NUKILAN UNTUK TEMAN 1

Seri Kandi Tanah Jauhar
30
ASSALAMUALAIKUM...

WAP panas menerpa ke muka sebaik sahaja tudung pengukus berbalut tuala putih itu disingkap. Berpeluh sekejap muka Indrawati. Dia menepis-nepis wap tersebut dengan tapak tangannya yang mulus. Wajahnya berseri memandang permukaan kuih yang licin. Hijau itu damai, hijau itu seperti taman yang menerbitkan bau wangi setiap kali musim bunga. Tidak sia-sia dia menyelongkar ke dapur-dapur maya. Rasa berbaloi ketekunannya mengadap komputer setiap kali selesai menyiapkan tugasan pensyarah. Betullah kata orang tua, orang perempuan kalau belajar setinggi manapun, duduknya pasti di celah dapur. Sekeras manapun hati seorang perempuan, minatnya pasti tumpah juga ke dunia masakan sekurang-kurangnya untuk memenangi selera sendiri.

“Cepat.. cepat.. aku tak tahan dah ni!” Indrawati terkejut. Dia berlari ke ruang tamu.

“Astaghfirullahal’azim, korang ni cubalah belajar bagi salam sikit...” leternya. Indrawati menahan gelak melihat gelagat Rahayu yang terkocoh-kocoh masuk ke dapur hampir sahaja melanggar dirinya. Ah, biasalah Rahayu, suka benar menahan kalau nak buang air tu, alasannya tandas di kolej kotor, geli, busuk, macam-macam lagi alasannya. Sanggup menahan sehingga sampai ke rumah, dibuatnya terkucil di tengah jalan alamat tak jadilah Razali masuk meminang, baru tau, bisik hati Indrawati.

“Eh, kau masak apa ni, Mak ET? Macam sedap jer... Amboiiii... kau sejak kenal Pak Mat Gebu tu, bukan main lagi kau ya. Kau cuba buat kuih apa pulak hari ni?” Pertanyaan atau omelan, Indrawati kurang pasti tapi antara mereka bertiga, Ismaliana yang mereka panggil Lia tentunya yang paling kecoh. Kalau Ismaliana pulang ke Kota Tinggi, alamat semuanya mati kutu sebab Ismaliana sentiasa ada idea menyemarakkan suasana rumah yang mereka sewa sejak setahun lalu.

“Kau agak? Jeng.. jeng.. jeng...”

Ismaliana buat-buat suspens. “Errr... kau buat kuih belalai gajah ke??”

“Grrrrrrrrr... kau ni, Lia. Suka tau gitu. Haaaa... kalau aku buat kuih belalai gajah kau nak makan ke?”

“Kau guna resepi Pak Mat Gebu kan? Kalau Pak Mat Gebu punya resepi, belalai gajah pun.. belalai gajah laaaaaaa... hehehe,” Ismaliana mula malu kerana menyakat Indrawati. Takut juga kalau tiba-tiba tak dapat makan kuih yang dimasak Indrawati.

“Hah!! Kau masak belalai gajah??” terpa Rahayu. Hadapan bajunya basah termasuk tudung yang masih tersarung di kepala.

“Heiiiiiiii.. kau ni kenapa pulak, Ayu?? Kau mandi tak buka baju ke??” Gelak besar Ismaliana langsung tiada simpati.

“Hehehe.. aku tersalah pusing paip daaaaaa...” Rahayu menyeringai sambil mengebil-ngebilkan kelopak matanya. Lawaklah tu konon, kata hati Ismaliana.

“Urmmm, dah setahun duk sini pun, kau tak kenal lagi mana satu paip nak pusing. Entah-entah kau terkencing dalam kain tak?” Tuduh Indrawati.

“Haaa... kan.. kan... baik kau mengaku, kalau tak aku bilang Razali,” Ismaliana pula mengugut.

