MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Sunday, December 18, 2016

DARI PENANG KE SEREMBAN

Assalamualaikum...

SAMBUNGAN dari post sebelum ini..


SETELAH beberapa kali makan di Nasi Kandar Deen Maju, Sk telah membuat keputusan bahawa
Deen Maju adalah antara restoran nasi kandar yang terbaik di Pulau Pinang malah Sk berani menyatakan bahawa ia lebih sedap dari NK Kampung Melayu yang menjadi pujaan sebelum ini.. hahahaha. Satu lagi faktor adalah dari segi harga, Deen Maju antara yang paling murah jika dibandingkan dengan tempat lain. Burppp.. Alhamdulillah.


Sarapan pilihan Sk pada hari terakhir di Penang, Italian Breakfast. 
Untuk ibu, Sk ambilkan nasi lemak dan kari kambing, hajat hati nak makan roti canai (lagik) dengan kari kambing tapi memang dah tak larat nak makan. Hati ni dah ingat nak balik aje. Betullah kata orang, jika kita berjalan ke satu-satu tempat tu, cukup jer tiga hari kita akan jemu dan ingat balik ke tempat asal kita.. huhu.


Tetapi.. tak boleh balik lagi sebenarnya sebab kami perlu menghadiri satu jemputan perkahwinan di Melaka. Disebabkan beberapa hotel yang kami hubungi di Melaka telah penuh, dan jemputan pun hanya bermula pada pukul 2 petang pada hari berikutnya, kami telah mengambil keputusan untuk tidur semalam di Seremban. Sampai di Seremban, hari pun petang. Jadi malam tu setelah menggoogle tempat makan menarik, ER memilih untuk makan di Restoran Hainam milik Cina Muslim di Seremban 2.

Di sebabkan kali terakhir kami makan adalah pada waktu sarapan, maka ER telah menjadi giler lapar.. hahaha. Bayangkan dia boleh minta nasi goreng dan Yee Mee Kantonis. Lepas tu dipaksanya Sk tolong habiskan mee dia.. memang tak laratlah. Disebabkan lapar yang amat, maka datanglah tamak, siap order sate lagi, hahaha. Mujur semua habis kecuali Yee Mee.. sabar ajelah.


Kantonis Kuey Teow yang sangat sedap walaupun kuahnya pekat likat tapi sangat berasa.
Ini pilihan Iman dan Azwa.
Sk, ibu dan ER makan nasi goreng.. sedap sangat nasi gorengnya patutlah pelanggan tak putus-putus.



Esoknya kami menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu Sk, Nadia dan suaminya Syafiq di Hotel Seri Malaysia Ayer Koeroh, Melaka.
Wowwww.. majlis perkahwinan paling meriah Sk hadiri tahun ini rasanya.
Terima kasih Abang Abid dan Kak Julaiha yang sudi mengundang kami sekeluarga.



Dah kenapa, tak kenyang ke makan kenduri.. hahahaha.
Cukupkan syarat katanya... kami ke Sup Fullamak di Klebang.
\

Alhamdulillah, diberi peluang lagi oleh Allah SWT untuk menikmati makanan yang sedap, syukurrrr...


Salam Sayang dari Sk, jumpa lagi di lain ketika.
Wassalam.

1 comment:

  1. Bila lama di tempat orang, tentu teringat kampung halaman sendiri.

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

KEK OH KEK!

Assalamualaikum... DAH sarapan ke tu? Sk ni dah dua hari berturut-turut sarapan dengan kek yang superrr duperrrr jelita. Meh tayang sikit...