MAKAN DI DEEN'S SEAFOOD, GOMBAK - Alam Sari Di Tanah Jauhar

MAKAN DI DEEN'S SEAFOOD, GOMBAK

Assalamualaikum...

AKHIR tahun lepas, kami menghadiri satu majlis perkahwinan yang diadakan di Orchad Villa, Gombak. Aaaaa.. Sk tak cerita kot dalam blog ni, entahlah, lupa nak cerita barangkali, maklumlah, dari akhir tahun lepas membawa sampai dah masuk Mac 2020, macam tak surut-surut aje kerja Sk. Bagus jugak sebenarnya, terasa berkat duit gaji, uhuks!

Okey, sambung... Jadi, dalam perjalanan ke Orchad Villa tu, kami menyedari bahawa itulah pertama kali kami sampai ke Gombak selepas menempuh enam jam perjalanan dari Johor Bahru. Diam tak diam, selepas peristiwa tu tiga kali pulak kami ke Gombak, hahaha dan cerita ini berlaku semasa datang ke Gombak untuk kali ketiga iaitu sequel dari 'Senyumlah Kuala Lumpur'

Amboi, Sk, ko pun ada sequel sequel jugak ke? 

Pak Inche la ni, nak sangat makan di Gombak walaupun tahu Gombak tu bukannya dekat dengan KL. Orang KL pun cakap Gombak tu jauh. Agaknya sebab kami ni dah biasa ulang alik pergi kerja 70 km setiap hari, jadi dah tak reti apa maksud jauh, haha. Tapi, Sk memang tak suka pergi tempat yang jauh-jauh ni, penat duduk dalam kereta, tu lagilah kalau mengadap jem, huwaaa.

Asalnya Pak Inche kata nak makan Sup Utara apatah kat Gombak tu, tapi bila kami sampai lokasi, macam pelik pulak tempatnya, kemudian cuba lagi, waze bawa ke tempat lain pulak, yang tu lagi pelik, berliku-liku masuk dalam. Karang, ada pulak termakan di tempat larangan, kan.. lalu kami ambil keputusan untuk makan di satu kawasan yang menempatkan banyak kedai makan tomyam dan kami memilih Deen's Seafood ni sebab ada tulis Gelas Besar, hahahaha.

Air Tembikai Gelas Besar untuk Pak Inche. Memang beso nau nau gelasnya dah macam saiz jug. Kalau di JB, nak minum gelas beso kami selalu ke Sayam Seafood, Stulang, tapi situ panggil gajoh, hahaha. Yang hitam tu, kopi o ais untuk Cikwa, Sk minum air panas kosong jer macam biasa.

Sup Ekor dia power, daging pada ekor tu pun lerai. Memang piaulah kata orang tu. Rasa macam bukan calang-calang tukang masak dia ni, mesti import dari Siam punya. Balance betul rasa masam masin sup thai tu, perfect!

Kangkung Belacan yang boleh tahan sedap dan tak mengecewakan dengan rasa masin dari belacan, bukan rasa masin garam. Alaa.. nak puji lebih-lebih karang orang kata, kangkong belacan jer pun.

Sotong Tepung yang sungguh crispy. Macammana dia buat sampai jadi macam tu ya. Rasa macam nak ngelat jer ratah semua, haha.

Udang Pedas pun sedap juga. Sk memang suka ratah-ratah bawang dalam masakan pedas ala Thai ni.

Kerabu mangga, yang ni sedap lagi kat Sayam.

Tomyum Seafood, oh, sedap jugaklah. Buka kat Johor boleh, tak?

Satu lagi masakan yang tidak mengecewakan, Siakap Stim Limau. Sambil taip ni tertelan ailio pulak, hahaha.

Jadi, kalau tetiba anda berada di Gombak dan sedang dalam kelaparan, jomlah singgah ke Deen's Seafood ni, insyaAllah.. puas hati, patut pun pelanggannya tak putus-putus. 

Burpppp! Alhamdulillah...


12 comments:

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih