REVIEW FILEM ROCK 4 - Alam Sari Di Tanah Jauhar

REVIEW FILEM ROCK 4

Assalamualaikum...

'ROCKERS NEVER DAI' katanya..
Sebagai peminat filem-filem Mamat Khalid dan kipas susah mati sekuel Filem Rock, Sk dan Pak Inche memilih tayangan tengah malam sebaik Filem Rock 4 membuka tirai tayangannya Khamis lepas. Mak aiii, mahalnya tiket kali ni sebab Sk biasa memilih menonton di sebelah pagi walaupun terpaksa menunggu hari cuti, tapi Pak Inche nak jugak tengok pada hari Khamis tu. Takpe, yang penting kali ni Pak Inche yang belanja sebabnya dia yang nak sangat tengok, hahaha.

Sempoi jer pakaian Pak Inche malam tu, hahaha. Masa nak masuk panggung, Sk tahan gelak bila tersaing masuk dengan otai-otai rock, yang rambut panjangnya, yang kepala botaknya (mungkin dulu dia pun rambut Panjang juga tapi dah tak larat nak bela). Tapi tengok dressing masing-masing, kompom.. Rockers Never dai, hahaha.

Masa bagi Iman duit belanja, siap pesan, jangan tengok wayang, hahaha.. padahal mak dia menggeletis bukan main, hehe. Eh, tangan kiri tu nak buat rock tapi jari telunjuk nak kepit shawl dah jadi macam tu, hehehe. Kena bawa shawl lebih sebab sejuk wooo. Macam biasa Sk pilih menonton di GSC Paradigm Mall, dekat dengan rumah dan yang paling penting selesa.

SINOPSIS

Sekual filem Rock, Rock Ooo! dan Rock Bro sebelum ini mendapat sambutan luar biasa. 
Kali ini, pengarah Mamat Khalid menghadiahkan buah tangan istimewa buat penonton filem di Malaysia dengan menampilkan filem Rock 4: Rockers Never Dai yang mengisahkan perjalanan karier empat sahabat yang menamakan kumpulan mereka, Royal Slackers, menempuh suka duka dalam industri muzik.

Mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 20 Februari 2020, penonton bakal mengimbau kembali suka duka perjalanan muzik rock tempatan yang mampu bertahan hingga ke hari ini. Bagi memastikan muzik rock tidak dilupakan, empat sekawan dibantu pengurus otai berusaha sedaya yang mampu bagi menyambung kembali legasi muzik ini.


Jika anda masih ingat, kumpulan Rimba Bara dalam sekuel Rock sebelum ini mengalami satu kemalangan yang mengorbankan anggotanya namun salah seorang anggotanya iaitu Dio (Sharwani NS) telah selamat namun berada dalam keadaan koma dan dijaga oleh bapanya di rumah. 
Tak dapat menahan okey, pada hari Dio terjaga dari koma apabila mendengar sebuah lagu yang top masa kini… kah kah kah.. tak nak sebut lagu apa laa, kena tengok sendiri okey.

Jadi, Dio ni macam terpinga-pingalah jugak melihat perubahan drastic industry muzik dan perkembangan irama muzik yang sangat berbeza sepanjang dia terlantar tu.

Selain ayah Dio, turut membantu menjaga sepanjang Dio koma adalah, Rayyan lakonan Adam John. Haaaa… ni satu lagi, Sk takleh move on tengok muka Rayyan ni sebijik macam Abang Jul Ripin ko, hahaha. Ini Zul Ariffin versi comel, hihi. Setiap kali dia keluar mesti ternampak Zul Ariffin, kah kah kah.

Rayyan telah membawa Dio bertemu rakan-rakan kumpulan muziknya yang membawa genre rock dikenali sebagai Royal Slackers. Anggota lain ialah Omar (Hazama), Acap (Nazimi Fahmi) dan Seri (Bulan Terry). Sejujurnya Sk tak kenal pun mereka ni kecuali Hazama, hihi, tapi lakonan masing-masing boleh tahan juga la, taklah kaku atau kayu.

Tengok poster ingatkan Hazama hero tapi takpun, watak dia tak banyak pun tapi cukup untuk menyindir dilemma dalam industry muzik di mana ada artis rock mesti ada yang terlibat dengan benda-benda yang negative.

Oh, ya.. setiap sequel rock ni mesti ada lagu yang menggigit kalbu dan mengembalikan nostalgia. Jadi, dalam filem ni kita layan lagu dari Handy Black - Kau Yang Bernama Seri... fuhhhh.. kembang hidung Sk, hahahah.

Filem ini lebih kepada penceritaan Dio ni kepada penonton. Walaupun banyak dialog yang kelakar tapi ada masanya Sk rasa macam bosan jugek sampai dua tiga kali juga tertido. Lepas tu Pak Inche senggul, jangan tidolah! hahaha. Pak Inche kata best sangat, khusyuk betul dia tengok dari mula sampai last, sampai terbahak-bahak, hahaha.

Cameo dalam filem ini tentulah otai yang pernah menjadi kegilaan ramai anak gadis suatu masa dulu termasuk bff Sk, Awie.. Riuh panggung bila Awie muncul, hahaha.

Seperti selalu, Mamat Khalid turut menampilkan ramai kumpulan-kumpulan muzik yang suatu ketika dulu bak cendawan tumbuh selepas hujan, top dengan satu dua lagu kemudian terkubur. Sayangnya kehadiran mereka hanya hiasan dengan muzik latar tanpa dendangan lagu popular masing-masing kecuali geng Pak Imam, haaa.. yang tu kena tengok sendiri.

Filem ini mungkin bukan filem wajib tonton bagi peminat filem melayu tapi ia adalah filem wajib tonton bagi pengikut filem Mamat Khalid sebagai tanda sokongan kepada beliau yang masih sudi berkarya untuk kita. Terima kasih Abang!

Semua gambar adalah dari carian google

8 comments:

  1. Assalamualaikum Sis Serikandi, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

    1 x RM200



    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

    2 x RM100



    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

    14 x RM50



    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete
  2. tangan kiri kan maksud akak? hahahah :p

    tu la, ingatkan hazam heronya, dalam poster, gambar dia kemain besar ek

    ReplyDelete
  3. Macam menarik...nanti la ajak Dania tengok....

    ReplyDelete
  4. main poker dengan banyak penghasilan
    ayo segera hubungi kami
    WA : +855969190856

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih