SARAPAN SOTO & MAKAN MALAM DI HUA MUI KOPITIAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

Assalamualaikum WBT 


MINGGU baru di bulan November. Tak sampai dua minggu lagi kita akan memasuki bulan terakhir tahun 2026. Kalau dulu-dulu macam-macam azam disematkan nak menyambut tahun baharu tapi sekarang azam pun entah ke mana. Eh, tiba-tiba teringat zaman kolej dulu Sk ada seorang kawan bernama Azam. Satu-satunya kot kawan Sk yang bernama Azam, kot. Tak ingat kalau ada yang lain. Entah dekat mana la dia sekarang ek. Semoga Azam sihat-sihat sahaja, entah-entah dah bercucu ko, Azam, hehehe.



Dua tiga hari ni agak busy sikit Sk ni sampai tak sempat memblog. Soto ni juadah sarapan pada hari Jumaat lepas. Sejak dua menjak ni, kalau nampak ada soto, terus kecur. Ceduk kuah soto masuk plastik, letak ceker dan leher ayam banyak-banyak untuk diratah, heheh. Sambal kicap pun kena lebih.



Malamnya, PI ajak makan di Hua Mui Kopitiam, Eco Botanic. Memang dah beberapa hari PI ajak ke sini tapi asyik tak jadi. Kali ni kita kasi jadi.


SK pesan Kopi Cham dan Teh Cincau untuk PI. 



Beberapa hari ni rindu dengan Arwah Abah  dan Ibu. Bila rindu, mula la teringat makanan kegemaran dorang. Arwah abah dulu kalau ke Hua Mui, suka pesan Mihun Hailam satu hidang. Masa tu Hua Mui Kopitiam ada sebuah sahaja di Jalan Trus (pusat bandar). Ejaan nama restoran Hwa Mui. Tak tahu kenapa branch lain guna ejaan Hua.


Tapi tu la, betul-betul pulak yang dihantar ni macam satu hidang, nak makan dua tiga orang, hahaha. SK cakap dengan PI, agaknya dah malam, dia nak habiskan mihun dia, hehehe. 


PI nak makan Hainan Grilled Chicken Chop. Bawah ayam tu ada mashed potatoes. Mintak-mintak dah dapat Chicken Chop ni PI tak sebut-sebut lagi nak makan dekat Hua Mui, hehe. Hua Mui ni tutup awal, terkejar-kejar nak datang ke sini.


Wajib pesan jika ke Kopitiam, tentulah Roti Bakar Kaya. Tu la tu Sk pesan Kopi Cham, nak celup roti bakar ni, hehehe.



Iman takde, kami berdua aje. Minggu ni berlangsung Majlis Konvokesyen UTM ke 70, ramai kawan-kawan Iman yang dah turun untuk sesi konvo. Tu la tu sibuk jumpa kawan-kawan, pergi Fesko, tak join makan di Hua Mui ni.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!