GARLIC BREAD & FRESH MUSHROOM SOUP SERTA CERITA HATI

Seri Kandi Tanah Jauhar
17
ASSALAMUALAIKUM...


SALAM Pagi Jumaat, diam tak diam dah seminggu anak-anak kita bercuti. Ke manalah berjalan tu ya, kami di sini duduk-duduk di rumah saja, biasalah, cuti pendek ini jarang sangat kami keluar dari Johor sebab rasa macam masa tu suntuk sangat, urmmm.. macamlah kalau berjalan tu makan masa empat lima hari, kan.. hehe. Mengaku sajalah malas dan no fulus, hahahaha.

Lama tak ada entry masak-masak di Alam Sari nikan? Sebenarnya bukanlah tuan tanah kedaung ni dok makan luar jer, cuma rasa kurang rajin sikitlah. Tiada resepi yang luar biasapun, ulang-ulang sambal tumis, kari, asam pedas... hehehe.. bosan, kan.. tapi syukurlah daripada makan nasi berlauk garam dan sardin mentah. Itupun nasib baik ada sardin dan ada nasi.. jom baca entry tu di sini. Tapi syaratnya kena baca entry saya sampai habis dululah, lalalala~
p/s : saya sudah jatuh cinta dengan penulis blog ini... huhuhu

Minggu ini saya kerja berselang hari, kerja, kerja, cuti, kerja, cuti, jadi hari ini saya cuti, cuti orang malas kononnya nak bersenang-lenang dan berehat-rehat di rumah. Tapi.. jangan mimpilah okeh nak dok berehat-rehat. Rasanya dari hujung pagar depan sampai hujung pagar belakang semuanya memanggil-manggil minta diusap-usap dan dibelai-belai. Jangan haraplah nak merasa kering kuku kalau duduk di rumah, betul tak? Dari celik bijik mata sampailah bulan dah condong atas langit kita tak habis-habis dengan kerja. Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi diberikan tulang empat kerat yang masih kuat menjalankan tugas-tugas rumah jadi janganlah mengeluh ya Puan Sari, huhuhu. Kalau dulu saya malas nak melipat kain baju yang bertimbun (padahal tiga orang jer umat dalam rumah pun) kini saya sentiasa melipat dengan perkataan syukur. Syukur hari ini saya masih dapat melipat baju ER dan baju Yaya. Saya takut untuk mengeluh lagi kerana rasanya kalau Allah nak tarik nikmat itu bila-bila masa. Nikmat hidup dengan orang yang tersayang tidak senikmat kurang setimbun kain baju mereka yang kita hendak lipat dan gosok. Sebab itu sekarang jarang lagi lihat saya mengeluh di fb tentang timbunan kain baju ni, perasaan insaf itu datang sendiri apabila saban hari disogokkan dengan berita kematian yang menyanyat hati, semoga roh mereka yang telah pergi aman dan tenang di sana.. Al-Fatihah.

Mari tinggalkan cerita hati saya tu, kita masuk cerita tekak dan perut pula. Haaa.. inilah garlic bread aka roti bawang putih dan sup cendawan yang saya sediakan masa parti ibu tempoh hari (eh, lama tak guna perkataan tempoh hari tukan.. hihi). Resepinya cedok dari blog Kak Jee yang comel lote itu. Betul kata Kak Jee, kalau dah buat sendiri, jangan haraplah lepas ni nak beli yang siap kat kedai. Buat sendiri dijamin tiada bahan pengawet dan boleh makan dengan sebanyak-banyaknya. (Cer kira berapa keping & mangkuk saya makan.. lalalala~)

Roti Bawang Putih
Bahan:
4 - 5 ulas bawang putih ditumbuk halus
sedikit daun parsli cincang (saya guna daun parsli kering cincang yang dijual di pasaraya)
setengah buku mentega (suhu bilik)
~ gaulkan semuanya dan sapu rata pada roti (dicadangkan roti homemade tapi saya tak buat sebab takde bibik nak tolong... hehehe)
~bakar roti agak-agak garing - saya guna toaster bread biasa jer

Mushroom Soup
Sumber : Dapur Kak Jee
BAHAN2 UNTUK DUA ATAU TIGA MANGKUK:
2 mangkuk cendawan (yang telah dicincang) - boleh guna semua jenis cendawan kecuali cendawan dalam tin
2 biji bawang sederhana besar
1 sudu besar butter
2 sudu besar minyak zaiton (atau apa juga minyak)
1 kiub ayam knorrs/maggi - saya guna serbuk pati ikan bilis maggi
setengah cawan air
susu segar
1 sudu besar tepung gandum
lada hitam

