Assalamualaikum WBT
DAH tiga kali Sk pasangkan semula rail penyangkut hanger dalam almari Iman, tiga kali jugak rebah. Tahulah dia asyik membeli baju aje, sampai tak tertampung berat baju agaknya dah rail tu. Tapi, almari tu pun bukanlah baru lagi, dah 20 tahun kot usianya. Seingat Sk, almari tu Sk beli masa Iman 5 tahun, beli satu set dengan katil saiz super single, meja belajar dan side table berlaci. Katil, meja belajar dan side table tu pun dah dilupuskan. Tinggal almari ni jer yang masih bertahan. Tapi, bila rail dia asyik jatuh, susah jugak. Dah berapa kali jolok PI minta sponsor almari baru, akhirnya selepas puas berzikir, semalam, Allah SWT makbulkan, Alhamdulillah.
Tapi, kena tempahlah, bukan terus beli dan dapat. Yuna, jurujual kedai perabot yang kami pergi semalam beritahu, akan dihantar dalam masa seminggu. Tengoklah, tak hari Jumaat, hari Sabtu, katanya. Jadi, hari ni, Iman dah buat kerja-kerja pemunggahan. Dah tak banyak sangat la barang nak dipunggah tu, sebab sejak dia balik ke rumah, dah dua tiga kali jugak buat declutter. Dahlah dia ni macam ada hoarder jugak tau, suka simpan barang. Mesti turun dari perangai bapak dia ni, hahahaha.
PI pulak macam biasa la, pagi Ahad ke pasar tani. Balik, dia bawa ikan siakap seekor, RM11. PI beli jugak serai, daun ketumbar, limau nipis, cili padi merah dan cili padi hijau. Selain tu ada bawang Holland 2 biji. Motif beli bawang Holland???
Jadinya, menu makan tengahari kami hari ni, Ikan Siakap Stim Limau. Tu pun bukan makan tengahari, pukul 4 lebih baru makan, sebab tolong Iman kemas bilik. Angkat keluar tilam, divan dan kain baju. Lepas tu vacuum bilik dan sapu sawang-sawang yang tinggi di atas. Siap semua, baru masak. PI buat sos ikan stim dan Sk tukang stim ikan dan masak sayur. Masa stim, tuang terus sos yang PI dah siapkan.
Sementara stim ikan, Sk goreng sayur baby kailan ni. Mula-mula tumis/ goreng dulu bawang putih cincang hingga garing, keluarkan dulu bawang putih tu letak dalam piring dan terus goreng baby kailan, letak sos tiram dan sedikit minyak bijan. Angkat, masukkan dalam mangkuk hidang, taburkan bawang putih yang digoreng dahulu tadi. Sedap tau, nanti makan bunyi krup krap krup krap, heheheh.
Penting dan wajib, ada cili potong. Guna cili hijau dan campur sikit cili padi merah. Cili padi merah tu bagi impak yang lebih pedas berbanding cili padi hijau, barulah boleh menaikkan selera. Tak meriahlah makan kalau tak pedas. Iman datang dapur, cakap, laparnyaaa.. dah habis tenaga mengemas, dia kata. Agaknya sebab dah lapar sangat, sampai bertambah nasi. Gigi yang pasang braces tu dah tak sakit sangat. Dah boleh lenjan nak makan ayam, sotong dan udang, hihi.
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih