BUNGA rampai diracik-racik
Makin pandang bertambah cantik
Bunga rampai harum baunya
Kalau dah jodoh bertemu jua
Makin pandang bertambah cantik
Bunga rampai harum baunya
Kalau dah jodoh bertemu jua
... Berdebar rasa hati
bercampur dengan rasa suka
Hari yang dinanti
Hari yang dinanti
sudah sampailah masanya
Gadis dihias rapi
Gadis dihias rapi
dengan inai merah dijari
Sanggul berbagai rupa
dihias pula dengan bunga
Baju kebaya panjang
Baju kebaya panjang
bersulam manik nampak bercahaya
Bila dia tersenyum
Bila dia tersenyum
ala sayang sungguh manisnya
Bunga rampai ditabur-tabur
Hati longlai jadi terhibur
Bunga rampai harum berbau
Biar lerai hati yang rindu
Alhamdulillah, setelah beberapa purnama menanggung rindu (rindu ke.. Alia?? hehe) dua hati dan dua jiwa ini telah pun selamat diijabkabulkan oleh bapa Alia sendiri dalam satu majlis meriah malam kelmarin dan Seri Kandi tumpang bangga kerana dapat menyaksikan sendiri penyatuan dua keluarga ini secara 'live' depan mata.
Tuan Rumah sekeluarga berbaju sedondon merah jambu |
Kepada Alia, auntie ingin mengucapkan tahniah
(sebenarnya agak terkilan kerana SK betul-betul lupa hendak bergambar dengan Alia pada malam tu). Layarilah rumahtangga yang baru dibina ini dengan sabar dan SK percaya, Kak Jun telah cukup membekalkan ilmu untuk anaknda beliau sebelum melepaskannya ke tangan jejaka yang dicintai dan disenangi Alia.
cenderahati yang amat bermakna |
Sekali lagi untuk Alia & Aizu,
Selamat Pengantin Baru semoga mahligai yang dibina akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata yang akan memeriahkan dunia kalian dan semoga bercinta hingga ke syurga abadi,
Amin.. Aminnn.. Ya Rabbal Alamin.
terima kasih juga kepada Kak Ida yang membenarkan SK men'copy & paste' gambar-gambar dari blog Kak Ida ya. Best betul dapat peluk Kak Ida kuat-kuat malam tu, hihihi.
Selamat Pengantin Baru semoga mahligai yang dibina akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata yang akan memeriahkan dunia kalian dan semoga bercinta hingga ke syurga abadi,
Amin.. Aminnn.. Ya Rabbal Alamin.
bersama orang lama (bloggers dan bakers) yang amat SK segani kiri sekali Cek Mek Zue yang datang dari utara kanan sekali Sashu (Sugar Pink Icing) dan di sebelah beliau Asilah Ceritera yang baik hati dan sangat mesra orangnya.. yang di tengah yang paling comel tentulah mak pengantin Kak Jun Cupcakekasih |
Kak Ida sangat cantik berbaju pink malam tu tau |
dulu selalu berbalas komen di alam maya sahaja.. penulis tersohor Kak Lily Haslina Nasir |
ini pengantin selamanya.. keh keh keh! |
tahniah alia.. cikda pun tumpang gumbira atas penyatuan ini.. hehehhe..kenapa cikda pulak terasa cam best je duk atas pelamin tu ek?? hehhehehe
ReplyDeleteSemoga berbahagia hingga ke syurga. :)
ReplyDeleteslmt pengantin baru buat mereka... tahniah buat kak jun..
ReplyDeleteSeronok meraikan pengantin, seronok juga bertemu teman blogger..
ReplyDeleteSmoga mahligai yg dibina kekal slamanya..aminn..cantik SK..
ReplyDeleteSemoga bahagia melayari bahtera agar kekal selama2nya.
ReplyDeleteWah pengantin lama pun apa kurangnya.
Seronoknya berkumpul beramai2 kan.
salam Sari, terima kasih sangat kerana sudi menyerikan majlis kami. tak terucap dengan kata2. sudi datang jauh2 dari Johor. semoga pengantin selama ini akan terus berbahagia dan membahagia semua insan yang mengenalimu. Thx again.....
ReplyDeletesuka jumpa seri malam tu...datang dari jauh untuk memenuhi undangan teman blogger...Insyaallah hujung tahun ni datang kenduri anak kkida pula ye...:)
ReplyDelete