“Heiiiiiii... korang ni tak baiklahhhhh. Betullah, korangkan tahu aku suka berangan, hehehe,” Rahayu tersengih malu. “Okey.. okey, tutup kes. Apa yang aku dengar, kau masak belalai gajah??” Berkerut dahi Rahayu masih menunggu persoalan yang tidak dijawab kedua rakan serumahnya tadi.

“Bukanlah, kau tahu sajalah Lia ni, suka buat lawak, tapi betul tau... memang ada kuih belalai gajah tu, hehehehe...”

“Hah, nak... nak....,” cepat sahaja Ismaliana meminta seolah-olah macam petik jari semua turun dari langit.

“Aku belum buat lagi, hihi. Hari ni aku buat Kuih Seri Muka,” Indrawati meluruskan jari telunjuk dan ibu jarinya diletak di bawah dagu sambil mengerlipkan mata. Perasan berseri-serilah kononnya tu.

“Wahhhh... aku suka, jom.. jom potong,” Rahayu bersorak. Hampir sahaja dia lompat bintang di depan rakannya. Kuih Seri Muka telah bertahta di senarai makanan kegemarannya sejak sekolah rendah. Rahayu teringat, setiap pagi sebelum ke sekolah, dia pasti singgah ke warung Kak Ummi untuk membeli Kuih Seri Muka. Pernah sekali Rahayu kecewa kerana Kak Ummi tidak menjual Kuih Seri Muka pagi itu, kelopak matanya bergenang seolah-olah Kuih Seri Muka itu nyawanya.

“Alah, Ayu. Janganlah merajuk. Kak Yatie yang selalu hantar kuih kat sini balik kampung, adiknya nak kahwin,” Kak Ummi memujuk Rahayu.

Barulah Rahayu tahu, semua kuih talam yang cantik-cantik dan sedap-sedap itu dibuat oleh Kak Yatie dan ditumpangkan di warung Kak Ummi. Kak Ummi pula memasak sendiri masakan-masakan lain seperti nasi lemak, mee goreng dan lontong. Setiap hari Jumaat pula, Kak Ummi akan membuat juadah lebih, selera pantai timur, katanya. Kadang-kadang Kak Ummi buat nasi kerabu, kadang nasi minyak, pernah juga Kak Ummi buat nasi dagang. Kak Ummi kata, hari Khamis orang dah kerja keras, jadi hari Jumaat kena makan lebih. Rahayu cuma mengangguk mendengar cerita Kak Ummi kepada pelanggan-pelanggannya. Haiiii, apalah khabarnya Kak Ummi sekarang, tiba-tiba Rahayu rasa rindu sangat dengan Kak Ummi.

Indrawati dan Ismaliana ternganga melihat Rahayu. Seperti melihat kartun dalam suratkhabar pula, seolah-olah atas kepala Rahayu ada bulatan-bulatan putih yang keluar kecil sahaja bentuknya dari atas kepala Rahayu diikuti satu bulatan yang membesar. Seolah-olah ada satu skrin pula yang menayangkan anganan Rahayu.

“Heiii! Yang korang ternganga ni, apasal?” Rahayu menjerit kecil.

“Hehehe... biasalah.. kita tengah tengok tayangan gambar atas kepala kau tu...” ejek Ismaliana.

“Huh! Mencik tau,” Rahayu cepat-cepat melangkah ke dapur. Sungguh tadi dia tak perasan ada periuk kukusan di atas dapur. Aroma daun pandan singgah ke hidungnya.

“Urmmmm.. terima kasihlah, Mak ET. Kaulah sahabat aku dunia akhirat,” Rahayu memeluk Indrawati. Berjauhan dari keluarga yang ada cumalah teman tempat bermanja. Walaupun mereka saling sakat-menyakat namun jauh di hati mereka langsung tidak terlintas untuk menyakitkan hati kawan.

“Aku???” Ismaliana mencelah.

“Kaupun kawan aku dunia akhirat jugak, Lia,” Rahayu menarik Ismaliana ke dalam dakapannya. Ismaliana cepat-cepat memeluk Rahayu.

