KEK KARAMEL ALUNAN KASIH

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

ASSALAMUALAIKUM wbt

CEH2... ni nak tayang kek yang menjadi kegilaan masa kini. Kek Karamel ni dah lama saya teringin nak membuatnya, dan perasaan itu semakin membuak-buak bila terpandang Qaseh-AzZahra dok menayang keknya tu di facebook, adoiii! Tak tahan. Lebih-lebih lagi apabila menggunakan idea beralun kasih tu... Meh salin resepi, resepi asal kek karemel boleh tengok di sini resepi Puan Munirah manakala resepi asal kek Alunan Kasih boleh tengok di sini resepi Puan Mastura. Tak silap ada jugak terpandang di rumah Kak Yatie, Alunan Kasih ni. Ana punya boleh tengok di sini. Versi Alam Sari boleh tengok di sini. Maaflah puan-puan punya resepi yang asal sekiranya saya terderhaka ya... Ampooooonnnn... hik2.



Kek Karamel :
Bahan2:
(A)-Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula*
  • *tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.. biar gula hancur dan bertukar keperangan)
  • Ketepikan dulu
(B) - Bahagian Atas
  • 1/2 tin susu cair ...(boleh tambah kalau nak karamel tebal sedikit)
  • 70 gm gula kastor (saya guna 3 sdb gula pasir halus)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 3 biji kuning telur...(kalau tambah susu cair kena tambah juga kuning telur)
  • 1 sdb tepung kastard (saya guna 3/4 sdb)
(C) - Lapisan Kek
  • 140 gm tepung gandum
  • 70 gm gula kastor (saya guna 3 sdb gula pasir halus)
  • 3 biji kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak masak
  • 2 sdb susu pekat manis (haha... lupa letak.. anda jangan lupa tau! Kih3)
(D) Merinque
  • 6 biji putih telur
  • 70 gm gula kastor (saya guna 3 sdb gula pasir halus)
  • 1 sudu teh krim of tartar
Cara membuatnya:
  • Kacau semua bhn (B) perlahan2...jangan bg berbuih2...nanti tak jadi karamelnya...
  • masukkan bahagian (B) ke dalam loyang gula hangus tadi, tapis supaya tidak berketul, ketepikan.
  • pukul bahan (C) guna senduk pun boleh.. ketepikan.
  • pukul sampai bahan (D) sehingga gebu dan menjadi meringue (bila diterbalikkan mangkuk, ia tak jatuh)
  • campurkan adunan (C) dan (D) dan gaul dengan spatula/ senduk hingga sebati.
  • bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna atau perisa jika suka. Saya bahagi tiga dan letakkan warna merah jambu, hijau dan kuning.
  • masukkan lapisan warna merah jambu ke dalam loyang yang mengandungi bahagian (A dan B) dan ratakan lapisan perlahan-lahan. Adunan akan terapung dan tidak akan bercampur dengan bahan (B). Kemudian ayakkan serbuk koko rata-rata (jangan terlalu nipis) di atas lapisan merah jambu.
  • Kemudian letak pula lapisan hijau, ratakan dan ayak serbuk koko rata-rata diikuti lapisan kuning. Ulang langkah tadi sampai selesai.
  • Bakar cara double boiling (letakkan loyang kek di atas loyang yang mengandungi air panas) selama 1 jam pada suhu 160 - 180'C
  • Bila masak, biarkan sebentar kek dalam ketuhar dan renggangkan pintunya sedikit. Kemudian keluarkan loyang dan rehatkan sekurang-kurangnya 10 minit baru terbalikkan kek yg dibakar tadi.
  • Kalau boleh sabar, sejukkan dulu di peti sejuk sebelum dipotong.. hehehehe.
SELAMAT MENCUBA. Kek ni amat manja, jadi kenalah dibuat dengan penuh kesabaran.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kak yus, brp lama ek nak buat nie dr penyediaanye sampai siap?..nak bakar nanti guna api atas bawah ke?

    ReplyDelete
  2. hai..dah jadi baja baru nak tayang ni..mana aci....
    hehe...

    to Ayu : masa buat kek karemel saja kejap je, tapi kalau nak beralun kasih tu bertambah masala, nak melapis koko tu yg lambat..bakar api bawah dulu, 20 minit akhir baru atas bawah..takut karemel tak masak & kek hangus kalau guna api ats bwh...wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. Ayu, jwpn Anna dah beri tu... hehehe

    Anna, hehehe.... tgh cari mood.. kih3

    ReplyDelete
  4. Salam Yus,
    Cantik beralun kasih kek karamel tu..rajinnya melapis...keknya bkn main naik gebu...pudingnya plk yg nipis sikit...akak nak buat naik seramlah, tkt tak jadi...

    ReplyDelete
  5. cantiknya kek tu kak....teror la akak buat....he..he..

    ReplyDelete
  6. Kak Yatie, loyang saya besar, takde loyang 7x7, tu yg karamelnya agak nipis.

    Mas, hahaha.. terror2 akak pun tak leh lawan keterroran Mas tau

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!