MAKAN DI UDANG HERITAGE & BERITA KEMATIAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT  


PERKHABARAN duka diterima Jumaat lepas, seorang pelajar kami, Haslizatul Shazwani, yang sedang menjalani internship telah terlibat dalam kemalangan ketika pulang dari kerja pada malam hari Khamis dan dalam keadaan kritikal. Setelah hampir 4 hari bertarung nyawa, jam 3 pagi tadi, Haslizatul menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ya Allah, sedih sangat sebab Sk secara tidak langsung mengenali Haslizatul yang merupakan penghuni asrama semasa menjalani pengajian di kolej.‎


‎إنالله وإنآاليه راجعون


‎اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ


" Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmat Mu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia " ..


‎أمين يا رب العالمين



Kembali kepada tajuk, kali ini Sk nak bawa pembaca ke Kafe Udang Heritage yang terletak di Larkin. Boleh waze, Udang Heritage. Masuk aje kawasan apartment tu, Udang Heritage berada di bangunan sebelah kanan.



Di halaman kafe, diletakkan menu, senanglah boleh meninjau-ninjau dahulu sebelum masuk. Bak kata pepatah, 'tepuk dada tanya selera.'



Kami diberikan menu dan menariknya, staf (pemilik Kafe) menerangkan keistimewaan setiap menu tersebut. Menunya tak banyak la tapi, kalau berpuluh menu, jenuhhhh la kan. Pesanan makanan dan minuman pulak dibuat dengan mengimbas kod QR yang menghubungkan dengan aplikasi Kafe Udang Heritage.



Suka sangat la Iman bila nampak ada menu Nasi Ayam. Terdapat pilihan Nasi Ayam Kukus dan Nasi Ayam Panggang. Iman pilih Nasi Ayam Panggang la, favourite dia.



Prawn Noodle ni kegemaran PI. Ni pun PI la yang nak makan kat sini, Sk syak sebab dia tengok promo kafe ni di TT ada menyatakan menu Mee Udang.



Satu lagi makanan favorite PI, Wonton Mee. PI memang suka mi berkuah.



Semua menu dia atas. kegemaran Sk jugak. Sk, apalah makanan yang dia tak gemar ek, semua gemar belaka, hahahah. Sk sebenarnya suka kelainan Dan tak minat nak ambil menu yang sama dengan orang lain. Bukan apa, nanti bosanlah pembaca gambar sama aje makanannya kan. Demi pembaca, Sk pilih Nyonya Curry Laksa.



Kalau bawa manusia yang bukan pempedas dan tak boleh makan pedas langsung, boleh pesan Heritage Clear Soup ni.



Ada side dish jugak seperti Prawn Cake, Fish Wu Xiang, Fried Wonton, Prawn Spring Rolls dan Wonton Soup.



Minumannya ada minuman herba ya, bagus untuk sejukkan badan tapi dua orang tu tekak tak boleh terima. Selalu Sk yang minum Ais Kosong kali ni mereka terpaksa pilih, hahahaha.. adan uke.



Heritage Prawn Mee untuk PI. Boleh pilih jenis mi iaitu mi kuning, mihun atau kuey teow. PI pilih mihun + mi kuning. Memang biasanya Prawn Mee ni akan dicampurkan dua jenis mi tersebut. Nampak puas hati betul PI makan Mi Udang ni, tentulah betul-betul sedap kalau sampai menghirup kuah mi sehingga ke titisan terakhir.



Sk pilih Nyonya Curry Laksa. Bagi Sk, rasa kuahnya lebih kepada Kari Melayu bukan Kari Nyonya. Udang yang digunakan pulak dari udang yang jenis kulit keras tu. Walau bagaimanapun, rasa mi kari ini tidaklah mengecewakan.



Nasi Ayam Panggang untuk Iman. Ia datang bersama sup dengan fish ball, sambal cili dan halia tumbuk. Iman kata, dia kurang suka dengan nasi ayam ni berbanding nasi ayam lain yang dia pernah makan. 


Ada rasa herba-herba sikit tu la kot Iman kurang suka. Tapi, tetaplah habiskan ya, tak baik membazir.



Kenalah ada side dish dan kami pilih Wonton Goreng. Tahulah Johor tapi makan wonton goreng dengan sambal kicap, sedikit pelik bagi kami walaupun sambal kicapnya sedap. Kalau dicicah dengan sambal cili nasi ayam tu pun padan dah. 


Burppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!