MAKAN ASAM PEDAS JJ @ MUAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


LAMA betul ya Sk dan PI tak JJCM ke luar daerah Johor Bahru. Boleh dikatakan setiap minggu PI ada tugasan membuat liputan bola dan hoki. Tapi, yang best tu, masa ni la Sk dapat me time. Tapi, me time Sk ni bukanlah keluar pergi kopi-kopi ke apa. SK lagi suka duduk rumah tonton drama bersiri atau filem di netflix. Sambil tu, bolehlah lipat kain-baju yang tak habis-habis. Kena syukur jugak tu, masih ada kain-baju orang tersayang yang masih Allah pinjamkan untuk diuruskan, syukurrrr Alhamdulillah.


Dalam pada sibuk tu, sempat jugak la Sk dan PI balik kampung angkat PI, mana lagi, Melaka lerrr. Ni langsung tak ada dalam perancangan, Iman masa ni ada urusan lain, jadi, berdua aje la dengan PI. Memandangkan nak masuk highway Senai U tu selalu jammed, kami redah jalan kampung aje la. Dari rumah, terus menghala ke Pekan Nenas, singgah sarapan di sana sebelum meneruskan perjalanan ke Batu Pahat.



Biasalah, PI yang ajak JJCM tapi, Sk yang melebih. Dan dan tu jugak, ajak PI singgah makan di Restoran Asam Pedas JJ yang terletak di Jalan Joned, Muar, gara-gara tengok YBSS dan Yang Bella makan di sini sehari sebelum Kenduri Rakyat di Muo.



SK tak ambil gambar dalam restoran sebab pelanggan terlalu ramai. Konsep restoran Asam Pedas JJ ni lain sikit dengan kebanyakan restoran asam pedas di Muar yang pernah Sk singgah. Dekat sini dia macam restoran nasi campur dengan pelbagai pilihan lauk-pauk. Sayuran dan ulaman telah siap diceduk ke dalam mangkuk-mangkuk dan piring-piring kecil, memudahkan pelanggan pilih dan bawa ke meja masing-masing. Untuk pilihan asam pedas, boleh terus ke kaunter asam pedas untuk pilih masakan asam pedas iaitu jenis-jenis ikan atau telur ikan. Penggemar kepala ikan mesti kecur ek tengok kepala ikan dia besar bas ko!



Kami dua-dua tak berapa pandai sangat makan kepala ikan. SK pilih isi ikan mayong. Kuah asam pedas kategori yang sedap, berbaloi jugaklah singgah. Dia jenis asam pedas cair, tak pekat. Tahap cair tu pulak, bukanlah cair-bair, sederhana la.



Untuk PI, Sk pilihkan isi ikan jenahak. Ikan merah tak ada eh. SK tak pasti memang masa tu saja tak ada ikan merah ke, sebab ikan merah ni kan antara ikan yang top jugak di Muar ni. Rasa kuah asam pedas antara dua ikan ni ada lain sikit la, mungkin faktor jenis ikan jugak menentukan rasa dia tu tapi tak la ketara sangat perbezaannya. 



Disebabkan terlalu ramai pelanggan, memang sorang kena duduk cop meja dulu, sorang pergilah ambil nasi dulu ke, letak atas meja. Lepas tu bolehlah nak berpecah ambil lauk lain. SK ni pulak, lepas ambil asam pedas, ambil nasi. Sampai kat meja, tengok dah penuh, PI ambil lauk sotong, taugeh dan rojak. Pesanan minuman ada pekerja yang ambil dan hantar di meja. Mudah laaa caranya.



PI bangun lagi ambil ulam dan sambal belacan. Dah macam tu, memang SK tak ambil lauk lain dah. Nak jengah apa lagi lauk yang ada kat kaunter pun tak nak dah, hihi. Ialah, penat jalan kena mengiring mengelak orang. Orang pulak datang macam makan free ek, hahaha. SK lupa total termasuk dua gelas ais limau, tak silap macam RM58 kot, PI sebut tuari. Oh, selain tu, dorang ada sediakan minuman percuma air kordial balang jugak, tu kena layan diri.



Asam Pedas JJ ni dekat dalam bandar Muar. Selalu-selalu tu kami makan asam pedas kat Parit Jawa, tidak jauh dari bandar Muar. Kat sana dekat dengan laut/sungai la. Yang dekat bandar ni, tak nampak la sungai ke lautnya. Kira ni pertama kali la makan asam pedas dekat area bandar. Tengok balik gambar ni rasa nak repeat la pulak, huwa huwa huwaaa!

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!