PISANG KEJU

Seri Kandi Tanah Jauhar
25
ASSALAMUALAIKUM...


DAH lama Seri Kandi teringin nak menikmati pisang keju ni tau. Dua kali ke Bandung, Seri Kandi kerap terlihat pisang keju ini dijual di gerai-gerai namun hati Seri Kandi masih teragak-agak untuk membeli jadi walaupun keinginan tu amatlah mendalam tetapi Seri Kandi pendamkan. Seri Kandi tak pasti cara penyediaan tu macammana sebab Seri Kandi cuma tengok dari jauh jer. Satu lagi, tekak Seri Kandi nikan tekak orang Johor yang makan goreng pisang dengan sambal kicap.. hehe. Haaa, itu satu lagi originaliti orang Johor, mereka tak sebut 'pisang goreng' tetapi 'goreng pisang'.

Ketika ke Batam baru-baru ini, Seri Kandi telah singgah ke satu warung yang menjual pisang keju ni. Maaf, Seri Kandi memang lupa sangat nak ambil gambar. Seri Kandi berani tengok dekat-dekat kali ini kerana warungnya yang bersih dan dipasang lampu terang-benderang di hadapan sebuah kedai makan dan dikendalikan oleh dua wanita separuh baya yang agak peramah. Seri Kandi tengok kakak ni goreng pisang yang dicelup tepung macam kita juga di sini. Pisang yang siap digoreng diletakkan di dalam kotak dan dicurahkan susu coklat pekat serta ditaburkan pula dengan parutan keju. Masa tu Seri Kandi memang dah kenyang sangat jadi hajat hendak menikmati pisang keju tu memang tak dapatlah sebab tak tahu dah nak sumbat kat mana.

Bila dah pulang ke Tanah Jauhar, keinginan untuk merasa sendiri keenakkan pisang keju ni semakin membuak-buak. Ish, dah macam orang mengidam pulakkan, hehe. Puas Seri Kandi cari pisang berangan untuk digoreng tetapi tak jumpa-jumpa. Kakak Seri Kandi pun tak ada stok pisang masak (kakak Seri Kandi ni bisnes kerepek pisang tanduk). Satu hari tu masa ER singgah membeli popia basah Seri Kandi nampak ada orang jual goreng pisang panas-panas. Pucuk dicita ulam mendatang, kan... lagi senanglah kerja Seri Kandi, hehehe.


Pisang Keju

Bahan-bahan :
Goreng Pisang/ Pisang Goreng (beli RM3)
Susu Coklat Kental Manis Indomilk secukupnya(kalau tak ada gunalah apa-apa coklat cair)
Parutan keju cheddar sebanyak tidak... eh! Jangan banyak-banyak.. nanti bam-bam!

Cara-cara penyediaan :
1. Atur goreng pisang dalam pinggan.
2. Tuangkan susu coklat kental manis
3. Taburkan parutan keju cheddar.

*sangat enak dinikmati bersama teh'o' panas di petang hari... urmmmmm...

susu coklat kental manis yang Seri Kandi beli di Batam
Tags

Post a Comment

25Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedap ke kak????? Saya pun orang johor so tekak ni nak makan pisang ngan sambal kicap jelah

    ReplyDelete
  2. perhhhh....pisang goreng di cheese kan...
    mengeliurrrkan..

    ReplyDelete
  3. pisang keju ni sama tak dengan pisang bolen? oowwhh.. ini gunakan susu coklat kental manis tempohari.. ada hajat rupanya... nampak mcm sedap..

    ReplyDelete
  4. uish...nampak sedap nie...nnt ble la try

    ReplyDelete
  5. Iye kan? org Johor makan goreng pisang dgn sambal dia. Mana ada tempat lain. Tau tak? Lps spm dulu kakzana terus keluar dari Tanah Jauhar, sesekali balik beli pisang goreng tetiba ada sambal...hehe...dok luar negeri Johor lama, dah bnyk yg ketinggalan.

    Oh...keju dan pisang, err..gemok la nanti!!

    ReplyDelete
  6. tak pernah rasa lagi ni...boleh la cuba utk minum petang nti...;)

    ReplyDelete
  7. Kalau anak kakak sah tak cukup yg Seri hidang tu. Tapi kalau kakak lebih suka dgn sambal kicap juga Seri..

    ReplyDelete
  8. as-salam
    sedAPNYE pisang keju..

    ReplyDelete
  9. Mesti manis banget kan. Satu cubaan yg terbaek!!

    ReplyDelete
  10. Mesti manis banget kan. Satu cubaan yg terbaek!!

    ReplyDelete
  11. Mesti manis banget kan. Satu cubaan yg terbaek!!

    ReplyDelete
  12. Mesti manis banget kan. Satu cubaan yg terbaek!!

    ReplyDelete
  13. Salam sari..cam best g mkn goreng pisang ngan keju :D

    ReplyDelete
  14. ohh patutla saya mmg sebut goreng pisang. rupanya sbb saya orang johor..maklumlah, kami dah lama merantau kat pahang so kadang2 tak pasti cara percakapan kami ni ikut belah mana..hehe..tp saya pon mmg suka cakap 'ek'..hihihi

    ReplyDelete
  15. x penah mkn gini kak....buat terliur je nie...harus cuba gak ni...sbb nak tau rasa...:-)

    ReplyDelete
  16. harus sedap makan goreng pisang macam ni kan....

    hihih, betul la...org JB mmg makan g.pisang cecah kuah kicap...pisang goreng yg lembik2 saya suka..dekat dgn area tampoi tu ada satu gerai yg famous...

    ReplyDelete
  17. wah...1st time tgk menu ni...
    mesti sedap sgt kan...

    ReplyDelete
  18. kita org kedah.. dulu pelik jugak beli goreng pisang ada sambal kicap tu. yelah org kedah xde makan mcm tu..

    ReplyDelete
  19. Saya tak pernah makan goreng pisang cenggitu.

    IndoMilk tu tak pernah pula saya tengok ada jual kat kedai pun.

    Tu susu pekat manis dari Indonesia kah?

    ReplyDelete
  20. pisang+keju+coklat..kuat aura sdapnya ni kak..

    ReplyDelete
  21. Slm sy duk di kuala lumpur. ..mne nk bli susu kental manis coklat tu yer

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!