pepsi?!"
"A a.. ya.. pep si," uit.. takut kita wak sebab salah sebut air.. kui kui.
"Tak nak ais?!"
"o ok.. tak... nak ais."
"Ada nak tambah?!"
"Aaa.. chee.. zy wedges satu."
"Ok, cheezy wedges satu.. pergi bayar ke kaunter 2 ya!"
Gulppp!!
"Garangnya staf yang jaga kaunter depan ni.. datang bulan ke apa???" tanya Iman.. huhuhu.
"Entah, suara macam pompuan penkid je," tuduh Sk.. hohoho.
Lama jugak kami menunggu di kaunter 2, padahal bukan banyak sangat yang dipesan. Dahlah cermin gelap.. tak nampak pun ada orang ke tidak. Bila nampak kelibat staf kfc membawa plastik menuju ke tingkap, Sk cepat-cepat menurunkan tingkap. Berdasarkan uniform yang dipakai, Sk percaya beliau adalah penyelia di restoran cawangan tersebut dan bukan staf yang mengambil pesanan tadi.. sebab lelaki. Yang ambil pesanan tadi perempuan.
Beliau menyebut harga sambil menghulurkan bungkusan. Sk hulur RM50 sekeping. Semasa beliau memulangkan baki, Sk menyatakan kekecewaan Sk tentang layanan yang kami terima tadi.
"Garang betul kawan awak yang ambik 'order' tadi."
Beliau menoleh ke dalam sekejap dan memandang Sk semula, "Garang? Tu staf saya.. biasa aje."
"Mana biasa.. garang tu.. takut saya nak datang sini lagi. Okeylah.. terima kasih ya." Jawab Sk sambil melambai tangan dan menaikkan cermin tingkap. Terus terlupa nak cakap pasal nasi.
p/s Sk pun garang jugak tapi bukan garang membabi buta.. huhuhu.
betul bila order klu x check mesti ada yang tertinggal, hari tu kfc x buh kicap teriyaki
ReplyDeletePnh kn kt mcd drive thru. Mntk lain, dh tgh jln sebiji burger tkde. Pdhal byr penuh grrrrrr
ReplyDeletePnh kn kt mcd drive thru. Mntk lain, dh tgh jln sebiji burger tkde. Pdhal byr penuh grrrrrr
ReplyDeleteAssalamualaikum SK...kena juga kat KFC pulak yer...kat kfc mana pula ni SK....takut juga kalau yg amik order tu dah garang sgt kn....x hormat org langsung....
ReplyDelete