SPAGHETTI BOLOGNESE DAN CHICKEN CHOP TERSEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum...

PHEWWWW.. hebat! Tepuk tangan untuk diri sendiri.
Keazaman apakah ini hari-hari mampu memasak rupanya.
Kalau tak, dalam seminggu tu mesti dua tiga kali ngelat masak
Kali ni jalan terussssssss.. caiyuk!
Semalam, tekak ni rasa nak makan masakan barat..
Sejak kelmarin, Sk dah berkira-kira tak mahu makan nasi
Ialah.. tengahari dah makan nasi, malam makan nasi
Makan pulak tak boleh sikit.. huwa huwa huwa
Lain pulak ceritanya dengan Pak Inche
ER ni jenis yang makan sarapan lambat
Pukul 10 baru pergi sarapan
Lepas tu.. dia tak akan makan apa-apa lagi.. sampaiiiiilah malam
Tu yang malam kena jugak masak nasi dan lauk
Kalau kami makan di luar terpaksa cari kedai yang ada nasi
Apalagi.. warung tomyam jer lah
Kalau kami ada ke warung western tu
maknanya siang ER dah makan nasi.. mungkin nasi lemak masa sarapan.. hahaha.

Terpancar keriangan di wajah Iman semalam
Bila tahu emaknya nak masak spaghetti bolognese
dan bapaknya nak masak chicken chop
Tekak kanak-kanak.. kadang jemu kan hari-hari makan benda yang sama
hahahaha.. kanak-kanaklah sangat.. huhu
tak macam kita dulu
tak reti komplen
apa yang terhidang di meja kita makan
Iman ni taklah cerewet pasal makan
tapi, kadang-kadang muncung jugaklah
bila hari-hari disajikan lauk sambal.. 
untunglah ada sambal nak...
lagi sedih kalau makan sardin tambah garam
aaaa... sardin pun dah mahal sekarang kan kan kan.


Spaghetti Bolognese 
dikawankan dengan Chicken Chop
dan Salad Berkrim

Bersungguh-sungguh Iman membantu di dapur
Tolong tumiskan bawang putih
Kacaukan daging cincang
Kacaukan kuah
Potong dadu tomato
Rebus spaghetti.. 
(Sk rebus.. dia tunggu dan jaga spaghetti)
kemudian Iman toskan dan gaul dengan mentega
Lepas tu mengaku dengan babah, dia yang masak spaghetti tu

"Aaa.. kalau tak kopek bawang dari mula, tak cincang bawang, 
mana boleh claim awak masak," kata Sk.
Tersengih Iman.

Selesai kami di dapur
ER ambil alih tugas
Memanggang ayam
Sebab dialah yang bersungguh-sungguh
nak makan chicken chop dengan spaghetti


Seperti biasa Sk memasak menggunakan Sos Prego
Sambil memasak, Iman bercerita...
pot pet pot pet pot pet
(off record)

Amat mudah memasak menggunakan sos bolognese tradisi prego
Tumis bawang putih cincang menggunakan sedikit minyak masak dan minyak zaitun
masukkan daging cincang (Sk guna Ramli)
masukkan bawang besar dipotong dadu
kacau sehingga bawang layu dan daging agak masak
tuangkan 1 tin sos bolognese 
dan setengah tin kecil tomato puri
masukkan 1 sudu kecil garam dan sedikit serbuk lada hitam
hiriskan sosej daging lembu jika suka dan masukkan sekali dalam sos
kalau nak lebih banyak rencah, masukkan juga tomato didadu
masak dengan api perlahan sampai mendidih-didih
dan kuah agak pekat.. tutup api.. ketepikan.

Dalam periuk yang tinggi 
didihkan air separuh periuk
masukkan garam dan minyak zaitun.. 
dan spaghetti.. masukkan perlahan-lahan sehingga tenggelam semuanya
set masa merebus seperti yang tertera pada label bungkusan
spaghetti biasanya ambil masa 13 minit.
Apabila cukup masa, tutup api dan toskan spaghetti
gaul dengan sedikit mentega
Hidangkan bersama sos bolognese
dan taburkan sedikit daun parsley cincang.


Chicken Chop pun tak susah nak membuatnya
Perap ayam dengan apa-apa sos barbeque
kalau tak ada, taburkan saja serbuk lada hitam dan garam
ER guna sos worcestershire dan sos barbeque.. kemudian diperap sebentar
Panggang ayam sehingga masak
Sos lada hitamnya guna sos lada hitam life
tumis sedikit mentega
masukkan sos lada hitam 
tambah sedikit air, garam dan gula.. imbangkan rasanya
siapppp!




Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. hihihi
    Sama pulak entri spaghetti ni SK
    Tapi CH buat spaghetti sardin..

    Spaghetti SK lagi mengancam siap ada chicken chop lagi..
    2 tumb up.. :)

    ReplyDelete
  2. Betul guna prego senang dan cepat
    Kakak sekarang kalau spaghetti serah kat anak dara aje dah SK
    Mama dah tua hihi...
    Tak lama Iman pun macam itu juga kita boleh goyang kaki:)

    ReplyDelete
  3. BW. nk oder 2 set..posto posto ke melaka with love yeeehihii

    ReplyDelete
  4. Salam

    Best buat sauce sendiri. Tumis bawang dgn bawang besar merah atau putih. Tak pe kalau dari mana ..janji bawang besar potong racik.
    2 biji besar.
    Finely chop celery 4 atau 5 pelepah.
    Carrot 4-5 batang.

    Tin tomato 2. Daging 800gm -1kg.
    Tumis bawang besar dulu sampai layu.. masukkan daging... gaul sampai semua tukar colour.
    Masukkan garlic..gaul..
    Seminit dua .. masukkan celery dan carrots.. gaulkan ... kendian masukka tomato can..
    Masuk 2 ok.. kalau nak sedap letak sikit tomato puree.balam 2 atau 3 sudu makan.

    Dan letak tomato sos sikit...

    Letak lah apa herba yg suka..

    Didih garam pepper..sexukup rasa..
    That is the best home made home sauce.....

    ReplyDelete
  5. sedapnya.. first time singgah sini.. :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!