LONTONG & TELUR PINDANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
11
ASSALAMUALAIKUM...

ini lontong dari Restoran Fatimah, Bandar Baru Uda
GIGIH Seri Kandi memburu sarapan pagi ini selepas menghantar Iman ke sekolah. Tekak SK pagi teringin benooo nak makan lontong gara-gara kawan SK menyebut-nyebutnya semalam. Lontong kegemaran SK kalau di JB ni ada dua tempat sahaja yang betul-betul menepati citarasa SK iaitu di kantin Balai Polis Depoh atau di Restoran Fatimah di sebelah Sekolah Kebangsaan Kompleks Uda. Bukan sahaja dari segi rasa tapi juga dari segi nilai ringgitnya, hehehe.

Kadang tu susah juga nak jumpa lontong yang lengkap lauk pauknya. Ada sesetengah kedai atau restoran tak ada sambal kacangnya, ada pula yang tak ada serundingnya. Bagi SK, kalau nak makan lontong wajib ada sambal kacang, sambal tumis (bagi pedas kalau sambal kacang tak pedas) dan serunding. Yang paling penting kuah lodehnya mestilah pekat santannya dan cukup sayur, tauhu dan paling best kalau ada tempenya :)))

Duluuuuuuuuuu.. setahu SK tiada istilah lontong basah atau lontong kering. Kalau disebut lontong kita dah tahu hidangannya ialah potongan nasi impit yang dimakan bersama sayur lodeh, sambal kacang dan serunding. Kalau ada tambahan, mungkin cuma telur sebiji atau separuh. Ibu SK dulu buat nasi impit sendiri. SK rasa ramai anak-anak sekarang yang tak tahu bagaimana cara membuat nasi impit ni. Yang mereka tahu ketupat segera tu jer, kan.. kan... kan...

Kalau beraya di kampung suami, sebolehnya SK akan menyediakan sayur lodeh untuk dimakan bersama ketupat segera. Ramai juga yang datang beraya ke rumah mak mertua sukakan sayur lodeh yang SK buat. Ialah, dalam banyak-banyak rumah beraya, di rumah mertua saja yang ada sayur lodeh ni. Kembang kuncup juga kalau mak dok canang menantunya yang punya masakan lodeh tu. Tak sampai petang dah habis sayur lodeh seperiuk besar tau, Alhamdulillah.

Haaa.. telur pindang ini pula satu lagi makanan kebanggaan masyarakat Tanah Jauhar ini dan telur ini dibuat oleh ibu SK tau. Ia direbus dengan pelbagai jenis daun, rempah dan herba bagi membangkitkan rasanya. Dalam keluarga SK, jika terdapat majlis perkahwinan dan sebagainya telur pindang adalah cenderhati yang paling sering diberikan kepada tetamu begitu juga oleh kebanyakan masyarakat di negeri Johor ini.  Ia juga tahan lama sehingga dua minggu dan enak dimakan begitu sahaja. Ada yang berminat nak menempah telur pindang ni ke? Sebarang pertanyaan atau tempahan bolehlah diemailkan kepada SK ya di serikanditanahjauhar@gmail.com.

Sekian, wassalam.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Definisi lontong sedap versi akak t memang sangattttt tepat!

    ReplyDelete
  2. Lontong restoran Fatimah tu kakak dah rasa tapi kantin depoh tak pernah. Betul kalau lodehnya sedap baru best makan lontong ni..

    ReplyDelete
  3. Terbaik! Tipikal Johor! Saya suka....:)

    Susah nak cari lontong yg betul2 sedap di kawasan saya..shah alam...Kalau balik JB, saya suka gi Hutan Bandar, makan lontong kering....Lontong basah/berlodeh ni...kena dgn sambal sotong..kuah kacang...perghhhh

    ReplyDelete
  4. sedapnyer lontong tu. cuma telur pindang KA krg gemar hehehe

    ReplyDelete
  5. lontong tu sebenarnya nasi yang dibalut dengan daun pisang bentuk nya bulat memanjang kan akak....

    shida suka kuah lodeh nie...sila la buat utk adik kamu di utara nie wahai akak sari yusa

    ReplyDelete
  6. sedap nampak lontong tu sari...ori punya...:) sari tau tak kat mana kkida nak tempah telur pindang tu?

    ReplyDelete
  7. besnyaaaaa... orang johor mesti power bab2 lontong kan..:D

    ReplyDelete
  8. Lontong dh sebati dgn org johor..klu x ada rasa x lengkap idup..hevhee

    ReplyDelete
  9. peghh.. bila tgk menu2 sarapan pagi kat johor nih cikda rasa nak pindah balik johor je... huwaaaa.....!!!

    ReplyDelete
  10. aduhaiii sedapnye tgk lontong tu..nk pula ade telur pindang..nyum2

    ReplyDelete
  11. Waktu malam begini pula saya perlu menelan air liur menatap gambar lontong ini.. Aduhaiii SK.. :-)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!