Assalamualaikum WBT
HARI ini 4 Oktober merupakan tarikh hari lahir arwah abah Sk yang lahir pada tahun 1931. Abah meninggal dunia pada 12 April 1993 pada usia Sk, 18 tahun dan adik bongsu, Cik Ani baru darjah 4. Sempena hari lahir abah, kita hadiahkan Al-Fatihah dengan iringan doa agar roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh, Amiiinnn³ Ya Robbal Alamiiinnn.
Minggu lepas, Cikwa outstation ke Tanah Jauhar. Sambil menyelam, minum air la gitu, dapatlah balik kampung sekali dan jumpa siblings yang dirindukan, ahaks! Hari Jumaat, Sk, Cikwa dan Angah brunch di Dapo Tokma, Taman Orkid.
Hajatnya nak makan Kambing Bakar tapi masa buat pesanan, diberitahu kambing habis. Padahal baru jam 10.30 pagi dan waktu operasi sehingga jam 12. Tu la kadang Sk menyampah kat sini, datang awal, kambing belum bakar, datang lambat sikit, kambing habissss! Datang on time, barisan melingko-lingko.
Dapat giliran nombor 56. Mungkin kami grup pelanggan ke 56, tapi masa ni dah agak lengang la, terus aje boleh buat pesanan di kaunter. Tunggu nombor dipanggil untuk ambil hidangan yang telah siap.
Angah makan Lontong.
Angah kata, kuah lodeh tak sedap.
😌
SK pilih Lontong Kering add on Sambal Paru. Side dish Lontong Kering ialah sambal goreng, sambal kacang dan serunding kelapa. Paru dipotong tebal-tebal dan dimasak empuk. Bila kunyah tu, tak ada tekstur paru yang kenyal, sebab ia tersangat empuk. Tak ada feel la gitu. Masin sedikit masakannya.
Cikwa ambil menu sama dengan Sk. Sekarang ni Cikwa ligat outstation ke utara, selatan dan kadang terbang hingga ke Sabah. Hebat, Cikwa!
Bertiga aje, Cik Ani ada kerja urgent kena buat, tak dapat join.
Kemahen lagi eh, masing-masing minum air manissssss. Burppp.. Alhamdulillah.
Awal betul habis kambing tu. Laku sangat la tu.
ReplyDeleteAlfatihah buat ayahnda kak SK. Semoga ditempatkan dikalangan orang beriman.