Assalamualaikum WBT
BURPPP.. Alhamdulillah, baru lepas tolak bekas bekal, Nasi Putih lauk Sambal Daging yang Sk masak pada 29 September lepas. Sebelum tu, pagi tadi, hadir mesyuarat pengurusan aset. Lepas mesyuarat, kawan tanya, nak pergi makan ke? SK beritahu bawa bekal. Kagum betul dia ya dengar Sk bawa bekal, hahaha. Dia tanya macam mana cara Sk simpan lauk dan nasi lebih. SK jawab, masukkan jer dalam fridge, tapi jangan lebih seminggu la. Macam sambal daging Sk ni, terlebih jugak seminggu menyimpan, tapi sayang pulak kalau nak buang. Kita panaskan aje la bawa bekal.

Ingat tak, Sk ada blog Jalan-Jalan Cari Ketam di Pendas? Ketam belum masak ada baki 7 ekor, Sk buat Ketam Masak Lemak yang dimasak pada 27 September. Ketam kalau tak habis, tak pernah lagi Sk bawa bekal, tapi akan panaskan dan habiskan pada hari berikutnya. Susah kot nak makan ketam kat office. Jadi, ketam 7 ekor ni makan dua kali. Ni masak lemak guna apa yang ada dalam esbox aje. SK blend lada merah, bawang merah, halia dan panaskan dalam kuali bersama sedikit serbuk kunyit. Campak serai diketuk dan tuang santan kotak yang dicairkan. Bila dah mendidih, masukkan santan pekat (kotak), daun limau purut, asam keping dan garam.
Petang tu, pergi cari minum petang. Rojak, Tauhu Bakar, Goreng Pisang dan Pau serta Donut.
Cendol beli dua, satu untuk Sk dan PI ofkos nak cendol jugak.
Iman kurang gemar cendol, dia suka ABC siap pesan nak coklat banyak-banyak.
Malam tu, PI masak Australia Striploin Steak. Steak mentah beli dari Lee Fandbee Taman Molek. Sambil PI masak, Sk bersihkan semua perkakas yang digunakan. Dia tu, kalau goreng telur dadar pun dapur macam nak perang, apatah lagi kalau masak steak, kan. Ni masak steak dulu, masa steak direhatkan atas papan kayu, baru buat side dish iaitu brokoli, asparagus dan tomato cherry. Sebelumnya Sk goreng dulu kentang siap-siap. Dapur (stove) rosak, tinggal satu tungku jer yang okey, jenuh nak masak satu-satu, huhuhu.
sedap2 smua menu tu...terliur tgk steak tu
ReplyDeleteLama tak beli ketam. Asyik jumpa yg kurus² je dekat pasar :)
ReplyDeleteEntah kenapa bukak blog akak ni gambo tak kuar.. dari pagi tadi.. yang gambo daging tu jerr ada.. lain takde.. geramm pulakk kita blogger ni
ReplyDeleteTerliur pulak tengok steak tu.
ReplyDeleteMemang sayang nak membazir lauk yang masih elok, cuma bab simpan lebih seminggu tu kena lebih berhati-hati juga demi keselamatan makanan.
ReplyDeleteKita samaaa kak. Sayapun simpan dalam kulkas setiap ada nasi atau lauk yang bersisa. Supaya tak terbuang . Nanti nak makan, tinggal panaskan lagi. Tak suka kalau harus buang makanan.
ReplyDeleteYa laaah, kepiting ini better makan di rumah. Kalau di kantor susah pula 😂. Tak bisa gragas nanti makannya ðŸ¤
Cendol atau abc, 2-2 saya sukaa 😄. Tapi kalau Abc, saya tak bisa habiskan biasanya. Jadi mesti berdua