MAKAN DI RESTORAN GRAND BAYVIEW @ SEAFOOD MARKET

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


MENDUNG aje cuaca pagi ni masa dalam perjalanan ke office. Dua hari lepas, hujan turun di Tanah Jauhar. Semalam, cuaca panas terik tapi PI cakap, dia jumpa hujan masa perjalanan balik, tu pun sekejap aje, macam bersin, kata PI. Hahahaha.. tergelak pulak bila PI cakap hujan macam bersin tu. Ni nampaknya matahari dah nak keluar. Bertabahlah kalau cuaca panas macam semalam, nasib baiklah kerja dalam office jer. Tak boleh bayangkan peritnya bekerja dalam panas terik tak berbumbung.



Cakap pasal kerja, syukur Alhamdulillah, apabila Iman diterima kerja di sebuah syarikat Manufacturing Industry yang terletak di Kempas. Kalau ikutkan bidang dia HR tu, orang kata banyak peluang pekerjaan tapi kena ingat jugak, graduan dalam HR pun beribu-ribu. Punyalah teruja PI bila Iman dah dapat kerja, dia ajak makan Seafood di Seafood Market atau kami panggil restoran ni, Lobster Besar bagi meraikan Iman dah dapat kerja, hehe. Sebulan lebih jugak Iman menunggu panggilan kerja walaupun pergi interview di banyak tempat.

Duduk jer di meja, Sk terus buka dashboard blog cari old post masa makan di sini.



Sk korek-korek, jumpa post kami makan di sini akhir tahun 2014. Masa ni, Iman tingkatan 1. Di hadapan restoran, ada replika lobster bersaiz gergasi. Restoran ni antara tempat makan favourite Iman tapi dah lama tak ke sini lepas jumpa tempat lain yang lebih murah.



Setiap kali lalu Danga Bay, mesti nampak replika lobster ni, berdiri megah di hadapan restoran. Ni kalau lobster betul, satu Johor pindah Singapore, hahahahaha. Nampaknya, mereka dah tambah replika haiwan laut lain seperti sotong dan ketam. Ikan nemo pun ada. Meh kita throwback gambar Pak Inche dan Mak Inche-nya pulak.



Zaman rambut potongan apa ni ek. Boleh baca old post makan di Lobster Besar ni, di bawah




Astaghfirullah.... PI pakai baju yang sama ko! Hahahahaha. Mengekek-ngekek Sk dan Iman gelakkan PI. Punyalah bertahan lama baju tu, masih elok walau dah lebih 12 tahun ya. Jahitan semua masih elok lagi dan selesa. Agaknya berat badan PI pun tak naik sangat la kot dalam tempoh 12 tahun ni.



Nama di buku menu, Grand Bayview pulak. SK serahkan pada PI dan Iman untuk pilih menu. Nanti kalau dengan Sk pun nak memilih, kena sambung meja pulak, hahah.
 


Pesan semangkuk Braised Shark's Fin Soup with Crab Meat, saiz individu untuk PI. SK jamah sesudu guna sudu sup cina yang mungkum tu, Iman jamah setengah sudu besi.



Baby Kailan tak ada, yang ada Hong Kong Kailan. PI tak gemar, dia minta Kangkung Sambal ni tapi dia makan sikit jer. SK la makan sorang, tak habis dan bungkus bawa balik. Sk panaskan makan dengan baki bubur nasi yang Sk masak masa Iman baru pasang braces. Begitulah mak kau nak, sentiasa sayang dengan makanan-makanan tak habis, hehehe. Teringat dulu ada seseorang cakap dengan Sk, asyik sayang makanan sebab tu la gemuk. Nahhh.. sekarang dia lagi gemuk, adan uke, cakap orang sendiri kena.



SK baru nak request Sotong Telur Masin tapi PI dah sebut Sotong Sambal. Boleh jer nak tambah, tapi nanti tak habis. Sotong Sambal ni pun tak habis, apa lagi, bungkus jugak. Sk panaskan sekali dengan bubur dan kangkung. 



Udang Harimau Goreng Butter

Udang segar dan sedap sangat la.. susah sebenarnya nak jumpa tukang masak pandai buat Udang Butter berjurai-jurai macam ni, kecuali di Seafood Restaurant. Sk nak buat pun tak pernah jadi ni, hahaha. Satu pinggan ni tak silap ada 7 ekor, ni pun bungkus 3 ekor tak habis.



