SELUAR DALAM CURI PETUA MENYERIKAN MUKA???

Seri Kandi Tanah Jauhar
12
Assalamualaikum...

CERITA LAMA...

"Kakak, hari tu ada orang curik seluar dalam kakak," beritahu jiran belakang rumah saya ketika saya sedang menurunkan baju-baju di ampaian.

"Hah???!" Biar betul. Patutlah rasa macam ada yang kurang.. kwang kwang kwang. Maksudnya.. masa kutip-kutip tu rasa macam ada yang lopong.

Sebenarnya, ampaian saya terletak di dalam rumah. Biasanya rumah-rumah teres ada bahagian belakang yang disebut 'yard' tukan. Sebab tak ada bajet ribu-ribu masa beli rumah dulu, kami cuma menutup bahagian yard yang terbuka ini dengan jeriji yang dipasang pada tembok batu setinggi lima kaki yang memang sedia ada. Tak tahulah saya masih ada lagi spesies yang gemar mencuri pakaian dalam ini. Aduih... parah ni. Takut jugak saya terkena ubat guna-guna dan tiba-tiba tergila-gila pada orang lain. Atau mungkinkah seluar dalam itu digunakan sebagai pelaris.. dibungkus bersama daun pandan dan dimasukkan ke dalam air didihan untuk menyediakan minuman di kedai-kedai?

"Orang curik tu jalan kaki ke?" Sk tanya ingin tahu. Sangguplah pulak jalan kaki di belakang rumah orang nak mencuri seluar dalam.

"Dia naik motor kakak,"Jiran belakang saya ni India.. dah pindah pun sekarang. Mungkin masa tu dia menyewa di situ.

"Dia dua orang, sorang duduk belakang.. dia berdiri dan masukkan tangan dalam, ambil seluar," dia bercerita sambil menggayakan cara pencuri seluar dalam itu.

"Lepas tu... dia ambil seluar tu sapu dia punya muka macam ini," ceritanya lagi sambil menyapu mukanya dengan tangan.

"Itu seluar dia campak dekat belakang rumah itu," tambahnya lagi sambil menunjuk ke satu arah.. lebih kurang lat dua rumah dari rumah Sk.

Alamak, dia campak kat situ??  Takkan nak pergi pungut?? Detik hati Sk.

"Bila eyh?" tanya Sk.

"Dalam dua minggu lepas, saya ingat masa tu kakak tak ada rumah.. lama tak nampak," urmmm.. tentu dah jadi kain buruk pun seluar dalam tu.

Sk terus teringat cerita orang tua, bahawa seluar dalam boleh digunakan untuk menyerikan muka. Syaratnya seluar dalam itu hendaklah dicuri dan disapu ke muka sebanyak tiga kali.. lebih kurang macam tulah.. dan mungkin ada jampi-jampinya jugak. Tapi.. apa jadi agaknya kalau seluar dalam Sk yang dicurik. Habislah muka orang tu banyak jerawat macam muka Sk ni... muahaha.. padanlah muka kau pencuri.. Aku sumpah! Biar tumbuh jerawat banyak-banyak kat muka kau.

p/s Mula-mula tahu dulu memang susah hati.. urmmm.. apalah punya pencurik.. kan kan kan. Sejak tulah, Sk pasang jaring pada jeriji.. supaya tiada tangan yang menyeluk lagi.. huhu.


gambar hiasan.. gambar seluar dalam tak ada ya.. nanti jadik 18sx.. hahaha



Tags

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Lahawlawa quwwata illabillah...
    Sampaimacam tu sekali dia nak. Kakak rasa dia ingat seluar dlm iman anak dara kan comel dan bersih mukanya masih berseri. Sekali terambil seluar mak hahaha....

    ReplyDelete
  2. Takut pun ada..
    Kelakar pun ada bila akak baca entri SK..
    Macam tu sekali nak cantik ye..
    Lelaki ke perempuan tu SK yg curik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki kak yati.. tak cerita rupanya ek lelaki ke pompuan.. hahaha

      Delete
  3. Wkmsalam.
    Orang dulu2 kata petua utk hilangkan jerawat. Lebih mujarab kalau yg belum basuh.
    Tapi itu semua mengarutlah.

    ReplyDelete
  4. hahaha... doa yg last tu yang tak tahan... adoila... kesian yang mencuri... cari la ilmu lain ke kan...

    ReplyDelete
  5. tulah.. rasa terbayang2 muka org tu penuh jerawat angkara tersalah curik.. hahaha

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum SK...bahaya kalau ada pencuri yg jenis mcm ni kn...:)

    ReplyDelete
  7. Kak...tergolek2 saya tergelak baca ni kak. Bab sumpah jerawat tu la...x menahan...hahahaha.

    ReplyDelete
  8. pernah jugak dengar petua sapu seluar dalam kat muka yang berjerawat nanti katanya jerawat malu nak tumbuh lagi. masa tu masih kat kampung. kira umur dalam belasan tahun.. tapi tak gamak la nak buat. Takdela suruh curi cuma guna seluar dalam sendiri je hahaha

    ReplyDelete
  9. Tapi kan muka saya nie memang ade jerawat... Kak, nenek yg wawarkan pergi curi tapi nk try tapi takut xpernah buat benda pelik2 jadi lain hahaha....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!