POPIAH VIETNAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
Assalamualaikum...

SEMALAM petang, Sk sekeluarga telah menghadiri satu jemputan majlis perkahwinan di Dewan Kementerian Belia & Sukan, Larkin. Ibu pengantin, merupakan kawan sekerja kakak Sk, Angah. Dan sejak dulu.. siapa kawan Angah memang dah macam kawan Sk laaa.. hahaha. Kami sampai ke KBS ketika hujan membasahi bumi Larkin. Walaupun hujan tapi tetamu agak ramai jugak, mungkin waktu kami sampai tu adalah waktu puncak. Hidangan yang disediakan amat memikat selera lebih-lebih lagi tekak kami yang dah lama tak pergi makan kenduri. Lazimnya di Johor Bahru, hidangannya ialah Nasi Beriyani berlaukkan Ayam Masak Merah, Daging Beriyani, Tulang Kambing Masak Merah dan Dalca. Ada juga Laksa Johor, Rojak, Bubur Pulut Hitam dan pelbagai jenis kuih talam.. fuhhhh.. lumayannnnn!!

Lepas tu ingatkan balik dari kenduri dapatlah gantung periuk tapi rupanya tetap jugaklah kena memasak. Dalam hujan lebat, ER mengajak singgah ke Pasaraya Hosey mencari bahan mentah untuk dimasak. Kununnya nak makan makanan yang ringan-ringanlah gitu. Teringat pulak Iman ada cakap teringin nak makan bihun goreng. Lepas tu nampak udang teringat pulak nak buat Popiah Vietnam. Macam-macamlah pulak teringatnya di kala petang hari hujan tu.. hehehe. Kiranya semua idea terlintas masa di Hosey tu la... ER macam biasa layankan aje, macam Sk cakap sebelum ni asalkan jangan masak benda yang dia tak makan dan tak suka makan. Asalkan ada makanan yang boleh dia makan.. gituuuu.


Popiah Vietnam, akhir-akhir ini mula menjadi viral di laman sosial. Tak tahulah disebabkan kebanjiran pekerja Vietnam ke negara kita atau kebanjiran pelancong Malaysia ke negara Vietnam.. hahaha. Malah, bukan sahaja popiah tapi teh hijau dan kopi Vietnam jugak popular. 

Berbeza dengan popiah basah yang menggunakan kulit popiah home made diperbuat dari tepung gandum yang terkenal di utara dan popiah goreng yang menggunakan kulit popiah frozen, popiah vietnam menggunakan kulit yang diperbuat daripada tepung beras dan dalam bentuk kering dan dikenali juga sebagai Rice Paper. Ia seakan-akan kepingan plastik keras sahaja dan perlu direndam sebentar dalam air sedikit suam untuk melembutkan rice paper tersebut. 

Sk sendiri membeli rice paper ini secara tidak sengaja kerana tertarik dan pelik tambahan lagi ia diletakkan di rak bahan-bahan makanan. Lama jugak ia tersadai dalam kabinet dapur.. hahaha. Pada mulanya bimbang jugak kalau ia hapak ketika hendak digunakan, Alhamdulillah.. ia masih berkeadaan baik dan tak ada yang sakit perut lepas memakannya.. hahahaha.

Mari Sk kongsikan bahan dan langkah demi langkah bagaimana hendak menyediakan Popiah Vietnam yang sihat dan mengenyangkan.. InsyaAllah. 

Popiah Vietnam

Bahan-bahan:
Rice Paper
Timun disagat
Carrot disagat
Udang dibuang kulit (kukus)*
Isi ketam (kukus dan belah dua)*
Suhun (cuci, rendam sekejap dengan air panas, toskan dan bilas air sejuk, tos)
*letak sedikit garam pada bahan bertanda sebelum dikukus


Inilah Rice Paper yang belum digunakan.
Perhatikan bentuknya.. sekeping kejung gitukan. 


Masukkan air suam secukupnya dalam pinggan yang lebar, kemudian rendam sekejap rice paper. Sekejap jer tau.. tekan sikit bagi tenggelam semua rice paper lepas tu terus angkat untuk kita letakkan intinya.



Siapa yang follow FB tentu tengok Sk masukkan langkah demi langkah memasukkan inti.
Di sini Sk letak satu gambar sahajalah ya, maklumlah hujung-hujung bulan ni tersengguk-sengguk line internet Sk ni.. huwa huwa huwa.

Susunkan timun, carrot, suhun, isi ketam dan udang.
Kalau ada daun ketumbar tu, cincang halus dan tabur (ini Sk lupa nak buat)
Kemudian, bolehlah gulungkan popiah macam biasa.
Jangan lipat bentuk samosa sudahlah ya.. hehehe.


Tadaaaa... siap digulung!


Hidangkan bersama sos cicah ala Vietnam.

Resipi Sos Cicah :

5 tangkai cili hidup*
1 tomato*
2 bawang putih*
Jus dari 2 biji limau nipis*
2 sb cuka*
1 sk garam*
3 sb gula*
2 1/2 sb kacang tanah dikisar

Cara :
Kisarkan semua bahan bertanda * dan masak sekejap atas api.
Taburkan kacang tanah kisar, kacau rata dan hidangkan bersama Popiah Vietnam.

Sehingga jumpa lagi.
Wassalam.


Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wkmsalam.
    Kira unik popia vietnam ni sebab pembalut dia transference.
    Nampak isi dalamnya.

    ReplyDelete
  2. kaknoor dok kata nak buat sampai skrg ni belum lagi terbuat
    salute pada Seri sudah try hehe
    nak kena kuatkan semangat ni buat ni

    ReplyDelete
  3. Mana nak dapat kulit popia vitnam ni SK..
    Memang mula2 akak tengok SK gulung dalam plastik ke.
    Rupanya kulit cam tu rupanya..

    Sedap pulak akak tengok :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!