ASSALAMUALAIKUM...
TETIBA ada yang bertanya dengan Seri Kandi, kenapa rajin sangat mem'baking'? Errrr.. perlukah Seri Kandi nyatakan sebabnya ya, urmm.. Seri Kandi rasa biarlah rahsia dulu. Tapi di kalangan keluarga (ER, Iman, ibu dan adik beradik rasanya dah tahu kot kenapa tetiba sahaja Seri Kandi jadi rajin ya amat.. hehehe.
Ini adalah dua projek Seri Kandi masa cuti lepas dan satu lagi tu projek malam tadi. Alkisah Seri Kandi ni ada menyimpan semangkuk kecil isi durian tahun lepas (kih kih kih) semasa fenomena 'durian crepe' melanda. Ya Allah! Baru teringat, Seri Kandi tak masuk-masukkan lagi entry 'durian crepe' tukan sampai ke sudah, adehh! Berbalik cerita pasal isi durian tu dah berapa hari Seri Kandi turunkan dari tempat air batu (orang putih sebut freezer) ke bahagian bawah (fridge). Jadi, Seri Kandi fikir sbelum ia jadi tempoyak baiklah Seri Kandi buat krim kastard durian. Mula-mula Seri Kandi nak buat lagi 'durian crepe' tapi rasa macam jemu dan jenuhlah pulak nak berdiang tepi dapur tu. Tiba-tiba... ting!!! Muncul idea nak buat cream puff... hehehe. Seri Kandi pun korek-korek resepi cream puff yang pernah Seri Kandi buat sebelum ni. Korek kat dapur sendiri lagi senangkan dari korek kat dapur orang, hehe. Resepi ini adalah dari Dapur Tanpa Sempadan, bagi Seri Kandi resepi ini tidak menghampakan, dan dua tiga kali sebenarnya Seri Kandi guna resepi ini. Kepada Cik Mat Gebu, terima kasih sekali lagi ya dari Kak Sari :-)))))
Durian Cream Puff
Olahan dari : Cream Puff dan Sos Kastard
Bahan Krim Kastard Durian :
1 Tin Susu Cair
2 sb gula
1 1/2 sb tepung kastard (bancuh dengan sedikit air biasa)
1 mangkuk kecil isi durian
1/2 sk esen vanilla
2 kuning telur
secubit garam
3/4 cawan non-diary whipping cream
1. Satukan semua bahan kecuali non-diary whipping cream di dalam jug pengisar dan kisar halus.
2. Masukkan ke dalam periuk dan masak di atas api sederhana kecil sehingga likat dan berkilat serta meletup-letup sedikit krimnya.
3. Tutup api dan terus tutupkan periuk dengan plastik. Biarkan sejuk. (Sementara itu boleh sediakan puffnya)
4. Apabila krim telah sejuk, putarkan dengan kelajuan tinggi non-diary whipping cream selama dua minit (masa ini dah cukup kental) ** sentiasa simpan non-diary whipping cream di peti sejuk sebelum digunakan dan terus putar sebaik sahaja keluar dari peti sejuk. Jika tidak digunakan simpan di bahagian sejuk beku.
5. Masukkan krim kastard durian yang telah sejuk tadi ke dalam mangkuk mengandungi krim yang telah diputar kental dan putar dengan kelajuan paling perlahan sehingga rata.
6. Simpan di peti sejuk jika belum hendak dipaipkan ke dalam puff.
Bahan Puff :
Seri Kandi gandakan sukatan ini sebab terlalu sedikit.. hehe.
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
75 gram tepung
gandum, diayak
1 biji telur + 1 kuning telur
1/2 camca teh esen
vanilla
1. Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair.
2. Masukkan
garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi
bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan.
3. Matikan api,
alih adunan ke dalam mangkuk pemutar.
4. Bila adunan suam, putar pada
kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur serta esen vanilla. Putar
hingga sebati.