Indrawati menunjukkan loyang kuih seri muka yang baru dibuatnya. Rahayu menyentuh loyang tersebut.

“Panas,” Rahayu terjerit.

“Memanglah, aku baru masak. Ni nanti dah sejuk baru boleh potong,” Indrawati menyabarkan Rahayu dan Ismaliana.

“Habis sekarang ni aku lapar, nak makan apa ya?” Ismaliana mengeluh. Rahayu menyokong soalan Ismaliana.

“Oooo, korang ingat aku ni orang gaji korang bawa masuk dari Bandung ke? Bayarlah gaji aku RM700 sebulan, nanti aku masak untuk korang hari-hari,” Indrawati membesarkan biji matanya.

“Alah, terlanjur kau tak ada kelas hari ni, apalah salahnya masak untuk kengkawan sekali-sekala, kan, Ayu..” Ismaliana tersengih-sengih. Indrawati orangnya memang tidak berkira apatah lagi kalau hal menjamu kawan-kawan. Ada sahaja yang hendak dipraktikkannya selepas belajar secara teori di dapur maya. Bila sahaja mendapat tahu, kuliahnya pada hari ini dibatalkan kerana pensyarahnya terlibat dengan bengkel peperiksaan, terus macam-macam resepi yang pernah disalinnya melintas di kepala untuk dijadikan santapan. Mujur juga Ismaliana dan Rahayu jenis yang tidak cerewet, orang kata jenis tolak batu dengan kayu sahaja, yang lain semuanya disapu.

“Betul.. betul.. betul...” Rahayu menyokong lagi. Sokong sajalah kerjanya setiap kali Ismaliana mengaju pendapat.

“Ialah.. ialah tu.... Sebab aku sayangkan korang, hari ini aku masakkan korang Pais Ikan Mayong. Aku ambil resepi dari Alam Sari tau.” Beritahu Indrawati bangga.

gambar ni baru upload.. boringkan story kalau tiada gambar hiasan :-)))

“Pehhh.. memang terbaikkkklah kau, Mak ET. Ni yang kitorang cayanggggggg sangat kat kau ni,” Ismaliana memeluk.

“Okey.. okey.. kalau dari tadi asyik terpeluk-peluk, bila pulak kita nak makan ya??” Rahayu tidak sabar hendak meratah ikan mayong. Kalau ada telur-telur sekali mesti tak sedar kalau Abang Razalinya lalu di belakang, kata hatinya.

“Banyak cakap, ambil pingganlah, senduk nasi. Sayur tu aku ambil resepi kat blog Cupcakekasih, Masak Lemak Jantung Pisang Cili Api.”

“Aiiii... tu bukan blog orang jual kek ke??”

“Hahaha.. tak percaya ke? Kalau tak percaya nanti korang tengok sendiri, okeh. Sekarang kita makan dulu. Jom.. jom...”

Tiba-tiba...

“Assalamualaikummmm...” panjang suara orang memberi salam.

Mereka saling berpandangan, “Waalaikumussalam...”

Rahayu cepat-cepat bangun. Dari nada suara, macam kenal sangat orangnya. Tombol pintu dipulas, terpacullah dua wajah yang amat dikenali.

Siapakah mereka?????


Watak Pilihan & Kenapa? :

Indrawati ~ dikenali sebagai Mak Et, beliau pengomen setia di fb saya.. terima kasih Mak Et.. mwahhhhhh!!...

Ismaliana ~ pengomen setia blog Alam Sari.. hehehe.. mwahhhhhhhhh!!

Rahayu ~ tak pernah jemu mengajak saya setiap kali ada gathering di kalangan blogger, terima kasih kerana sentiasa mengingati kakak sibermu ini, mwahhhhhh!!

Pertama kali jumpa mereka bertiga di sini. :-))))

Post a Comment

30Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kak...terharunya lia! x tau nak kata apa...hehehheee....rasa mcm mimpi nama sendiri jadi watak dalam citer ni..x tahan kuih belalai gajah CMG tuh...adoii...kelakar!!!


    i lap u lah kak.....!!!!