Terkejut Sk bila waiter hantar Crispy Roasted Chicken, ni, sebab ingatkan salah meja. Biasa mereka ni pesan Chicken Lemon. Rupanya memang betul, PI yang pesan Ayam Panggang ni.



Ia datang bersama pencicah ni, sekali imbas macam serbuk asam boi. Macam pelik jer Ayam Panggang cicah serbuk asam, kan. Sk cuba cicah, lahhh.. masin, bukan asam boi. PI minta sambal untuk cicah, barulah kena. Tapi, makan ayam tu begitu saja pun dah sedap sangat. Kulit ayam dia rangup, daging ayam empuk dan berasa perapannya.



Chicken Lemon is wajib walaupun makan di Restoran Makanan Laut. Yang ni ayam dicelup tepung dan digoreng rangup seketul besar, kemudian baru dipotong dan diletakkan di atas sos lemon bagi mengekalkan kerangupan ayam.



Ikan mestilah ada. Kami pilih Siakap Nyonya Style. Banyak pilihan ikan di sini selain siakap. Kerapu ada, malah ikan patin dan talapia pun ada. Masakan stail Nyonya ni guna cili merah segar dan rasanya seakan-akan asam pedas. Mereka juga campurkan pelbagai sayuran seperti terung, bendi dan tomato. SK jer la yang makan sayur-sayur tu, mereka berdua makan ikannya jer, ngelat betul, hahaha.


Yang tak habis, Roasted Chicken sikit, sotong sikit, sayur kangkung banyak. Walaupun sikit, tetaplah minta bungkuskan. Ikan licin tinggal kepala, ikannya pun tak lah besar sangat. Rasa, dulu-dulu, ikan dia bagi lagi besar. Faktor ekonomi la agaknya ek, semua benda mahal sekarang dari segala bahan makanan mentah sampai la harga sabun dan barangan rumah. Ni semua dipengaruhi harga minyak petrol dan diesel, tapi kalau harga minyak turun, harga barang tak turun pun! Marah ni!

Total semua ni dalam RM250+. Sk tak tengok resitnya, pada PI.



Sebelum balik, jom tengok ikan-ikan dulu, nak? Yang atas tu sebelah kiri ikan patin, kanan ikan tilapia. Ni goreng pun sodap!



Ikan Kerai, RM16/100 gram dan Ikan Patin Buah, RM12/100 gram. Boleh ke tak minta masak gulai tempoyak???



US Oyster, seekor RM23. Boleh pilih nak makan mentah atau dimasak.



Sea Mantis, RM42.80/ 100 gram

Sea Mantis ni species udang, tak tahu kenapa ada yang dalam botol.



Geoduck, RM42.80/ 100 gram

Masa datang 12 tahun lepas, baru RM23/100 gram, hehe. Sk tak pernah makan geoduck, ia sejenis siput ya, bukan itik, heheheh. Geoduck dikatakan antara haiwan yang paling panjang usia di bumi, dengan rekod jangka hayat mencecah 168 tahun. Ia menjadi hidangan lazat yang sangat bernilai tinggi dan mahal, terutamanya dalam pasaran makanan laut di Asia dan restoran mewah. Bahagian lehernya yang berwarna putih mempunyai tekstur yang rangup, kenyal, tetapi lembut, dan sering dimakan secara mentah sebagai sashimi atau dicelup dalam sup panas dan ianya halal ya.

Menurut mazhab Syafi'i yang menjadi pegangan di Malaysia, semua hidupan yang hanya hidup di dalam air (laut atau tawar) adalah halal dimakan tanpa perlu disembelih.



Kerang besar penumbuk. Sk pernah makan kerang gergasi ni, liat.



Kepah besar-besar jugak, sedap ni masak salted egg makan dengan mantao, heheheh.



Memang besar-besarlah lobster kat Seafood Market ni, itulah tu dia letak replika lobster besar depan tu. Yang saiz macam baby manusia pun ada ya. Tak tahulah lobster tu besar sangat sebab keturunan ke atau sebab dah hidup terlalu lama, hahahaha.


Alaska King Crab, RM63.80/ 100 gram. Seumur hidup dah 51 tahun ni, belum pernah lagi Sk makan Ketam Alaska dan belum ada keinginan nak makan. Pernah baca, orang kata kulit ketam ni lembut, tak tahu betul ke tak. Tapi, kalau rasanya sama macam ketam biasa, tak apalah, kita beli ketam dekat Pendas aje laaa, hahaha.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. megah bergaya lobsters tu. besar replikanya

    wah 12 tahun. berkualiti maksudnya baju tu kan?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!