5. Alihkan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung
bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 1 inci atas dulang pembakar yang
telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
6. Bakar dalam oven yang telah
dipanaskan 15 minit lebih awal pada suhu 200C selamat 25 minit atau cream puff kuning keemasan.
Biarkan sejuk.
7. Apabila sejuk, cucukkan dengan hujung pisau dan belah sedikit puff (tidak perlu terlalu besar).
8. Masukkan krim kastard durian tadi dalam piping bag dan potong sedikit hujungnya, masukkan ke dalam puff yang dibelah sedikit tadi kemudian picit krim sehingga memenuhi ruang kosong puff.
9. Ayakkan sedikit gula aising sebagai penyeri :-))))))
Macam biasa, Seri Kandi memang tak sedap kalau makan sendiri. Seri Kandi selalu teringatkan adik beradik Seri Kandi di Senai tu. Kebetulan adik Seri Kandi yang di KL balik kampung jadi Seri Kandi buat dua adunan sekaligus supaya bolehlah Seri Kandi hantar ke sana sikit. Malangnya, kakak Seri Kandi rupa-rupanya memang tak makan krim kastard durian tu. Kalau durian dengan tempoyak memang hantu tapi kalau benda lain rupanya dia tak berapa. Jadi, dia cuma tengok kami makan. Ish! Sedihlah Seri Kandi macam nikan. Jadi, malam tadi dengan gigihnya Seri Kandi buat lagi cream puff. Kali ini Seri Kandi gunakan resepi Japanese Cream Puff dari blog Masam Manis cuma Seri Kandi derhaka sikit, Seri Kandi tak taburkan dengan Pai Shuu Crust (mim alif lam sim) dan Seri Kandi buatkan krim kastard biasa supaya tiada yang berkecuali nanti. Maaf ekh, gambar ni semuanya adalah yang Seri Kandi upload ke facebook Seri Kandi dan Seri Kandi download semula. Seri Kandi memang tak ada gambar lebih sekarang, jadi kita guna apa yang ada sajalah ya...
Japanese Cream Puff
Sumber : Masam Manis
Bahan Puff :
120 gm mentega
3/4 cawan air
1 1/3 cawan tepung ~ 170 gm di ayak
5 biji
telur ~ berat telur 60 gm sebiji atau timbang telur seberat 300 gm untuk 5
biji
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula ~ nak letak boleh tak letak pun
ok! (Seri Kandi tak letak)
Cara-caranya :
(ada beberapa langkah yang Seri Kandi 'skip' sebab tak sesuai dengan keadaan Seri Kandi. Untuk cara sebenar boleh rujuk terus di dapur Kak Ita ya. Di sini Seri Kandi tulis sepenuhnya apa yang Seri Kandi buat untuk puff pastri ini)
1. Dalam satu periuk kecil, satukan mentega yang dipotong kiub bersama garam, gula
dan air. Panaskan atas dapur hingga ia mendidih.
2. Bila dah mendidih, segera
alihkan dari api atau tutup api.
3. Dengan segera tuangkan tepung yang telah di
ayak tadi dan kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi doh yang
lembut.
4. Panaskan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan terus kacau
hingga dasar periuk terbentuk kepingan-kepingan nipis.
5. Tutup api dan masukkan
telur ~ sebelum tu telur hendaklah di pukul dahulu hingga rata
Tuangkan telur
sedikit-sedikit dan terus kacau hingga adunan menjadi licin dan
sebati. (Adegan yang paling tak larat Seri Kandi nak buat, hehehe)
6. Alihkan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 1 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 15 minit lebih awal pada suhu 200C selamat 25 minit atau cream puff kuning keemasan. Biarkan sejuk.
8. Apabila sejuk, cucukkan dengan hujung pisau dan belah sedikit puff (tidak perlu terlalu besar).
9. Masukkan krim kastard dalam piping bag dan potong sedikit hujungnya, masukkan ke dalam puff yang dibelah sedikit tadi kemudian picit krim sehingga memenuhi ruang kosong puff.