CARA MEMBUATNYA:

Cendawan dicincang halus. bawang besar juga dicincang halus. panaskan kuali/sauce pan dan letakkan butter dan minyak, bila butter dah cair, masukkan bawang dan goreng kira2 lima minit. kemudian masukkan cendawan dan goreng lagi sampai rata. taburkan tepung dan kacau pantas dan biarkan tepung masak seketika. Kemudian bubuh air setengah cawan dan sambung masak. Masukkan kiub ayam yang telah dipecah2kan ke dalam kuali tadi, kacau sampai rata pastu masukkan susu segar mengikut kepekatan yang dikehendaki. Bubuh lada hitam dan kacau. rasa dulu sebelum bubuh garam lagi kerana kiub ayam agak masin. Biarkan mendidih di atas api yang perlahan sehingga dirasakan cendawan sudah betul2 masak. kepekatan sup ikut citarasa masing2. Kalau terlalu pekat, boleh tambah air ataupun susu lagi.

Kak Jee, terima kaseyyy!

Masa nak makan saya tambah lagi serbuk lada sulah, memang terangkat tau... ;p

Post a Comment

17Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kat umah ni suami lia mmg peminat tegar resepi yg ada garlic2 ni...dia bawang putih mentah tu lah di buat ulam...penah jugak try..amponnnnn..x leh nak masuk kat tekak! huhuhuuu... tp klu roti bawang putih + sup cendawan ni mmg lia suka... anak2 plak suka sup cendawannya jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamamya, lia, bagus tu ratah bawang putih. Akak pun suka tapi tak boleh masuk pulak kalu mentah2. Kalu Yaya.pulak suka rotinya jer, sup untuk cecah2, dia suka jer

      Delete
  2. kak sari.. dh lama betul x berasap dapur akak ni ye.. hihi.. garlic bread n mushroom soup mmg feveret! kalau mkn tu selagi x habis selagi tu x berenti. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. TUN telani, hahaha. Perasan kan dapur akak ni tak berasap lama dah, hihi. Ni paksa benti baru boleh benti Tun, huhu

      Delete
  3. mushroom soup!! wahhhh,
    dh lama nk try buat ni,
    tp asek2 beli yg ready made meggi tu je, ekekek.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanonano, kalu makan sorang bolehlah yg ready made, kalu ramai2 lebih baik buat sndiri, jimat, hehe

      Delete
  4. yumyum...
    baru ni wat mkn2 masa besday anak akak wt gak garlic bread.. cicah ngan creamy chicken soup.. menu paling laris.. kejap licin.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Madiha, betul tu, laris menjadi pujaan, sekejap jer dah siap, ksnyang pulak tukannn

      Delete
  5. saya teka ye, ada 5 keping roti ngan 2 mangkuk sup tak kak?


    kalau mak saya guna perumpaamaan "hishh tak pernah kering baju di badan"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zulfikar, betullah, tak sempat kering peluhkan, huhu. Jwpn awk salah, sila cuba lagi, hihi

      Delete
  6. Akak suka kalau garlic bread cicah mushroom sup...bkn akak je suka...semua anak2 suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anie, senangkan kalu semua org suka, senang keje kita, hehehe

      Delete
  7. saya pun kdg2 mengeluh jugak dlm hati tp selalu motivasikan diri (dlm hati jugak)kita rasa susah ada org lg susah.. anak baru sorang, org lain anak 5 setahun sorang tu lagi penat. kan??
    Garlic break & mushroom soup peberet tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si Lekit, kannnnn, kita yg ank sorang asek mngeluh, cuba amek teladan org yg anak ramai tu, huhuhu. Suka jugak ya set bfast kita ni, hehe

      Delete
  8. akk pun nk insaf jugak la sari.. selalu jer bila lipat kain rasa nk tertido(selalu tido depan tv masa lipat kain sbenarnya.. hohoho).. makanan berkhasiat ni.. lebih2 lagi buat sndiri.. sekali2 mmg best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dzana, marilah kita saling menginsafi. ADUSH! Ni kain belum lipat lagi ni, lipatlah skejap, hehe

      Delete
  9. Wah! Awak makin rancak di dapur kembali :-)

    Saya dan Adam sangat2 suka mushroom soup ;-)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!