PERTAMA-TAMA sekali Seri Kandi minta maaf banyak-banyak kerana agak lama Seri Kandi tak menjengah ke Alam Sari ni dan singgah ke rumah kawan-kawan sekaligus meninggalkan komen. Sebenarnya ada juga beberapa blog yang sempat Seri Kandi singgah tapi hanya baca sekali lalu, orang kata cuci matalah sebab penat mengadap meja Seri Kandi yang penuh dengan segala macam kertas tugasan pelajar dan kertas tugasan diri sendiri, hiks. Nasib baik Seri Kandi tak kena migrain masa mengadap benda-benda tu semua, Alhamdulillah, Seri Kandi diberikan kesihatan yang baik untuk menjalankan tanggungjawab Seri Kandi. Sebab itulah Seri Kandi ketepikan dulu dunia maya ni buat seketika.. konon-kononlahkan.. :D
Walaubagaimanapun, walaupun (berapa kali walau daaa) tiada entry baru tetapi tetap ada pengunjung unik yang singgah sehingga mencecah ratusan pengunjung sehari menandakan sedikit sebanyak Alam Sari ini mula bertapak di hati pengunjung alam maya.. Alhamdulillah. Seri Kandi juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas doa yang kawan-kawan titipkan untuk Seri Kandi semoga kawan-kawan Seri Kandi semua juga turut dipermudahkan urusannya dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah oleh Allah SWT, Aminnn.
Baca tajuk Seri Kandi tu ada kepelikan sikit ya, hehe. Kenapa tajuk macam tu, Seri Kandi? "Errrr.. entahlah, " jawab Seri Kandi... :p Resepi Lemon Cakes ini Seri Kandi intai dari Azie Kitchen. Sekali baca tajuk dan meneliti resepinya terus hati Seri Kandi terpaut dan meronta-ronta nak membuatnya. Sebenarnya, Seri Kandi baca blog Kak Azie ni dalam keadaan terkejar-kejar. Curi-curi masa gitu, dosakan.. huhu. Bila Kak Azie nyatakan yang Kak Azie letakkan 'filling' lemon curd dalam lemon cakes tu, Seri Kandi langsung tak terfikir nak bongkar dapur Kak Azie mencari resepi lemon curd tu sebaliknya Seri Kandi google resepi lemon curd tu. Masa google-google tu, Seri Kandi jumpalah beberapa resepi lemon curd dan Seri Kandi pilih resepi lemon curd yang paling simple dan mudah dari blog 'Scent Of Kitchen' ni. Rupa-rupanya, di blog Kak Azie pun ada resepi Lemon Curd yang dimasukkan dalam entry sebelum Lemon Cakes tu.. huhu dan ada juga entry Kak Azie yang terbaru tentang lemon cakes ni. Banyak sungguh yang Seri Kandi tertinggal dalam pada menyiapkan tugasan Seri Kandi rupanya. Kepada Kak Azie dan AkuBukan Masterchef (Scent Of kitchen), Seri Kandi ucapkan terima kasih atas perkongsian ini. Kepada peminat kek, Seri Kandi pasti anda akan jatuh cinta dengan rasa lemon cakes ini. Untuk resepi ini, Seri Kandi tak sediakan icing macam Kak Azie sebaliknya Seri Kandi cuma sediakan lemon curdnya sahaja. Lemon Cakes ini Seri Kandi buat dua adunan dengan dua cara, separuh Seri Kandi masukkan ke dalam cupliners dan separuh adunan lagi Seri Kandi masukkan dalam botol sebagai buah tangan untuk wajah-wajah kesayangan Seri Kandi :-))))
Resepi Lemon Cakes
Sumber : Azie Kitchen
Bahan bahan:
110 gram/1/2 cawan butter
110 gram/1/2 cawan gula kaster
2 biji telur - pukul
110 gram/1 cawan self raising flour
Secubit garam
1 biji lemon - parut halus
Cara cara:
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Letakkan 13
cawan kertas dalam bekas muffin.
2. Putar butter dan gula sehingga putih dan
ringan.
3. Masukkan telur dan putar sehingga sebati.
4. Masukkan tepung, garam dan parutan lemon dan
kacau sebati.
5. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas. Bakar
selama 15-20 minit atau sehingga keperangan atau permukaannya springy bila
disentuh.
6. Biarkan atas redai sehingga sejuk sepenuhnya.
Resepi Lemon Curd
Sumber : Scent Of Kitchen
3 biji telur
150g gula pasir
80ml fresh lemon juice
60g butter
1 sudu kecil parutan kulit lemon
Cara-cara :
1. Di dalam mangkuk besi, whisk kan telur.
Kemudian, letakkan mangkuk besi tersebut didalam periuk yg berisi air panas
(gunakan api yg kecil sewaktu mendidihkan air). Buat kaedah double boiler.
2. Dengan terus mengacau telur, masukkan gula
dan jus lemon. Whisk kan adunan sehingga adunan menjadi pekat. (lebih kurang
dalam 10 minit)
3. Angkat mangkuk besi daripada periuk. Kemudian
masukkan butter dan parutan kulit lemon. Whisk kan sehingga sebati.
4. Wrapkan adunan (plastik wrap mencecah di
permukaan adunan) dan masukkan ke dalam peti ais. Kalau nak guna, baru
keluarkan.
** Seri Kandi cucuk permukaan lemon cakes tadi dengan menggunakan chopstick dan lemon curd tu Seri Kandi masukkan dalam piping bag dan picitkan dalam lubang yang Seri Kandi buat pada lemon cakes tadi. Sedap betul... urmmm.. tak percaya cubalah!!
waduh..nyum..nyumm! akak pun dh lama simpan resipi kak azie nih tp buatnya jer yg blom..hehe!
ReplyDeletepengsannnn tengok...
ReplyDeletemengancammm
mmg kompem sedap ni, meleleh dah ayaq liuq ni....hihihi
ReplyDeleteAduhai... bergelora perut kakcik tengok... nyum nyum... :)
ReplyDeleteNak mencuba tu yg tak sehebat yg Seri tunjuk. Meleleh ajelah kakak tengok..
ReplyDeleteSalam perkenalan, ermmm nampak sedap je kek tu kan nnt nk cuba buat lah :)..
ReplyDeletesari.pass kat akk sikit..he hhee..mmg nampak sedap..trgoda akk..
ReplyDeleteSari,
ReplyDeleteTerliur meleleh melihat kek yang bulat montel tu. comey jer bentuknya.