    ReplyDelete
  2. wahhhh tahniah2 Yus coz buat cerita yg menarik ni..tak terfikir pun akak..tulah Yus ni mmng berbakat..tu kalau baca coretan Yus yg sepontan buat akak tersenyum malahan tergelak pun ada...terharu gak ni ada watak dlm cerita Yus ni....tq atas ingatan..luv U..muahhhhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Yatie, itulah, cemanalah bleh trkeluar krgn ni kan, hihi. Luv u too, mwahhh!!

      Delete
  3. Kiki lawak la cerpen kak yusa ni.. Mmg telanted.. Duk gelak membayangkan watak2 sampingan tu. Haaha..

    ReplyDelete
  4. kak..ko buat la novelog kak pasni mesti meletup cam Kak Mawar Jelita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelord, tulah, akk verangan nak jadi Sari Jelita, wakakaka

      Delete
  5. Assalam Dik Yusa.....wah berbakat besar adik dalam berkarya....Akak dah tak sabar nak baca....ni....keep on going gal!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, malu lak ngan Kak Watierman ni. Okies, kak. Tunggu smbungn ya :-)

      Delete
  6. Waaaaahahahhahaha....kuih belalai gajah CMG tu asalnya CMG bgtau akak dia xnak publish kat entry...akak suruh jugak...sudaaahhnyaa, sedikit kontroversi tp meletupsss! Hahahaha..

    Uiikss Sari ni mmg pandai sungguh berimaginasi, boleh wat novel...terharu sungguh akak, ada jugak adik yang merindu...walhal belum betul2 lg stop di alam maya ni...baru slow down jer Sari...

    Apapun terima kasih banyak atas ingatan kepada akak...Akak x buat apa2 pun skrg ni...cuma lebih banyak menelaah jer...tp bukan buku resepi dah laaa... ^__^. Kalau mcm ni punya novel, lawak sungguh, akak akan beli....siap tudung kukusan atas pala...wakakaka...sabauu jek laa... Apapun, teruskan memasak ya Sari, itulah aroma yang paling puas, perutpun kenyang, bila berjamu lg la pahala bertambah2..insyaAllah...

    Salam sayang dari akak...kenang daku dalam doamu ya dik...muaaahhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ummi, ooo, nsb baik kak ummi pujuk cmg publish, kalu tak smpi ke sudah kita tataw, hihi.

      Sejak kblkgn ni, kak ummi jarang muncul, sbb tu mcm2 menu kak ummi kluar kat sini, hehe.

      Betul tu kak, perut kenyang, hati senang, kannn.

      Delete
  7. menarik jalan cerita, boleh bayangkan setiap watak dalam cerita ini. tersenyum sendiri.
    saya jugakkkk tak update apa2...sifat kemalasan sentiasa dlm diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zuwaidah, bkn malas tu, cuma kurg rajin, kannnn. Urmmm, tgh fikir2 watak apa nak bg Kak Zu ni :-P

      Delete
  8. wahh menarik cerita ni kak yus,lama dah saya tak baca novel..bila baca ni saya rasa akak memang berbakat menulis novel.teruskan menulis yer..tak sabar nk tau sambungan ceternya ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nieza, nilah bakat terendam namanya, duk brgenang jer lama2 tnggelam, hihi

      Delete
  9. menarik jugak kisah gatering yg dicerpenkan nih. agak2 ada part 2 tak kak? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. gadisBunga, pasti ada. Akk nak intai2 gB nak bawa watak apa ya?? Hehe

      Delete
  10. Salam kak! wahhh! leh kuarkan cerpen ni kak :D sgt berbakat, kalau kita buat cerita org tak phm n akn pengsan agaknyer ehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ijayuji, isk, belum cuba belum tau, klu bleh tulis blog mknanya ada juga bakatnya tu, kannn.

