Assalamualaikum WBT
APABILA Kak Maznah memberitahu, Majlis Kesyukuran Perkahwinan Sulhi dan Nadia akan diadakan di Raia Hotel Kuala Terengganu, Sk dan PI tidak berfikir panjang untuk mencari tempat penginapan sepanjang di sana. Kami terus membuat keputusan untuk menginap di hotel yang sama. Boleh jer kalau nak duduk rumah pengantin, tapi kita demand la nak duduk hotel, heheheh. Sk juga plan untuk bertolak pagi, tak nak bertolak malam atau petang lepas kerja.
Kendurinya hari Sabtu tapi pagi Khamis kami dah bertolak sebab rancangannya hendak JJCM dan tidur satu malam di Kuantan. Singgah RNR Machap sebab nak sarapan di Gerai Sinar Selancar.
SK macam biasa jika ke sini, suka sangat dengan Mi Bandung dia. PI pulak suka Mihun Soto.
Iman makan Lontong. Lontong for life, katanya. Dalam meneruskan perjalanan ke Kuantan tu, PI sajalah set pada waze, ETA jika ke Kuala Terengganu. Teka pukul berapa, pukul 2.30 pm, gais!!! SK cakap, macam tu baiklah kita terus ke Ganu, tak payah tidur Kuantan. Lagipun, memang belum lagi buat tempahan hotel di Kuantan.
Soalnya sekarang, nak duduk mana kalau sampai awal tu? Nak duduk rumah Na'E ke? Masa tu pulak, ada event RXZ Member di KT, mesti kebanyakan tempat penginapan dah full book. Sk buat carian homestay, roomstay, yang Sk hubungi semua penuh dah. Lepas tu, tingggg!!!
Sk hubungi Raia Hotel dan tanya jika kami boleh check in sehari awal, ada kekosongan tak? Alhamdulillah, ada kosong, mungkin sebab weekday, Khamis, kan.
Seronok betul ya memandu di Lebuhraya Pantai Timur ni, lengang betul. Tahu-tahu, kami dah sampai di RNR Ajil dan PI ajak luncheon di sini. Ada satu jer kedai nasi campur, kami pun pilih lauk.
Sejak Sk kecil sampai remaja, seingat Sk tak pernah la ibu sediakan ulam-ulaman masa makan. Biasa ibu masak sayur biasa-biasa ajelah. Sk masih ingat, masa dah umur 19 tahun la, zaman study kat kolej, Sk nak makan tengahari, lepas tu nampak ada pakcik tu pinggan dia penuh dengan ulam macam ni. SK cakap dengan kawan, pakcik tu makan rumput ke? Ishhh, jahat betul mulut. Hah, sekarang dah kena sumpah, Sk dah jadi hantu ulam. Kalau budak-budak nampak, mesti dia mengata Sk pulak makan rumput, hahaha. Ikan masak lemak tu, tak tahulah ikan apa, lebar betul, mesti besar sedepa ikannya tu sebelum dipotong-potong.
Ni lauk Iman, keli berlado dengan air asam budu. Iman memang tak berapa pandai makan ikan lain selain keli, siakap, pari dan mayong. Ikan kembung ke, selar ke, bolehlah dia makan sikit.
PI ambil ayam goreng, sayur kubis dan timun serta kuah kari. Tak ingat total berapa tapi memang murah la bagi kami orang Johor ni. Tahulah, makan kat Johor mahal ya, lagi la kalau ambil ikan besar macam tu.
Dari rumah, kami masuk lebuhraya Senai (U), keluar Plaza Tol Yong Peng Selatan, menghala ke Labis, masuk ke jalan Felda Redong, melalui Felda Selancar, singgah sekejap RNR Keratong dan terus menghala ke Kuantan/ Gambang dan masuk ke LPT, sampai hujung LPT, akhirnya keluar Plaza Tol Kuala Terengganu. Alhamdulillah, sangat lancar perjalanan hari itu dan dipermudahkan.
Di tengah-tengah lobi Raia Hotel Kuala Terengganu, kelihatan sekeping kayu berukir.
Ianya seakan-akan perahu. Kemudian, bila Sk jalan-jalan di Kuala Terengganu, memang banyak jumpa replika seperti ini digunakan sebagai mercu tanda anda berada di negeri Terengganu.
Ianya adalah replika Bangau Perahu.
Bangau perahu ialah struktur kayu berukir halus yang dipasang di bahagian hadapan perahu tradisional Melayu, khususnya perahu nelayan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia berfungsi sebagai tempat menyandar atau menyangga tiang layar dan galah, selain menjadi lambang semangat serta hiasan seni ukiran kayu yang bernilai tinggi.
Urusan daftar masuk juga mudah dan tidak lambat. Tidak jugak terlalu cepat la maksudnya.
Dapat bilik aras 4, no bilik 412. Paling tinggi tingkat 5. Setiap kali check in hotel, lupa jer nak follow tips dari Blogger Pizzah agar request aras paling tinggi dan bilik dengan pemandangan terbaik. Tu takpa, bilik kami palinggggg la hujung, dekat dengan tangga, jauh dari lif. Ada sekali tu, Sk nak ke carpark, Sk ajak Iman ikut tangga. Iman kata, tingkat 4 tu. Turun tak apa, jangan naik, hehehe.
