BUAT pertama kalinya Seri Kandi tidak bergerak ke mana-mana ketika cuti Tahun Baru Cina kelmarin. Walaupun ER ada menyuarakan hasrat untuk keluar dari Tanah Jauhar ini namun Seri Kandi cadangkan untuk kami melepak di rumah sahaja. Hajat Seri Kandi sebenarnya adalah untuk mengemas kain baju yang sudah setahun tidak keluar dari almari dan tidak lagi muat di badan. Tapi hajat cuma tinggal hajat. Betul-betul punya melepak sampai satu apapun tak bergerak... hehehe.
Semalam Seri Kandi merajinkan diri membina istana pelangi dalam kaca. Cake In Jar, Seri Kandi tak pasti masih 'in' lagi atau tidak dan terus terang Seri Kandi memang belum pernah lagi mencuba membakar kek dalam botol ini. Seperti yang pernah Seri Kandi beritahu sebelum ini Seri Kandi belum ada kekuatan untuk membakar kek dalam botol jadi Seri Kandi hanya menjual chill cheese cake dalam botol yang buat masa ini diberhentikan atas sebab-sebab tertentu. Jadi semalam Seri Kandi telah mencatat satu lagi sejarah dalam dunia kek Seri Kandilah kiranya, hehehe.
Seri Kandi mempraktikkan resepi 'rainbow cake' yang pernah Seri Kandi buat dalam 'cupcake liner' sebelum ini dari resepi Martha Stewart yang Seri Kandi rujuk dari Kak Azlita Aziz Masam Manis. Memang seronok bermain dengan warna dan Seri Kandi menggunakan lima warna sahaja. Dah siap mewarna dan masukkan dalam 'piping bag' Seri Kandi pun picitlah selapis demi selapis warna dalam botol tu. Punyalah syok melapis Seri Kandi tak sedar yang lapisan Seri Kandi telah mencapai lebih dari setengah paras botol. Aiyakkkkkk!! Ada karang melimpah-limpah dari mulut botol karang, huhuhu jadi Seri Kandi pun cedoklah dua sudu setiap botol... hehehe.. apadaaa...
Sumber : Rainbow Cupcakes Alam Sari
Bahan-bahan :
1 1/2 cwn tepung gandum **
2 sdk baking
powder ** (ayak bersama **)
Secubit garam **
1/2 cwn butter ~ suhu bilik (Seri Kandi guna 1/2 buku butter 250gm tu)
3/4 cwn gula castor
~ Seri Kandi guna 1/2 cawan sahaja)Secubit garam **
1/2 cwn butter ~ suhu bilik (Seri Kandi guna 1/2 buku butter 250gm tu)
3 biji putih telor ~ suhu bilik ( saiz B)
1 sdk esen vanila
3/4 cawan susu segar ~ suhu bilik
warna secukupnya, ungu, biru, hijau, kuning, merah.
Cara-caranya:
1. Sediakan botol bersih dan air panas yang diisi dalam loyang sedalam 1/2 inci.
2. Panaskan oven pada suhu 180 darjah selsius.
3. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
4. Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
5. Masukkan esen vanila
6. Kemudian perlahan kelajuan yang paling rendah, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
7. Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam lima bekas berasingan
8. Letakkan pewarna
dalam setiap bekas, kacau rata dan masukkan ke dalam piping bag.
9. Picitkan setiap lapisan nipis di dalam botol, mulakan dengan ungu, biru, hijau, kuning dan merah. Jangan melebihi paras setengah botol.
10. Masukkan botol dalam loyang yang mengandungi air panas tadi (jangan terlalu panas). Jangan isi banyak-banyak botol dalam loyang.
11. Bakar 10 minit pertama pada suhu 180 darjah kemudian turunkan 175 -170 darjah, bakar lagi 15 minit.
12. Uji kek dengan lidi, jika tidak melekat bermakna kek telah masak. Jika masih melekat tambah lagi 5 - 10 minit.
13. Setelah sejuk bolehlah dipaipkan krim mengikut citarasa anda.
salam,
ReplyDeletetgk cantik sgt, nak makan pun syg, hehehe...
amboi kak sariiii , rajinnyaaaa...lawa kaler.tak pernah lagi bakar dalam botol ni, kiranya sambil bakar tu kena letak air panas la? kira macam buat kek cheese tu? sebab imajin kalau bakar macam tu je, nanti pecah pulak balang kaca tu kan?
ReplyDeleteWaahhh....cantikkkkk. Kita kan memang suka rainbow2 nie...hehehehehe
ReplyDeletetahniah... sekurang2nya serikandi dah berjaya membakar kek dlm botol... akak ni lagilah langsung tak pernah bermain2 dgn botol tu.. cumaa... dgn botol kicap & sos je yg biasa ku bermain.. kekee...
ReplyDeletecantiklah kak..warna warni
ReplyDeleteKakak bayangkan kalau botol pecah macam mana? Memang tak terbuatlah kakak nie Seri..
ReplyDeletekita pun teringin jugA nak buat cake in jar macam gini,tapi malangnya,kedai membekal botol2 bagai aksesori telah terbakar 3 bulan lepas..dah pergi ke khemah sementara kedai tu mmg tak ada stock...gram pulak nengok cake sri kandi ni..hi2
ReplyDeletepelangi dalam botol...macam fantasiii....hihihi!
ReplyDeleteWaaaa.. sedapnyer kak..
ReplyDeleteBila ntah dapat rasa.. :)
cantiknyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!! kalo buat gift mesti cantik kan??
ReplyDeletekak ilah kamu ni rajen print tapi membuatnya hampehhh hehe tapi seronok tgok ramai kwn GMM kita dah maju ..pandai cari duit sampingan dgn bisnes makanan yg dibelajar melalui blog jer..tahniah semoga adinda kuss berjaya
ReplyDeletemenarik untuk dicuba ni
ReplyDeleteSerikandi guna botol kaca yg qualiti mcm mne ye supaya bakar pun x blh pecah? hehehe
ReplyDelete