MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, February 20, 2017

MASAK ALA-ALA

Assalamualaikum...

ISNIN, minggu ke 8 tahun 2017.
Cepat sungguh masa berlalu, kan. Diam tak diam dah nak masuk bulan Mac.
Cuti dua hari, hari kelepasan am yang lepas, Sk tak ke mana langsung. Setakat ke kedai membeli beras yang dah kehabisan stok. Kalau dilayankan ER, memang dia nak ke Giant, tapi Sk cakap, kita ni nak beli beras aje. Kalau dah ke Giant tu nanti nampak itu, nampak ini, sudahnya empat lima ratus terbang, tak gitu???

Disebabkan tak ke mana-mana, maka rajinlah pulak nak memasak. Ialah, kalau tak rajin, nak makan apalah pulak, kan. ER pulak siap ke Pasar Tani Khamis lepas membeli udang galah dan daging serta tetel. Haaa.. jom kita masak ala-ala.

Masak Lomak Ala Nogori

Image may contain: 1 person, food

Tayangan secara langsung dari dalam kuali sebaik sahaja api dapur dimatikan, hehehe.
Ni masak ala-ala nogori lah kan.
Udang Galah memang ngamlah kalau masak lomak.
Sk guna cili padi hijau yang biasa tu dan campur lima tangkai cili padi siam.
Jadi taklah bibir rasa tebal macam Angelina Jolie, hehehe.

Asam Pedas Ala Melaka
Image may contain: food

Terkenang-kenang makan Asam Pedas Tetel di Hajah Mona, kan
Jadi kita masak sejibik stail Kedai Hajah Mona.
Asam Pedas Tetel, Taugeh Goreng dan Telur Masin.
Mana lebih sedap??? Eh, tentulah yang Sk masak.. hahahah.

Sambal Udang Galah Ala Leban Condong

Image may contain: food

Hilang kepingin nak makan Udang Galah Leban Condong.
Apa ketidaknya, kali terakhir kami singgah masa bercuti ke Pahang akhir tahun lepas,
harga sekilo udang galah mencecah RM100 dan katanya cuma ada 4 ekor udang, 
Giler!! 




11 comments:

  1. hish memang tak boleh masuk blog kak seri ni..geram tengok makanan sedap-sedap

    ReplyDelete
  2. asam pedas melaka in the house..sodapnya..kita pun baru 1st time ni masuk blog akak..

    ReplyDelete
  3. Dah dapat semua yg diimpikan ok juga
    Mahal jiddan udang baik beli dan masak sendiri.

    ReplyDelete
  4. Kak..mulalah saya nak projekkan udang galah dlm peti ais tu pula...menggoda betul. Udang galah ni...rasanya memang lain sedapanya dari udang biasa tu kan? Oh...hari ni entry saya pun udang juga...tapi udang pasar yang biasa jer...hehehe

    Tapi tetel tu sangat mengancam la kak oiiii...... Saya percaya 200% lebih sedap dari hajah mona.. Untunglah orang kat rumah tu....

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum seri...wowwww sedap giler ni...feveret mama ni seriiii...:)

    ReplyDelete
  6. Menggoda sungguh masakan SK ni tau..
    Kalau dekat akak dah tadah mangkuk ni hihih

    ReplyDelete
  7. kat pasar malam sini ok sikit harganya kak.. rm40 sekilo.. boleh la buat lepas2 orang mengidam. saya paling suka asam pedas tetel tu kak.. terliur nengoknya.. kalau buat kari cicah pulak dengan roti jala.. pehhhh...

    ReplyDelete
  8. Nyummm..semuanya sedap2..menyelerakan…

    ReplyDelete
  9. Teringin pulak nak beli tetel masak asam pedas. Sedap kan...

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

SAMBAL TEMPOYAK

Assalamualaikum... Nahhhh.. Sambal Tempoyak. Lepas ni tak perlu susah2 lagi nak menumbuk sambal. Sukacita dimaklumkan, tempah...