Assalamualaikum WBT
HARI terakhir di Perthlis, kami check out awal pagi dan terus ke Warung Teratak Bonda yang terletak di Arau. Kiranya, menghala terus ke selatan.
Keliru jugak memilih port sarapan terbaik, kalau boleh tak nak pergi ke kawasan yang terpencil dengan jalan sempit yang berliku-liku.
Syukurlah, Warung Teratak Bonda ni terletak tidak jauh dari jalan besar dan ruang parkir juga luas walaupun agak penuh juga.
Nampak papan hitam bertulis menu istimewa hari itu. Kedua-duanya pulak makanan kegemaran tapi bukan pilihan Sk kali ni. Risau rasa lontong tidak menepati citarasa. Nak makan ubi kayu macam tak larat pulak, Sk sorang yang makan nanti.
Ambil sendiri menu bersama kertas pesanan dan pen di pintu masuk.
Kemudian, carilah meja kosong sendiri.
Menu Warung Teratak Bonda. Terdapat pelbagai pilihan nasi lemak berlauk, roti dan peknga (lempeng). Ada menu istimewa mengikut hari.
Menu minuman.
Tulis sendiri la apa nak makan, hehe.
Tanda aje, senang. Kertas pesanan ni hantar terus ke kaunter, nanti staf akan hantar makanan ke meja. Lepas makan baru buat bayaran.
Pesan Roti Bakar dua set dan telur separuh masak untuk PI. Tak sangka pulak satu set roti bakar tu ada 4 keping.
Dahlah ada jugak pesan Roti Sangkaya.
Dua hari bahagia dapat minum kopi, semalamnya di Warung Ali Kopi dan kali ni di Warung Teratak Bonda. Tapi dua kali tak habis minum sebab terlalu manis macam letak susu pekat setengah cawan, hihi.
Nak kata cepat sangat pun tidak, lambat sangat pun tidak, tiba-tiba dah penuh meja walaupun yang hantarnya orang lain-lain.
PI pesan Peknga Pisang. Besar peknga tu. Selalu kakak ipar atau arwah mak mertua buat peknga pisang, adunannya macam cekodok pisang dan diletak dalam daun pisang yang dilipat dua, kemudian dimasak dengan minyak sedikit atas kuali leper. Peknga dekat sini dia letak hirisan pisang dan kelapa dan digoreng dengan minyak sedikit tanpa dialas daun pisang.
Iman makan nasi lemak. Iman ni bukan penggemar makanan tradisi, selera dia sama macam PI.
Gulai ikan ni lauk peknga Sk. Selain tu, boleh juga pilih nak makan kosong atau dengan sambal sardin.
Saiz peknga ni kecik sikit dari saiz peknga pisang, hurmm.. macam tak cukup jer sekeping. Pucuk dicita, ulam mendatang, PI bagi peknga pisang dia kat Sk, dia makan sikit aje lepas tu tak nak. Dia pun ingat peknga pisang tu sama macam yang biasa kak dan mak dia buat.
Jika tak habis makan, yang mana boleh bungkus tu bungkuslah bawa balik. Sk bungkus separuh peknga pisang dan dua keping roti bakar. Mereka ada sediakan bungkusan kertas tu, silalah layan diri.
Cantik betul halaman Warung Teratak Bonda ni. Ada jugak ruang makan di tingkat atas mengadap sawah padi yang luas menghijau. Dekat tepi-tepi pun sawah padi jugak cuma kami dapat meja sebelah tepi rumah, tak adalah gambar sawah padinya, hehehe. Ujie dah pernah makan kat sini belum?
Menarik juga ubi kayu tu. Lama tak makan. Best2 semua menu.
ReplyDeleteSA last pi Perlis 2019, maknanya dah 6 tahun SA x pi sana...banyak tempat baru dan banyak perubahan dah
ReplyDeleteBest juga warung ni. Senang nak access dan selesa kalau ramai-ramai pun. Sistem order dan bayar pun mudah. Biasa roti bakar tak sebanyak itu kan. Order dua pulak tu, tambah sangkaya lagi. Puas hati rotilah jawabnya. Bagus juga disediakan bekas untuk bungkus. Tak payah susah-suah pekerja dah. Macam sedap je peknga pisang tu. Tak pernah makan lagi lempeng versi utara ada campur pisang dan kelapa. Rezeki lah bonda dapat makan PI punya peknga.
ReplyDeletePatutlah nampak ramai kat sini, tempat cantik, makanan ok dan suasana pun menarik ada sawah padi. Bolehlah masuk dalam list kalau ke Perthlis. Kemain nak nama luar negara kan. hihi...
Saya baru tahu apa itu Peknga. Wujud rupanya nama menu tu ye ...
ReplyDeletePsst info kak..saya ada update blog cerita pasal Wanita Bersalin Tepi Jalan tu dahh. Hahaa.. Legaa