sambungan 'AKU RINDU PAPA'
"Maaaa... Diana dah jumpa papa...," takut-takut Diana memberitahu Emi. Sudah tiga hari dia duduk di rumah mama kerana cuti sekolah, barulah dia berani bersuara tentang papanya, Kamil.
"Jumpa papa? Macammana boleh jumpa? Jumpa kat mana?? Papa okey ke???" Bertalu-talu pertanyaan yang singgah ke telinga Diana. Emi tak sabar menunggu jawapan Diana. telah lama dia menanggung rasa bersalah akibat perbuatannya yang lalu terhadap Kamil.
"Jumpa dalam facebook... " menggigil Diana. Takut kalau Emi melenting. Silap-silap dihalau balik hari itu juga.
"Ohhhh..," Emi seperti mengeluh. Sangkanya Diana sudah bertemu empat mata dengan Kamil. Ada nada kecewa dalam nada suaranya. Diana rasa lega bila Emi tidak memarahinya.
"Mama nak tengok papa?" Emi mengangguk lemah. Cepat-cepat Diana membuka akaun facebooknya di dalam telefon bimbit. Ada rasa kesal bermain dalam hati Emi. Sesekali bertiup angin cemburu melihat kebahagiaan yang dipaparkan di dalam gambar Kamil dengan keluarga barunya. Gambar mereka bercuti ke pantai-pantai dan ke pulau-pulau malah gambar mereka membeli-belah hingga ke luar negara. Emi menelan liur, pahitnya sampai ke anak tekak. Pilunya hati hingga menikam jantung.
..................................................
"Hei, Emi!! Apa you buat berdiri sini??? Pergilah sana kasi sapu!!" Terbang segala memori yang melayang di kotak ingatan Emi bila disergah begitu.
"Errrr.... sekejap lagi saya sapulahhh," Emi cuba mengelak. Terkebil-kebil dia memandang tubuh Jennet yang tembun itu. Tak padan dengan tembun bergaya pula macam tomboy.
"Apa sekejap lagi? Orang dah ramai. Tadi satu group dah bangun, nanti orang lain nak duduk, macam mana kalau tak sapu? You kalau tak mahu sapu you berhenti duduk rumahlahhh!!" Macam tak cukup nafas Jennet memarahi Emi. Suaranya yang nyaring itu tenggelam dengan bunyi kelentung kelentang di dapur dan hiruk pikuk pelanggan berbual di restoran tetapi tetap menyakitkan telinga Emi.
Emi mengendap sekejap pasangan yang sedang menghabiskan ikan di dalam pinggan bujur. Seboleh mungkin si isteri menggaru isi ikan dan disuap ke mulut suami. Sesekali isi ikan disuap ke mulut sendiri. "Eiiii, macam tak pandai makan sendiri, nak bersuap-suap..." sedikit terbakar hati Emi dengan api cemburu.
Dalam terpaksa, penyodok dan penyapu yang dipegangnya sejak tadi diheret lemah menuju ke ruang restoran. Emi tunduk menyapu di bawah meja yang baru dikosongkan. Tisu-tisu pembungkus sudu garfu berterabur di bawah meja mungkin diterbangkan angin dari kipas besar restoran. Emi tertunduk-tunduk menyapu tisu cepat-cepat masuk ke dalam penyodok sampah. Dalam hatinya berdoa agar pasangan itu jangan menoleh ke arahnya. Emi sengaja menyapu membelakangkan meja pasangan itu.
"Heiiii, cepatlah! Orang dah ramai!" Jerkah Jennet. Restoran Cina Muslim itu memang sentiasa penuh lebih-lebih lagi pada hujung minggu. Apatah lagi ia merupakan satu-satunya restoran cina di kawasan peranginan itu yang mendapat pengiktirafan halal dan kerap pula dikunjungi orang 'besar-besar'.
"Cepattttttttt!!" Rasa nak diketuk sahaja kepala Jennet dengan penyodok sampah yang dipegangnya. Tak nampak ke dia sedang menyapu laju-laju. Dahlah hatinya terbakar melihat pasangan suami isteri itu makan ikan berharga RM70 sekilo itu. Emi yang siang malam menyapu di restoran itu nak merasa secubit pun payah tapi mereka dua suami isteri makan ikan seekor itu berdua sahaja sampai tinggal tulang. Emi makin cepat menyapu. Biar cepat siap, biar dia boleh beredar dari situ cepat-cepat. Jangan sampai Kamil nampak....
Bersambung...
La haiii kak. Awat jadi mcm nie?
ReplyDeletealahai..tak perasan lah seri. Ingatkan tart coklat, rupanya rentung!
ReplyDeletehuhu....patut pun kerentungan sekeping hati...hmmm...
ReplyDeletegamaknya ni lepas masuk oven tinggal pegi mandi.. pastu lupa terus shell tart dlm oven.. hihi...
ReplyDeletep/s: xde apa2 yang berlakulah sari... saja je rasa malas sejak blk dr kg.. penat tolong husband sabit kelapa sawit gamaknya.. hehe...
hehe..ralit layan blog/fb ke apa..sampai rentung habis..
ReplyDeletehe hehee sri mmg sesuai dgn tajuknye tue kan:) nape nie..
ReplyDeletewah hebat2 !
ReplyDelete