NASI GORENG SEAFOOD DAUN PISANG, BUBUR NASI NO 1 & KOPI TIGA PAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


BULAN Oktober ni Sk berazam akan menyiarkan sekurang-kurangnya satu kandungan blog baharu sehari. Dua tiga bulan lepas rasa tak produktif, jadi, bulan Oktober ni, ayuh kita mengayuhhhh!



Nasi Goreng Seafood bungkus Daun Pisang. Tak ada daun pisangnya sebab dah buka dari bungkusan. Sebenarnya ini dinner kami dua malam lepas, PI tapau dari Restoran Jasmin, tiga bungkus. Makan dua bungkus jugak, berbaki setengah pinggan plus sebungkus lagi belum buka. Pagi ni Sk panaskan dalam kuali buat sarapan.



Kalau dah namanya sarapan, kenalah ada telur separuh masak untuk PI. Alang-alang dah tuang air panas dalam egg maker, kita buatlah dua set telur, baru tak membazir air panas, hehehe.



Kisah malam tadi pulak, Iman belanja makan di Bubur Nasi No 1 cawangan Larkin. Memang sekarang pergi cawangan sini jer, lebih selesa dan mudah.



SK dan PI makan bubur. Bubur Nasi No 1 ni ialah bubur berlauk dengan sayur kangkung belacan, sambal bilis, sambal cili kering, ikan bilis tumbuk, lobak cincang, kacang tanah dan telur masin. 



Iman makan Char Kuey Teow Udang. Letak cili jeruk lagi umph!



Pesan sate daging 10 cucuk. Sedap beno sate daging tu semalam, heheheh.


Lepas tu, kami ke ST Rosyam Mart yang baru dibuka di Paragon Mall, Tampoi. Paragon Mall ni dekat jer dengan office Sk tapi tak ada hati lagi nak pergi. Ni dua beranak tu la bersungguh nak pergi. Tapi tak beli apa pun, ramai sangat orang, nak menimbang buah pun melingko-lingko.



Sebelum balik, PI ajak mengopi di Kopi TIGA Pagi, Taman Teratai. Pesan 3 latte dan seketoi chicken lasagna. Iman ajak main Uno, hah.. tak faham langsung macam mana main kad uno ni. Main old man tahu laaa... Hahaha.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!