PUDING TRIFFLE PENGANTIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
9
ASSALAMUALAIKUM...


MUSIM orang kahwin baru berlalu meninggalkan kenangan yang begitu banyak buat Seri Kandi. Apa tak banyaknya, lemak di pinggang SK ni dah berketul-ketul sampai bila nak beli baju (baju kurung) bajunya muat, tapi kain.. yassalammmmmm.. Tapi takkanlah pulak nak ambil kain saiz XL baju saiz L, kan. Tapi SK senyum kembang juga bila adik yang jaga butik tu kata SK tak gemuk. Tak gemuk??? Nak naik mesin penimbang pun takut wooo.. haha.


Okey, kali ini SK nak cerita tentang majlis perkahwinan adik saudara SK yang bongsu sebelah ibu, namanya Khairul Amri yang kami panggil Am. Am merupakan anak kepada adik ibu yang bongsu. Hubungan keluarga kami memang agak rapat kerana dulu kami tinggal di rumah mereka (lain pintu). Kadangkan, SK rasa masa terlalu jauh meninggalkan SK. SK masih ingat, masa kecik-kecik dulu Am ni selalu jer tidur di rumah SK. Kalau tak ada kat rumah tu, maka tahulah Mak Usu yang Am ni ada di rumah Cik Nah (ibu SK). Kadang tengok tv sampai tertidur. Am ni memang agak rapat dengan adik SK, Azwa.

hero dan heroin
Tup.. tup jer dah kahwin, kan. Dan Am menutup tirai majlis perkahwinan keluarga Pak Usu dan Mak Usu. Alhamdulillah, dah ramai cucu Pak Usu dan Mak Usu sampai SK pun dah tak 'cam' ni anak siapa, yang ni anak siapa.. hehehe.

bapak pengantin berseorangan... mak pengantin mana??
Haaa.. tulah dia kalau dah bercerita, intronya saja dah tiga para. Mehlah tengok puding triffle (ejaannya trifle ke triffle... belasah jelah!) yang SK sediakan untuk majlis makan beradap pengantin Am dan isterinya Intan ini. Masa mula-mula tu, SK memang semangat juga nak ambil gambar step by step tapi bila satu daripada bekas yang SK buat tu dah terjerlus, terus SK rasa nak pitam dan lupa ambil gambar puding triffle yang telah siap.. huhu. Esoknya, subuh-subuh lagi SK dah mengadap periuk menggodeh adunan yang baru, hihi. Gambar yang ada ni pun nasib baiklah sempat menembak di majlis yang dah lebih separuh bermula. Untuk puding triffle ni, SK masih menggunakan resepi DI SINI cuma kali ini SK gunakan swiss roll untuk mendapatkan hasil yang cantik.

SK sediakan puding dalam 'cup' khas untuk pengantin dan dua mangkuk besar untuk makan ramai-ramai..
Eh! Red Velvet Cheese Tart pun adalahhhhh!
Ada yang bertanya dengan SK, tentang lapisan puding SK yang kemas dan cantik (perasan). Sedikit tips dari SK, pertama, jangan terlalu banyak menuang air buah ke atas kek, cukup sekadar merenjis sedikit sahaja. Kedua, tuangkan lapisan kastard sehingga menutupi keseluruhan lapisan kek, jangan biarkan walau ada sedikit ruang pun. Dan yang ketiga, jangan biarkan lapisan kastard sejuk sebelum menuang lapisan jeli kerana ia akan membuatkan kedua-dua lapisan ini terlerai ketika dipotong atau disuap ke mulut. Jom semak resepi yang SK telah masukkan sukatan cecair yang sebenar (resepi asal tiada sukatan cecair yang tepat).



Puding Triffle Pengantin
Resepi : DaniaElyza @myresepi
Sumber & Olahan : Alam Sari

Bahan-bahan Lapisan Bawah/ Kek :
  • 1 buku kek swiss roll perisa pandan (SK beli siap-siap sebab tak pandai buat swiss roll.. hehe)
  • 1 tin buah pic (ambil airnya sedikit)
Caranya :
  1. Potong kek swiss roll dan susunkan di tepi bekas yang lutsinar. Kemudian tutupkan juga bahagian dasar bekas dengan kek.
  2. Renjiskan air dari tin buah pic tadi. Ketepikan.
Bahan-bahan Lapisan Kastard :
  • 1 tin susu cair (boleh ganti dengan 380 ml sebarang susu kotak plain)
  • 2 sb gula pasir
  • 4 sb tepung kastard
  • 400 ml air
Caranya :
  1. Masukkan susu dan gula dalam periuk. Dengan api sederhana kacaukan sehingga gula larut.
  2. Sementara itu bancuhkan tepung kastard dengan air sehingga sebati. Tuangkan dalam periuk yang mengandungi susu.
  3. Kacau sehingga betul-betul pekat dan adunannya meletup-letup.
  4. Tutup api dan terus tuangkan ke atas lapisan kek sehingga menutupi keseluruhan kek sehingga ke dinding bekas.
Bahan-bahan Lapisan Jeli :
  • 1 kotak Jeli Nona (Perisa Rasberry atau Strawberry)
  • 400 ml air
Caranya :
  1. Panaskan air sehingga mendidih. Tutup api.
  2. Masukkan serbuk jeli nona. Kacau cepat sehingga larut dan terus tuangkan ke atas lapisan kastard.
Bahan hiasan :
  • Hirisan buah pic
  • Buah Strawberry
Selepas 5 hingga 10 minit, permukaan jeli mula membeku, terus hiaskan dengan hirisan buah pic dan strawberry. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

p/s Bukan pengantin jer boleh makan.. siapa-siapa pun sila-silalah ya..

Ucapan untuk Am & Intan... Selamat Pengantin Baru, Kak Sari doakan agar kebahagiaan sentiasa melingkari kehidupan kamu berdua sehingga ke akhir hayat. Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alamin..

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. cantiknya kak yus..harus la sedap utk pengantin ni kan..

    ReplyDelete
  2. Nasib baik ada yg di mangkuk besar utk makan ramai-ramai kalau tak melelehlah yg nampak live masa tu macam kakak ni...

    ReplyDelete
  3. cantik tema merah hitam.. :) lia klu buat trifle anak2 x nak makan keknya..dok ambik kastard n buah2 jer.. omaknya jugak lah yg kene tlg perabis...mana x makin gebu.. huhuuu

    ReplyDelete
  4. baru jer tercari2 resepi nie nasib akak dah kongsikan bleh saya cuba nanti..tq kak

    ReplyDelete
  5. jalan cerita am nie dah mcm kazen shda yg baru kawen tu jugak.kami rapat..mcm tak prcya dia dah kawen dulu dr kakak sepupu nya nie..

    mesti sedap kan trifel nie..

    ehem ehem...shda pun aritu masa kenduri kazen guna bekas kaca tingkat jugak..letak kek lapis dan kuih beras

    ReplyDelete
  6. Aina ni kalau bab pencuci mulut tak pernah menolak menarik je...:)

    ReplyDelete
  7. tak dapat merasa triffle ni.. tapi dapat juga merasa red velvet tart tuuu!! sedappp.. pavlova SK pun lom rasa... hehehehe..

    anyway terima kasih buatkan triffle utk majlis santapan Am tuu hehe

    ReplyDelete
  8. sedap tu, tahniah buat pengantin

    ReplyDelete
  9. Idea pencuci mulut yg menarik untuk pengantin :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!