Assalamualaikum...
DALAM perjalanan balik ke Johor Bahru dari Shah Alam hari tu, Sk ada mengajak Pak Inche ER menjenguk kedai pinggan mangkuk harga borong di Nilai 3. Sajalah nak tengok, pinggan-pinggan hidang baru yang lawo. Padahal, bukan ada tempat nak simpan pun. Terdampar aje atas almari. Sebab tu Sk jarang nak beli pinggan mangkuk. Yang ada di rumah ni pun tak terpakai, maklumlah tinggal tiga beranak jer kan. Balik-balik pakai yang itu jugak, malas nak keluarkan yang dalam kabinet nanti satu hal lagi pulak nak menyusun semula.. hahahha.. adoi.. pemalas betul kita ni. Bukan apa, sakit pinggang terbongkok-bongkok maklumlah umur pun bukannya muda lagi.. huhu.
Jadi, dah keluar dari Nilai 3 tu, ER ajak ikut jalan lama. Nak tengok apa yang menarik di Nismilan ni. Sebab biasanya bila lalu di sini dah malam, jadi jomlah tengok apa yang menarik bila lalu siang-siang. Selepas melewati satu sungai menghala ke Pekan Rembau, tetiba Sk melihat suasana yang agak meriah di sebelah kiri jalan. Cendol Madu Rembau.. bunyi macam menarik, hati dah tertarik, jomlah kita singgah.
Warung yang terletak di tepian sungai ini meriah dengan pengunjung mungkin kerana hari libur.
Sk sebenarnya teringin nak makan masakan Nismilan seperti masak lemak cili api bersama daging, ayam atau ikan salai tapi rupanya warung ini cuma menjual masakan ringan sahaja seperti rojak, sup dan nasi ayam. Apa yang menariknya, semua masakan dihidangkan secara santai di atas kertas bungkusan yang diletak di atas pinggan. Terliur tengok rojak ni, kita mintaklah sepinggan.
Sk sukalah sebab ada tempe dan orang dua beranak tukan tak makan tempe.. ahaha.
Kuah rojak ni sedap, tak terlalu pekat dan agak pedas.
Licin...... tau!
Ada juga warung sate tapi sayangnya yang tinggal cuma sate daging dan ayam sahaja.
Mintak sate daging 15 cucuk sebab takut tak habis nanti lagipun tak tahu lagi kena atau tidak dengan selera kami. Satenya sedap, cukup rencah dan kena dengan selera.
Yang paling best kuah sate tu pedas.. mengancam habis laaa...
kami memang suka yang pedas-pedas ni.. hehehe.
Cuba juga cendol madu.
Bagi Sk, Sk lebih suka cendol asli yang menggunakan gula melaka.
Yang ni macam kurang umph laaa.
Iman mintak ais kacang.
dan Nasi Ayam juga untuk Iman.
Pilihan Sk, Nasi Ayam Goreng.
ER makan mee rebus (tak ambil gambar).
Dia kata sedap.. tapi bagi Sk biasa aje.. huhu.
Memang ramai yang datang.. tak putus-putus.
Dibuka 11pagi hingga 10 malam
Siapa yang datang Rembau boleh singgah.. Sodap Tekau!!!
Saya selalu lalu situ.
ReplyDeleteAda masa saya singgah.
Terima kasih beri info.
Thanks dari:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com
Belum pernah singgah lagi.
ReplyDeleteSelalu lalu highway.
bila turun KL lagi...nak ajak mengopi,. windu
ReplyDelete