MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui panggilan, sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidiladha aidilfitri ais krim apa cerita apam apom arab art street asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel berkelah bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI boat noodle Boboiyot bola Bono boycott buah bubur bulan burasak burger cake in jar cendawan cendol cerita bersiri chocolate lava churros Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut drama drama bersiri durian embun evaros fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah hotel ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing kangkung Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga Kemahkotaan kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron madu makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak muzium myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti popiah premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sandwich sardin sate sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah teater Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel thailand tinggi tmj tomato tomyam tortilla tudung tulang Tunku Jalil twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan ulasan buku untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Saturday, November 12, 2016

NASI AYAM HAINAN YANG PALING SEDAP

Assalamualaikum...


WALAUPUN hari-hari Sk masak sedap,
tapi jaranglah sangat yang pujian tu bertubi-tubi.
Biasanya, angguk-angguk cakap sedap
dan mintak nasi tambah
pun dah kembang kuncup hati Sk.
Tapi kalau ada yang tak kena tu
memang jangan banyak bunyi ya
Mak Inche ni pantang betul kalau dikias-kias
kenapa lauk ni begini
kenapa tak begitu
banyak komplen.. pi masak sendiri.. kekekeke.

Nasi Ayam
antara menu yang paling kerap Sk masak
dan rasanya selalu jugak
siarannya berulangan dalam blog Alam Sari di Tanah Jauhar inikan
ada resepi  nasi ayam malas
ada resepi nasi ayam gitu-gitu
dan ada juga resepi yang dirujuk dari blogger dapur popular
seperti blog Masam Manis
dan Azie Kitchen.
Rata-ratanya mendapat pujian dari Iman dan ER
tapi taklah macam yang ini
bocor dada Mak Inche dipanah pujian berkali-kali
sampai ada pesanan untuk dimasak sekali lagi
hehehehehe
amboiiii.. sedap bebenolah tu ya.. huhuhu.

Macam biasa, favourite Pak Inche tentulah Nasi Ayam Hainan.
memang senanglah kerja Sk
dan menjimatkan minyak.. huhuhu.
Kali ini, Sk tumis nasi ayam
menggunakan sedikit minyak masak dan margerin planta.
Masak ikut rasa
tak merujuk resepi dari mana-mana..
Apa yang best bila kita masak nasi ayam sendiri ni
Kita boleh makan puas-puas ayamnya
dan tambah sosnya banyak-banyak
Kalau makan di kedai tu, kita minta lebih sos sekali dibaginyalah
mintak dua kali dijeling
mintak tiga kali memang tak sampai-sampai
hemmmm.. Sk dah kena dahhhhh

Resepi ni Sk tulis untuk rujukan Iman 
atau adik-adik yang baru nak belajar dan sudi mencuba resepi dari Sk
Boleh ikut langkah per langkah supaya lebih mudah
dan dapur tidak berselerak

Nasi Ayam Hainan

(A) 
Seekor ayam dipotong 4 bahagian (bersihkan)
1 buku halia (anggaran 3")
Air setengah periuk (didihkan bersama halia-hiris)
2 sb kicap cair
1 sk minyak bijan

Nota : Pastikan saiz periuk muat untuk dimasukkan ayam

- Apabila air sudah mendidih,
masukkan ayam ke dalam air yang mendidih. 
Setkan timer 20 minit.

-Ambil sebiji besen yang besar dan muat untuk dimasukkan ayam.
-Masukkan air sejuk yang berais
-Apabila cukup masa 20 minit, angkat keluar ayam dan masukkan ke dalam besen yang mengandungi air sejuk berais tadi
untuk mematikan proses memasak
dan mendapatkan ayam yang juicy
Biarkan terendam 10 minit.

Sementara itu
Masukkan kicap cair 
dan minyak bijan dalam mangkuk kecil
gaul rata.
Keluarkan ayam yang direndam dalam air ais tadi
masukkan dalam bekas bertutup
sapukan dahulu dengan campuran kicap cair dan minyak bijan, 
tutup bekas dan ketepikan.

(B)
Tiga pot beras bersih dan toskan (Letak dalam rice cooker)
1 biji bawang besar (merah) dimayang halus
2 ulas bawang putih diketuk
1/2" halia-hiris
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
5 kuntum bunga cengkih*
3 tangkai daun bawang (bahagian bawahnya sahaja)
1 sb minyak masak 
2 sb margerin
2 1/2 pot air rebusan ayam
Garam
hirisan daun bawang dan bawang goreng

Caranya :
-Panaskan minyak dan margerin dalam kuali
-Tumiskan kulit kayu manis, halia, 
bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan semua bahan bertanda dan terus menumis.
Masukkan bahagian bawah daun bawang yang dipotong seinci2
Masukkan air rebusan ayam.. dan garam secukup rasa.
Kacau rata.
Tuang semua dalam periuk nasi.. gaul rata.
Hidupkan periuk nasi elektrik dan masak seperti biasa.
Apabila suis automatik mati, gaulkan nasi dengan garfu
Taburkan daun bawang dan bawang goreng
dan biarkan ia memanas sebelum dihidangkan.

(C)
7 tangkai cili hidup
9 tangkai cili padi
2 ulas bawang putih
2 sb sos cili
2 sb gula
1/2 sk garam
2 sb cuka
3 sb jus limau
1/3 cawan air
(Kisar semua bahan hingga halus dan masak sekejap atas api)

(D)
1/2 cawan air rebusan ayam
1 sb kicap pekat
1/2 sb minyak bijan
sedikit gula dan garam
(gaul rata.. tuang sedikit atas ayam semasa menghidang)

(E)
1 sup bunjut
1 bawang merah besar dimayang
garam secukup rasa
(Didihkan semula sup dan masukkan sup bunjut dan bawang dimayang)
Bila mendidih hidangkan bersama
Bawang goreng  (tabur)
Daun sup (tabur)

Hidangkan nasi ayam bersama salad serta hirisan timun dan tomato.

Terima kasih sudi singgah dan membaca 
Sehingga bertemu lagi di lain siaran
Wassalam








2 comments:

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Sukakan Ini?