9. Ayakkan sedikit gula aising sebagai penyeri :-))))))
Resepi kastard :
1 tin susu cair
3 sb gula
1 1/2 sb tepung kastard (dibancuh dengan sedikit air)
1 st esen vanilla
3 kuning telur
3/4 cawan non-dairy whipping cream
1. Leburkan semuanya (hehehe) kecuali non-diary whipping cream di dalam periuk dan terus kacau hingga likat dan berkilat serta meletup kecil krimnya di atas api sederhana kecil.
2. Tutup api dan terus tutupkan periuk dengan plastik, biarkan sejuk.
3. Apabila krim telah sejuk, barulah pukul non-diary whipping cream dengan kelajuan tinggi selama dua minit.
4. Dengan kelajuan paling perlahan, putar ia bersama krim kastard tadi. Simpan di peti sejuk jika belum hendak digunakan.
p/s Tujuan menutup terus periuk yang mengandungi kastard dengan plastik adalah bagi mengelakkan ia (kastard) menjadi berkepala.... errr.. tahutak macammana berkepala tu? Atasnya nanti kering dan berkepingan... macam tauhu kering tu...
Saya suka creme puff tapi saya suka inti nya vanilla
ReplyDeleteKakak kalau masuk angsana tak pernah tak beli cream puff tapi tak adalah isi durian macam Seri buat. Ianya cuma custard. Cream puff season kakak punya favourite.
ReplyDeletesedap ni...
ReplyDeleteyummy!
ReplyDeletefuhhh, terliur akk tgk krim yg meleleh tu....hihihi
ReplyDeleteadoii aiii tergoda ku lihat krim merim nya meleleh jer tuu..kak suka makan krim lebih2 ...sedap..
ReplyDeletesedapnyerrr.. meleleh2 dah kastardnya tu.... akak pun ada bwk blk sebekas isi durian yg mak akak frozenkan blk cuti baru ni... maklumlah.. durian rumah mil dah biasa dpt mkn.. durian rumah mak sendiri jarang2 merasa sbb pokoknya cuma ada sebataang dua jer.. hehe.. anak tak sempat blk.. mak sanggup perisi & frozenkan... tgh fikir nak diapakan dgn durian tu..
ReplyDeletemmg sedap ni...mkn ngap2 aje...:-)
ReplyDeletesuka benda ni...tp xpernah cuba buat sdiri...nk kena cuba ni...:)
ReplyDeleteAssalamualaikum..emmm terasa lama plak tak makan cream puff ni
ReplyDeletesedapnyer... tgk pun dh terliur ni
ReplyDeleteBaca resipi jer pun dah boleh imagine kelazatannya.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletelook so nyummeh!
ReplyDeleteWaduhhh rasa nak amik suap kat mulut!
ReplyDeleterajin...kita tak buat2 lagi kuih ni..rasa pun tidak (malu nak ngaku...hi2)
ReplyDeletepeberet lia ni kak... sejak pandai buat sendiri ni asyik nak buat cream puff jer ;) klu dulu nak makan kene beli..skrg da jimat sikit buat satu adunan satu family dapat makan.
ReplyDeletedurian ni kureng la sikit.. nak kata tak makan langsung apa2 produk berasaskan durian makan jugak skit2.. tp bukan jenis pemakan durian la. Entah napa kalau kuat sgt bau durian tu jd pening.. peliknya kecik2 dulu ok je makan durian :D
ReplyDeleteaku tertarik dgn ayat ko ->"rajin membaking".. cer ..cer..cer teka kenapa yus rajin sangat ni?Yaya nak jadi Kakak ke?Aku tumpang gembira jika benar tekaan aku ni..tetiba aku pun teringin join sama pulak..wakakak
ReplyDeleteassalam
ReplyDeletememang feberet sy dan anak beranak ni
tp anak2 suker krim biasa kastad tu
yummyyyy kan
Salam.. Kak Sari ni memang selalu buat kami terliur.. Erm kak.. ni mesti ada good news nak beritahu kami ni.. Apa2 semoga semuanya dipermudahkan..
ReplyDelete