Assalamualaikum...
NI PERASAN ke apa?
Bukan perasan tapi kenyataan.
ER terangguk-angguk bila Sk tanya sedap tak bihun yang Sk goreng.
Bukan perasan tapi kenyataan.
ER terangguk-angguk bila Sk tanya sedap tak bihun yang Sk goreng.
Iman pulak makan sampai tak mampu nak bercakap.. cuma main angkat ibu jari aje.. hahahaha.
Bihun Goreng ini Sk sediakan pada hari yang sama Sk menyediakan Popiah Vietnam tetapi pada waktu yang berlainan. Pada mulanya ingatkan nak hidangkan serentak dengan popiah tapi fikir-fikir, baiklah bihun ini dihidangkan untuk makan malam. Bukan apa, karang bagi makan awal-awal, asyik mengeluh lapar pulak sebelum waktu tidur. Jadi, Sk rendam jer bihun ini awal-awal. Sk gunakan bihun jenama Jasmin.
Duluuuu.. Sk suka rendam sekejap bihun dalam air separuh panas untuk mendapatkan bihun yang lembut. Alah.. bukan selalu masak bihun goreng ni punnn. Cara cerita macam selalu beno yek. Lepas tu tengok Siti Zaidah atau dikenali sebagai blogger Zalieda Zaliedana, kerap sangat sediakan bihun goreng. Boleh dikatakan kadang seminggu mesti ada tayangan bihun goreng dari Siti. Siti kata, dia tak suka bihun yang patah-patah. Terfikir pulak nak cuba teknik Siti iaitu cuma rendam bihun dalam air suhu bilik jer dan hasilnya memang terbaik. Sejak tu memang tak guna air separuh panas lagi untuk rendam bihun. Tapi sebab kurang yakin, Sk biasanya rendam selama satu hingga dua jam sebelum menggoreng. Tak mahulah nanti dapat bihun goreng macam dawai, hehehe.
Apa tips nak bagi bihun goreng kita rasa sedap?
Senang jer.. masak campak-campak.. ya betulllll.
Contohnya kalau nak masukkan sos, kicap atau sebagainya tak payah sukat sebaliknya chap chap terus dari botolnya. Tapi janganlah curah sebanyak tidak. Tapi curahlah secukup rasa. Pendek kata, memasaklah dari hati.. gituuuu.
Sekiannnnnn.. sehingga jumpa lagi.
Laaaa.... kakak pun masak gitu
ReplyDeleteIngatkan ada special apalah tadi
SK ni betullah...:)
Gigih baca sampai habis... chap chap dari botol tu yang specialnya!
ReplyDeletebetul tu, bila masak dari hati dengan penuh kasih sayang, Insya Allah sedap la tu.
betul kan SK?
K.ina selalu guna mihun cap bintang. Rendam air biasa sekejap jer dlm 15-20 minit jer. Lembut elok cantik.
ReplyDeleteMasak dari hati..
ReplyDeleteMasak dgn iman..
tu yg buat sedap tu SK hihihi
hehe.. dah lama kak guna air paip biasa je.. cuma masa masak je tambah air lebih sikit supaya lembut bihunnya..
ReplyDeleteTips terbaik ni. Kalau main sukat2, tak sedap jadinya :D
ReplyDelete