ASSALAMUALAIKUM...
TEPUNG yang diuli bersama mentega dan air, dilayangkan pula di udara rasa terawang-awang dibuatnya dan dicanai pula sebelum digoreng di atas kuali besar dan lebar kemudian dihempuk pula dicicah pula dengan kari dhal pekat likat, adakah sesiapa yang tak minat roti canai di sini. Oh! Ada yang panggil roti pratha.. kata ER, di kampungnya sesetengah orang menyebut roti planta. Apapun namanya, bagi Seri Kandi, ia adalah sarapan yang tersedap, termudah dan termurah... hehehehe.
Jemput makan!!
p/s Dah lama SK tak makan atau beli roti canai di kedai mamak yang besar-besar tu (yang kecik pun). SK pernah baca dalam suratkhabar, ketika satu serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa (yang berkait dalam bidang makanan dan kesihatan nilah), beberapa pekerja restoran sedang menguli roti canai dengan kaki.. tobat, tak mahu terus SK makan roti canai mamak ni. Sekarang pun banyak kedai melayu yang jual roti canai sedapkan... insyaAllah, dijamin kebersihannya.
roti canai satu kak..(",)
ReplyDeletemenyelerakan!
ReplyDeleteroti canai melayu lagi sedap sebab kari atau dhalnya x de 'bau'.
ReplyDeletemasa panas memang sedappp..
ReplyDeleteItulah juga sebabnya kakak tak makan di kedai mamak SK. Kakak kalau nak makan di restoran sebelah taman kakak org melayu buat laaagi sedap, tapi kena cepat sebab ramai org.
ReplyDeleteklau mamak roti canai kak..frozen bru roti pratha..hihihi
ReplyDeleteLin tak makan mamak (+_______+)"
ReplyDeleteNasib baik kedai melayu dekat area rumah Lin ada jual roti canai sedap. Huhuhu.
Kadang2 roti canai melayu lebih sedap lagi kan. Kuahnya pun menepati selera kita.
ReplyDeleteSalam
ReplyDelete