      Delete
  11. Hahaha, boleh buat drama ni.... menarik, saya Backlink kan n3 ni malam nanti... ^__*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Mat Gebu, nak kena cari produser dulu, CMG bleh??? Hehe

      Delete
  12. salam dihjung mngu sari..mksih ye sdi singgah dpur kcik kmaz yg suam2 kuku tu..

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum kakakku......
    Terharunya daku.....
    Baca malam tadi, pagi nie gagah singgah sini..
    Nak htr sarapan jauh....karang jadi menu tengahari... Kikikikiki

    bakat penulisanmu menyerlah... Bakat wartawan,bakat novelis terpancar.. Cayalahhhhh.. Pewetttt

    en zalie baca sama2 tau.. Dia gelak tak ingat dunia, goncang 1 katil.. Kikikiki....

    Tak sabar nak bc episod berikutnya.kalau tak jd novel, ayu print jer. Bt sendiri buku ini...

    Kak, moga ukhwah kita berpanjangan, moga selamanya kita sentiasa mengirimkan berita dan cerita.
    Kerana 12 march 2011.. Kenangan di teratak cmg menjadi sejarah y kekal berpanjangan selamanya...

    Sayang semua, sayang sahabat2 y sentiasa ingat dan ikhlas bersahabat....
    Kalian semua baikkkkkkkk...
    Muahhhh

    ReplyDelete
  14. Amin... mudah2an, akak percaya semua sahabat akan sntiasa mengingati kebaikan Ayu...

    ReplyDelete
  15. Berhari-hari saya baca pujian dan berderet-deret komen d fb.. sedang saya belum tau kisah dan perkara... Baru hari ini saya berpeluang mengetahui duduk perkara..
    Sari sayang, betapa awak menghargai kenalan hingga mendapat ilham menguatkan kasih.. Membahagiakn sungguh.. Nukilan ini bakal mengundang rindu berhari-hari..
    Salam sayang dari saya :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Oeya, kata2 yg sungguh puitis. Dalam hati berbunga sayang, merimbun kasih berdaun rindu. Aduh, jiwangnyaaa, hihi

      Delete
  16. Berhari-hari saya baca pujian dan berderet-deret komen d fb.. sedang saya belum tau kisah dan perkara... Baru hari ini saya berpeluang mengetahui duduk perkara..
    Sari sayang, betapa awak menghargai kenalan hingga mendapat ilham menguatkan kasih.. Membahagiakn sungguh.. Nukilan ini bakal mengundang rindu berhari-hari..
    Salam sayang dari saya :-))

    ReplyDelete
  17. Saya mengenali semua watak di dalam cerita pendek ini kecuali Puan Indrawati. Keperibadian mereka memang...WOW! Sayang kamu semua!!!

    ReplyDelete
  18. TAWARAN PINJAMAN SEGERA DALAM 1 JAM PEMINDAHAN PERBANKAN DALAM TALIAN TERMOHON DENGAN KAMI

    Adakah anda memerlukan Pinjaman?
    Adakah anda sedang mencari Kewangan?
    Adakah anda sedang mencari Pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda?
    Saya rasa anda telah datang ke tempat yang betul.
    Kami menawarkan Pinjaman pada kadar faedah yang rendah.
    Orang yang berminat sila hubungi kami di
    Untuk maklum balas segera kepada permohonan anda, Sila
    balas e-mel di bawah ini sahaja.
    Whats-app +918256953815
    mrwilliam751@gmail.com
    Sila berikan kami maklumat berikut jika berminat.

    1) Nama Penuh:………
    2) Jantina: ………
    3) Amaun Pinjaman Diperlukan:………
    4) Tempoh Pinjaman:………
    5) Negara:………
    6) Alamat Rumah:………
    7) Nombor Telefon Bimbit:………
    8)Pendapatan Bulanan: ………………………
    9) Pekerjaan:………………………………
    )Tapak manakah yang anda lakukan di sini tentang kami…………………

    Terima kasih dan salam mesra.
    mrwilliam751@gmail.com
    +918256953815

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!