Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. sejak akhir-akhir ni Iman dah mula minat nak memasak.
Sekarang nikan dah habis PT3
jadi pihak sekolah menganjurkan macam-macam aktiviti untuk kelas Tingkatan 3
pelbagai kemahiran diajar
masaklah
grooming la
buat layang-layang la
panggil juruhebah radio la
dan macam-macam lagi.
Bertitik tolak dari tu.. dia mula menunjukkan minat nak memasak sendiri
Kalau dulu tu cuma tolong kacau-kacau lauk atas api
Sekarang dah tahu macammana nak sediakan bahan-bahan mentah
kopek bawang, buang biji lada dan sediakan rencah-rencah masakan
dah boleh buat sambal belacan dan sambal pencicah lain
kita cuma bagi arahan je
dan dia buat dengan penuh minat.
Apa yang Sk nampak la
Iman ni suka dipuji
Pujilah dia melambung-lambung
Iman cantik
Iman comel
Iman rajin
Iman baik
Iman pandai
dan kata-kata yang manis
maka bersemangatlah dia
jangan kita berleter atau marah-marah
nanti hilang mood dia
buat pun macam tak ikhlas
ampu-ampu anak sikit tak ada salahnya kan...
kerja kita pun jadi ringan
gituuuu..
Dah lama Iman minta nak buat kek butter ni
Tapi mak dia yang malas nak melayan
Ya ampunnnnn.. tak tahulah sekarang ni kenapa malas sangat nak buat-buat kuih
setakat masak lauk-pauk tu dah memang terpaksa agaknya kan
Dari sehari ke sehari
Akhirnya terbuatlah jugak kek butter ni
Kunun-kunun nak makan kek panas-panas sambil tengok Gegar Vaganza
sejak petang Iman dah keluarkan mentega dari peti sejuk untuk dilembutkan
Sk guna golden butter paket 250gm
Hurmmm.. pada Sk sedap lagi yang dalam tin tu la
Lepas tu Iman kata nak buat dalam paper cup
Bagus... tak payah keluarkan loyang.. hahaha.
Iman turut masukkan coklat chips dalam adunan kek
sedang elok laaa.. sebab tertawar pulak keknya
sebab tak sukat gula betul-betul
taram pakai sudu jer.. itulah jadinya
Makan gitu-gitu pun sedap
Apalagi jika di topping dengan Nutella
pehhhhhhhh!
Resepi ambil di Blog Azie Kitchen.
Terima kasih Kak Azie
My Best Ever Butter Cake
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
250 gram pure butter jenama Anchor
250 gram tepung naik sendiri
180 gram gula kaster
4 biji telur
1/2 cawan susu segar
Cara cara:
Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.
Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed).
Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan tepung.
Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.
Masukkan dalam loyang saiz 8-9" yang telah dilapik baking paper atau dispray terlebih dahulu.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak.
Angkat dan sejukkan atas redai.
Nota:Jika guna tepung gandum, boleh masukkan 1 sudu kecil baking powder.
wow..sedapnya
ReplyDeleteassalamalaikum seri...wah nampak sedap la Iman buat butter kek ni...nak sikit boleh...;)
ReplyDeleteTentu sedap tu.
ReplyDelete