Dapat pemandangan kolam renang kira baik laaa, kan. Cuaca di KT masa ni tak panas sangat la, macam mendung nak hujan nampaknya tu.
Bilik luas dengan katil bersaiz raja. Bolehlah feeling-feeling jadi permaisuri.
Runner katil dengan sulaman logo hotel. Hotel Raia ni ada banyak cawangan jugak di Malaysia, kan. Ni pertama kali rasanya Sk menginap di cawangan hotel Raia yang mempunyai ciri Islamik. Sk tak pasti ciri Islamik tu hanya untuk cawangan Kuala Terengganu atau semua cawangan Raia Hotel.
TV pun besar. Ada ruang kerja disediakan jugak. Ruang solat pun luas, tak perlu nak menyelit tepi katil dan tak mengganggu laluan. Tiada balkoni ya biliknya, cuma boleh mengintai dari tirai kamar, hehehe.
Set kopi dan teh juga berjenama terkenal. Peti sejuk pun cepat menyejuk, Sk tak pasti adakah ia sentiasa hidup. Kebanyakan hotel bekalan elektrik akan terputus bila kad access dikeluarkan dari slot. Agaknya, sebab mereka beri dua kad access dan kad sentiasa dalam slot, sebab tu esboxnya sejuk sokmo.
Ambil dua bilik bersambung la, nanti kalau tak, pagi-pagi berebut jamban. Perut ni pulak, time orang ada dalam toilet, time tu la dia nak memulas, hahahaha.
Bilik airnya sopan, ciri-ciri Islamik, mereka pisahkan ruang mandi dan ruang tandas serta sinki dengan pintu. Juga disediakan pili untuk mudah kita ambil air sembahyang. Bila ada pili macam tu, taklah merecik-recik bila kita nak basuh kaki dan taklah berlaga lengan dengan sinki. Cuma tu la, tekanan air mandian hujan sangatlah perlahan ya. Tekanan air pili, sinki dan tandas, bagussss.
Bilik lengkap dengan seterika, iron board, peti keselamatan dan sejadah juga disediakan. Bilik kemas dan bersih.
Sabun mandi cecair dan shampoo disediakan dalam botol besar.
Begitu juga sabun tangan cecair turut disediakan dalam botol besar.
Ramalan benar belaka, petang tu bumi KT basah ditimpa hujan. Agenda JJCM diteruskan jugaklah, PI ajak minum Air Buah Gelas Besar. Hasil carian di TT, kami ke kedai Air Buah Pak San. SK dan Iman awal-awal dah warning, jangan ngada-ngada nak pergi kedai Air Buah Viral tu. Karang, Sk dan Iman jugak yang malu. PI kata, takkk.. takkk.. ni kedai biasa aje la.
Menu dan harga air buah, dari sekecik gelas sampai saiz akuarium pun ada ya. Ni bukanlah kunjungan pertama kami ke kedai Air Buah Gelas Besar di KT ni cuma yang sebelum ni tak ingat dah kat mana.
Di sini dipamerkan gelas-gelas pelbagai bentuk untuk dipilih pelanggan. Kami pilih gelas yang biasa aje la, tak nak fancy-fancy, cuma saiz aje lain-lain.
SK ambil gelas saiz S, PI dan Iman ambil M. Sejengkal jugaklah saiz M tu. Hujan-hujan minum air buah, heheheh. Sk minum air mangga, Iman pilih nenas dan PI pilih air buah naga atau dragon fruit.
Tengok ada Laksa Terengganu, Sk pesan semangkuk. Pertama kali ni nak makan, baru tahu ia dihidangkan bersama belacan seketul. Walaupun macam pelik, Sk fikir boleh ke Sk makan belacan seketul tu? Hurmm, takkanlah makan seketul kan, kita lenyeklah bagi lumat, gaul dengan sambal dan kuah laksa tu sekali. Sedap jugak rasa Laksa Terengganu ni, macam Laksam rasa dia. Tapi, tekstur laksa (mi) dia tu macam baru keluar peti sejuk.
Iman pesan Sotong Goreng Tepung sepinggan yang harga RM8. Sedap la, krup krap krup krap bukan nye nye nye macam jemput-jemput kat kedai tomyam, huhu.
PI pesan Roti Bakar, orang Ganu sebut Roti Bako. Tebal roti dia macam roti benggali, Sk tak pasti mereka bakar guna arang ke macam mana, elok betul garing dan gebu. Kaya dan butter yang dilepa pun sedap, eh, memang sedap betul la roti bako dekat Kedai Air Buah Pak San ni.
Alhamdulillah, makan di Kedai Pak San ditaja oleh Iman. Sekian lama menunggu, masa nak pergi Ganu ni elaun intern di MBIP dah masuk. Ni Iman ajak pergi window shopping di KTCC Mall, lalu jambatan angkat la kita.
Bukti hadir di KTCC Mall. Tapi nak tahu tak, beberapa lama kemudian, tengah jalan-jalan, perut Sk memulas-mulas. SK agak mesti ada salah makan. Dua kali pulak tu, entah apalah yang salah, dahlah tandas dia jauhhhhh, adehhhhh!!!
Bersambung ðŸ¤



































Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih