Assalamualaikum...
14 Jun 2016 - SEMINGGU Ramadhan, pagi itu seperti biasa, Nursyafiqah meninggalkan rumah neneknya dan mengayuh basikal untuk ke sekolah. Tahun ini Fiqah akan mengambil peperiksaan penting PT3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sri Amar DiRaja, Muar, Johor. Fiqah berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh agar dapat mengecap kejayaan. Fiqah ingin membalas jasa nenek yang memeliharanya sejak kecil. Jam baru 6.45 pagi, sudah menjadi rutin Fiqah untuk bergerak awal. Di pertengahan jalan, hujan yang turun awal pagi makin lebat. Fiqah yang kebasahan mengambil keputusan untuk berpatah balik dan menumpang teduh ke gerai berhampiran sementara menunggu hujan sedikit teduh. Fiqah langsung tidak menyangka, keputusannya untuk berpatah balik membawa malang kepada dirinya apabila dia dilanggar sebuah kereta. Hentaman yang agak kuat membuat Fiqah melambung ke atas cermin kereta dan melurut jatuh ke atas jalanraya. Dalam masa yang sama, sebuah lagi kereta datang dan menghentam tubuhnya.. lalu.. semuanya menjadi gelap....
Nenek Tini hampir pengsan apabila mendapat perkhabaran tentang kemalangan yang menimpa Fiqah. Cucu yang ditatang bagai minyak yang penuh kini tidak diketahui untung nasibnya. Dia menguatkan semangat cucunya tidak apa-apa.. cuma calar jatuh basikal sahaja. Sepanjang perjalanan ke hospital, dia tak henti mendoakan keselamatan cucu yang dikasihi. Allahu Allah..
Fiqah dihantar ke Hospital Sultanah Fatimah, Muar
Doktor yang merawat Fiqah menyatakan Fiqah mengalami..
Patah kedua-dua tulang pinggul..
Patah lima tulang rusuk..
Satu daripada tulang rusuk yang patah menusuk ke hati Fiqah
Kecederaan tulang belakang
Mengalami gegaran otak
dan cedera pada seluruh tubuh
Allahu Akbar
Sayu hati Nenek Tini melihat Fiqah
Fiqahhh! Jeritnya dalam hati
Keadaan Fiqah setelah lebih sebulan terlantar. Doktor menjangkakan Fiqah akan terlantar selama 6 bulan berdasarkan kecederaan yang dialaminya.
Fiqah dibawa balik ke rumah dan selama itu dia akan dijaga oleh nenek dan ibu saudaranya. Bukan setakat itu sahaja, Fiqah juga memerlukan susu khas dan lampin pakai buang yang pasti bukan sedikit nilainya. Pendapatan Nenek Tini kira-kira RM400 sebulan (kerana bekerja setengah hari bagi menjaga Fiqah) tidak mungkin dapat menampung kos susu dan lampin pakai buang.
Fiqah telah diberikan bantuan oleh Baitulmal
iaitu katil dan tilam angin
serta mesin sedut kahak
Buat masa ini, bantuan yang diperlukan adalah dana susu dan lampin pakai buang
Justeru, Sk ingin mengajak anda untuk meringankan beban yang ditanggung Nenek Tini.
Kembalikan sinar pada wajah yang sedang tersenyum ini.
Berikanlah dia bahagia.. marilah kita berkongsi kesedihannya.
Mereka yang ingin memberikan sumbangan dana susu dan lampin pakai buang untuk Fiqah
bolehlah menghubungi guru beliau
Cikgu Siti Zarina Lahuri
Whatsapp/ Sms/ Telefon : 013-6315909
Wkmsalam.
ReplyDeleteSemuga diberi kekuatan kepada mereka menghadapi ujian Allah.
Assalamualaikum, singgah bertanya khabar, semoga sihat2 selalu..
ReplyDeletesemoga adik Fiqah juga dipermudahkan segala urusannya.. terima kasih atas perkongsian
Sama-samalah kita semua membantu megikut kemampuan kita. Semoga dipermudahkan. Amiin.
ReplyDelete